Friday, December 31, 2010

Happy New Year....~~!!!

Wah...pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru.. Azam tahun 2010 pun tak tercapai lagi dah nak masuk 2011.. Adoiyai.., macam mana nie.. Buat apa nak risau, azam yang tak tercapai tu kita carry forward jela untuk tahun 2011.. Tapi jangan pulak ditangguh2 kan lagi ye.. So, apa azam tahun 2010 yang tak tercapai lagi tu..
Macam aku, ada lagi azam yang tak tercapai dalam tahun 2010.. Kadang2 azam yang tak tercapai dek akal..hehe Tapi syukur alhamdulillah sebab banyak azam aku tercapai. Antara nya, dalam tahun 2010 aku dah dapat lesen walaupun lambat dari orang lain kan.. Dalam masa yang sama aku dah boleh pakai kereta sendiri walaupun tak seberapa tapi tu yang termampu.. Orang tua-tua kata ukur baju kat badan sendiri..(betul ke.?) Tapi mmg tak sangka aku mampu amik lesen + beli kereta + beli hp baru (touchscreen ok) dalam masa yang sama.. Mmg giler kalu pk balik tapi yang penting aku rase puas hati dengan apa yang aku buat.
Aku ingat lagi ada kawan aku gelak kan aku sbb aku kena repeat sem dulu.. Tapi aku tak kisah, sbb aku jenis yang sentiasa think positive.. Tapi sekarang aku boleh buktikan walaupun aku pernah repeat sem tapi aku dapat keje yang okie dan aku mampu pakai kete skang berbanding ngan yang takde pape sampai skang.. oppsss, emosi sudah..back to our topic k..ngeee
So, bagi tahun 2011 ni ada beberapa azam atau impian yang aku nak kecapi.. Aku harap ianya menjadi kenyataan kerana apa yang penting adalah doa + usaha dan kita kena tawakal kan.
  1. First, apa yang penting of course la aku nak buat opertation untuk mata aku nie.. Dah ada peluang nak okie balik cume tkde kekuatan je nak jejak kan kaki kat hospital...ngee
  2. Second, aku nak tingkatkan cara hidup aku.. Aku nak mula menyimpan untuk masa depan.. Bukan apa, mane tau tibe2 jatuh sakit nak harap kat sape kan.
  3. Jodoh....?? yang tu nanti dulu kot.. aku tak rase jodoh aku cepat macam kawan2 yang lain. Siap ada yang dah ada anak 2org.. Semua tu Allah yang tentukan.. Dah ditakdirkan jodoh diorang awal kan..(think positive..^-^)
  4. Last sekali, aku akan pastikan diri aku dapat rehat yang cukup.. maksud nya, aku nak g bercuti pegi mana2 je. yela, dapat bercuti 4bulan skali pun kire okie ape..hehe
 Tu jela, impian aku untuk tahun 2011.. Ada lagi tapi ni la yang paling penting dalam hidup aku.. Selain nak bahagiakan orang2 yang aku sayang iaitu family aku. Khas untuk makcik a.k.a mak tiri aku, sabar2 la nak tunggu orang masuk meminang aku..tiap kali jumpe mesti akan tanya bila org nak datang sarung cincin.. Nisa baru 26thun (untuk 2011) terase muda lagi nak pk pasal kawin...ececeeehhh...ayat  nak sedap kan hati kan.

p/s: pada mamat2 yang still single boley la bagi saye borang untuk di isi..ahahaha..(ayat sengal je)..belum desperate lagi emkay...huhu

Monday, December 27, 2010

My birthday..

~Birthday Gurlz~

25 December 2010..
Merry Christmas to all christian... tapi untuk aku, selamat hari lahir yang ke-25. diam tak diam dah 25 tahun umur aku ea.ingatkan muda lagi..bukan apa rasa macam baru lepas SPM okie..So, sempena besday ku, aku amik cuti dua hari and bos luluskan..Malam 24hb tu aku decide untuk balik Banting lepas habis keje..bertolak dari Kajang pukul 9 and sampai Banting dalam pukul 10..sampai je malam tu apa lagi terus pengsan la..tibe2 je rase penat giler ari tu..
Pagi tu bangun macam biasa n solat Subuh..pastu dah takleh nak tido, tension je rase nye.. my sis, pepagi dah wish besday..n then tgk hp sat ade kawan2 n abg wish my besday. pas breakfast, tak tau nak buat apa aku luangkan masa ngan BF a.k.a kete kesayangan aku..nak basuh malas, so aku lap jela bagi nampak kilat sikit. pastu baru aku teringat aku ada janji nak keluar ngan seseorang. skali tgk jam dah pukul 10a.m. apa lagi, kelam kabut aku bersiap..dengan pantas nye aku drive menuju tempat yang dijanjikan..ngeee setelah sekian lama tak jumpa, akhir nye dapat jugak jumpa di hari yang special bagi aku.. sorry sangat2 sbb datang lambat n thanks sbb sudi tunggu dengan sabar..hukhuk..
1st place kitorang pegi adalah kaunter tiket..haha usha2 jap sambil cari idea nak tgk cite ape. pastu kitorang buat keputusan nak tgk cite Ngangkung.. bukan ape, sbb aku tak tengok lagi cite tu..Tiket pulak pukul 1.20pm, time tu baru pukul 11am. Apa lagi kitorang pun pegi la berjalan..bukan jalan2 cari makan, tpi jalan2 cari hadiah..hehe Dia suh aku buat pilihan, aku lak tak tau nak minta apa sbb mmg tak biasa minta2 ni. At last, aku minta dompet sbb dompet aku dah nmpak buruk sikit..Lepas penat pilih n pilih akhirnye dompet Polo berjaya menarik perhatian aku..yeay, dah dapat hadiah..pastu g tgk wayang pulak, boley tahan la tapi lagi kelakar cite Kak Limah Balik Rumah..sebelum balik sempat lagi dia belikan Donut Big Apple untuk aku..Terima kasih sangat2 untuk dia..
Petang tu pulak, Kak neny kate nak belanja Secret Recipe..wah..., best nyeeee...!!! sangat2 excited nak pegi makan kat secret recipe..kitorang pegi beramai2 petang tu..sempat jugak snap2 kat sane..ngee Malam tu pulak, time nak tido adik aku baru balik ngedate ngan aweks dia..berjalan sampai tak ingat umah..tibe2 dia kejut n hulur sumthing..rupe2nya dia pun ade hadiah untuk aku..yela, semenjak ada awek ni baru la pandai pasal bagi2 hadiah ni. adik aku ni bagi coklat n kad besday.thanks onyo...(nama manja untuk adik aku)...tak lupa jugak kat BFF aku yang dah bagi hadiah paling awal time Raya Haji ari tu..Cik Fiza hadiahkan patung frog kat aku...Bos a.k.a abang ku pulak awal2 dah belanja Domino's n tengok wayang sempena besday aku.
Apa2 pun besday tahun ni adalah yang paling seronok dan best.. Siyes, aku memang happy lagi2 dapat hadiah walaupun dah dewasa...(takan nak ckp tua umur baru 25thn..hoho.) Sempena ulangtahun yang ke-25 ni aku berdoa semoga dipanjangkan umur, sihat tubuh badan dan sentiasa dimurahkan rezeki.. aku juga berharap ditemukan jodoh yang boley terima aku seadanya.. So, aku selit kan la pic sikit2 sepanjang besday aku yang sweet 19 25 ni...thanks untuk semua....:D

~mcm2 gaya tau..:p~
~org tkde boypren kan...:D~
~snap jap sblm makan..~
~Iced Blanded Cappuccino..~
~Grilled Chicken Black Pepper~
~Hadiah dari Dia dan Adik ku, onyo..:p~
~Hadiah dari my BFF, Cik Fiza..:D~

p/s: thanks a lot untuk Ayah n Cik Lina, Kak Nenney, Kak Selly, Abg Boy n Kak Laili, Abg Epin n Kak Lin, Erin n Kak Ana, Emal dan tak lupa untuk kawan2 yang sudi wish..Hope tahun depan sediakan hadiah skali ye..hehe

Friday, December 17, 2010

Smart Reader Kids Annual Concert And Graduation..

Dua minggu lepas adalah hari Smart Reader Kids buat Annual concert. Anak buah ku, Zeeshan ambil bahagian. So, akak aku ajak aku join sekali tengok Zeeshan perform. Semua ni berlangsung kat Dewan ILP, Banting.. Rasa terhibur pulak tengok budak2 buat persembahan. Ada yang lincah menari sampai ibu bapa yang hadir bersorak2..huhu
Aku macam biasa akan amik tugas bab amik2 gambar.. Tapi ari tu camera buat hal pulak, so ada pic yang tak clear. Nak guna HP aku mane ley nak zoom2 ni..Yela, kan HP murah je..Terpakse la tukar HP baru tahun depan..Agak2 ada yang nak sponsor tak..lalala Huish, terlari topik la pulak.. Continue balik pasal concert si cilik tadi k.
Yang best nye, host untuk ACG ni adalah badut. So, budak2 suka la kecuali anak buah ku yang kecik, Zakwan. Boley lak dia perasan yang badut tu pandang dia je.. Padahal kitorang duduk seat agak belakang sbb datang lambat. Lucu la wawan ni, penat aku gelak.. Lepas beberapa persembahan, sampai lak turn Zeeshan perform. Kawan2 yang lain bukan main menari, tpi yang dia jadi tukang pegang bendera je.. Takpe la bychan, yang penting bychan paling comel okie.. Lepas persembahan kitorang decide untuk balik awal. Nak tunggu sampai habis mahu kebas punggung duduk lama2.

Balik dari ILP, singgah jap Pantai Kelanang sbb Zeeshan kelaparan termasuk la mama n untie2 dia.Apa yang special kat Pantai Kelanang ialah Bakso..Mmg terbaik la. Kalu sebelum ni aku tak makan pentol a.k.a bebola daging tapi skang tukar la dah suka giler..So, tiap kali balik Banting aku akan pegi pantai Kelanang..hehehe..

















Thursday, December 16, 2010

Kekasih atau Kawan


Dalam konteks di atas, mungkin ramai yang setuju kekasih lebih penting dari kawan kerana kekasih adalah seorang yang boleh memahami dan menyayangi kita. Tapi mungkin ada juga yang tidak setuju dan beranggapan, kawan lebih penting. Tapi sebenarnya, kawan adalah segalanya selepas keluarga kita. Kenapa?


OK macam ni, kekasih tak semestinya kita boleh kekal dengan dia,tapi sekarang ramai yang abaikan kawan bila sudah mempunyai kekasih. Yela, nak jaga hati pasangan kan, sampai sanggup lukakan hati kawan. Korang kena fikir, korang lebih kenal kawan korang daripada kekasih korangg, teman wanita / teman lelaki korang tak semestinya jujur, dan kita pun tak mungkin akan cerita semua masalah kita kat kekasih kita. Memang masalah boleh dikongsi bersama, tapi macam mana pula kalau masalah tu masalah cinta korang ngan kekasih korang? Siapa nak dengar? Haaaa.

Contohnye lah kan, korang suka kat orang lain, takkan korg nak cerita kat teman wanita / teman lelaki korang? Mau kena jurus penampar jawa tengah. Hahahaha, mesti korang akan cari kawan juga kan? Kawan boleh masuk kepala dengan korang bila-bila masa, contoh, "weh, jom kua pegi jalan-jalan, mane tau ada hot guys/chicks ke? seronok gak cuci mate". Haaa. Then kawan kita dah banyak lalui susah senang bersama. So, takkan kerana GF/BF korang sanggup lupa kawan?

Mesti kawan korang akan sedih, dia akan fikir korang lupakan die, padahal korg lgsg tak lupa kan dia. Cume korang lebih pentingkan kekasih korang dari dia yang selalu mendengar dan ada kat sisi korang time korang sedih? Then sekarang diorang cop korang lupa member pula. Adoi, camne nak setel ni? Kang lepak ngan member, mula la BF/GF cemburu. Lepak dengan BF/GF, member pula cakap apa. Huh. So, korang pun pilih untuk bersama dgn BF/GF korang, tup tap tup tap. Tetiba ada masalah, GF/BF korang uat hal. Pastu, dengan secara simplenye, korang pun break atau dalam bahasa melayu "PUTUS". Woahhh, timetime camni baru terasa cam nak cari someone dengar problem korang kan? Tapi siapa? "Mak Jah ke? hurmm. Dulu aku tinggalkan kawan baik aku si Mak Jah ni sebab ade BF/GF, huuu". Jadi, moral value disini, janganlah lupakan kawan korang.

Actually, bukan semua orang berfikiran begini. Betul? Bagi korang yang tau nak bezakan antara BF/GF dan kawan. Cheers! Sebab kita tak perlu nak pening-pening kepala fikir nak jaga hati siapa. First sekali, BF/GF korang kena faham siapa korang. Sebelum dia dapat korang, korang lebih dulu kenal kawan-kawan yang dari kecil bersama. Jadi, kalau BF/GF korang cam nak jealous korang lepak ngan member korang. Cube jelaskan pada dia. And, pada kawan-kawan korang lak, diorang sepatutnya happy dengan apa yang anda buat. Sebab sebagai kawan, diorang sepatutnya setuju dengan apa yang korang buat asalkan tak menyalahi undang-undang. Betul tak?

Bagi anda, siapa lebih penting? KEKASIH atau KAWAN?

p/s: thanks Arifjer Blog untuk artikel ni sebab bagi aku mmg Kawan yang lebih penting dari kekasih..tanpa kawan aku pun tak tau nak berkongsi masalah dan cerita dengan sapa..and thanks to my BFF, Nor Hafizah sebab sudi mendengar segala apa yang aku luahkan kat dia..=)

me wif my BFF...:-)

Tuesday, December 14, 2010

Mengetahui Jenis-Jenis Lelaki..


Pagi ni aku buka kedai macam biasa.. Tapi lambat sikit la sbb terbangun lambat..huhu Seperti biasa aku akan buka radio dulu. Pagi ni topik kat Hotfm ialah Lelaki Manja.. Apa tu lelaki manja. Beza nak bandingkan dengan lelaki lembut kan. Setelah penat aku menggugel kat tenet ni, terjumpa la satu artikel yang berkaitan bagi menerangkan Jenis-jenis Lelaki kat muka bumi nie..

Lelaki adalah golongan yang sukar untuk diselami hati dan perasaannya. Sebenarnya lelaki boleh digolongkan dalam beberapa kumpulan antaranya lelaki manja, lelaki macho, lelaki aktif, berjiwa seni dan lelaki sensitif.

Bagi wanita, penting untuk anda mengetahui jenia apakah kekasih anda. Susah sebenarnya hendak menjaga hati kaum yang dianggap gagah ini. Apatah lagi memikirkan apakah hadiah sesuai untuk lelaki kesayangan mereka. Apa kata kita selidiki jenis-jenis lelaki.

LELAKI MANJA
-Jangan terkejut kalau ada lelaki yang suka teddy bear. Terutamanya yang manja dan berjiwa sensitif. Bagi mereka memeluk teddy bear terutamanya yang bersaiz besar boleh diumpamakan seperti memeluk si buah hati. Paling kurang pun patung tweetie.
-Ada juga yang gemarkan barangan seperti gemarkan pakaian (seluar, t-shirt dan lain-lain)
-Kadang-kadang, lelaki jenis ini sukakan pemberian berupa CD lagu-lagu romantik contohnya nyanyian dari Celine Dion (Because You Loved Me)
-Perfume juga antara berangan yang paling disukai oleh lelaki jenis manja. Haruman yang semerbak boleh membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan.
-Kad-kad muzikal yang berbaur cinta mampu membangkitkan nostalgia walaupun tanpa diiringi oleh hadiah yang berharga. Itu sudah cukup memadai asalkan pemberian itu benar-benar ikhlas.


LELAKI MACHO
-Lelaki macho pula sukakan pemberian yang berunsurkan kejantanan seperti jaket kulit, tempat abu rokok, tali pinggan kulit, memetik api, helmet, beg sandang dan lain-lain.
-Bagi lelaki yang suka menunggang motosikal berkuasa tinggi, hadiahkan mereka helmet berjenama Harley Davidson tentu mereka suka.
-Ataupun hadiahkannya pemetik api yang berjenama.
-Bagi anda yang berkemampuan bolehlah hadiahkannya telefon bimbit selepas itu suruh mereka telefok kamu setiap malam atau….morning call!
-Sesakali carikannya model kapal terbang atau jet pejuang jenis B2 S117 Stealth fighter, S118 Hirnet, S14 Tomcat, helikppter longbow Apache dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan kaca mata hitam? Tentu anda akan nampak lebih macho dengan cermin mata jenama Ray Ban…itupun jika mampu.

LELAKI BERJIWA SENI
-Mereka ini lebih sesuai jika diberi kotak muzik yang mempunyai instrumental yang lembut.
-Kaset atau CD yang mengandungi aluan irama yang lembut dan menhasyikkan. Terutamanya macam lagu cinta ataupun hanya muzik ombak sahaja.
-Lagu-lagu yang diilhamkan oleh pemuzik Jepun Kitaro juga mampu membuatklan sidia terasa tenang dan ingat pada kamu.
-Rasanya….hadiah berupa sehelai sapu tangan dan sekeping foto sudah cukup memadai untuk hadiah lelaki seperti ini.
-Tunjukkan lagu dan ucapan melalui rangkaian radio. Ini membuatkan jiwa lelaki ini semakin romantis.
-Lelaki yang berjiwa seni ini ada kalanya begitu sensitif dengan apa yang diluahkan, jadi apa kata sesekali berikan ungkapan I LOVE YOU sebagai hadiah iringan dihari-hari tertentu.

LELAKI AKTIF

-Lelaki seperti ini lebih gemar brang-barang seperti dompet, tali pinggang, kasut sukan dan barangan sukan.
-Topi juga sesuai untuk mereka yang aktif bersukan.
-Jam tangan berjenama juga pemeberian yang sesuai untuk mereka yang aktif bersukan. Waktu itu semas! Sekurang-kurangnya akan melihat jam itu setiap kali ada temu janji.
-Pil vitamin sesuai untuk menambahkan stamina badan.
-Seluar sukan berjenama terkenal huga antara barangan yang mereka suka.
-walkman juga antara hadiah sesuai untuk mereka jenis ini.

LELAKI SENSITIF

Opss!! Susah juga lelaki yang berjiwa sensitif begitu halus perasaannya. Baginya setiap pemberian yang diberikan itu mempunyai maksud yang tersirat.
-Hadiahkan lelaki sebuah diari. Lelaki biasanya suka menulis dan akan meluahkan perasaannya iyu didalam diari tersebut.
-Lelaki jenis ini lebih kuarang sama dengan lelaki jenis berjiwa seni dan manja. Pemberikan berupa CD dan kad ucapan juga adalah antara pemberian ung sesuai.
-Berikan mereka madah-madah cinta untuk membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan..Isya-Allah boleh berkekalan ke anak cucu.
-Bagilah buku..supaya mereka boleh mengisi masa lapangya dengan membaca..


So, lepas baca artikel kat atas ni, rasa2 lelaki golongan mana yang korang pilih untuk dijadikan teman.. atau bagi yang lelaki, korang tergolong dalam golongan yang mana..? kalau bagi aku....entah la aku pun tak tau lelaki camne yang jadi pilihan.mungkin lelaki mcm gambar kat atas tu kot..gedik je kan..:p


Monday, December 13, 2010

Sabar jela...ngee

komen2 dari kengkawan aku yang sangat ikhlas..ahaks
Bila baca komen2 kat atas tu mesti tertanya2 pic aku yang mane la aku upload kat FB. BFF aku lak cakap pic tu nmpak aku sangat ceria.. Meh aku beritau cerita sebenar..
Sebenarnye aku snap pic tu time maghrib. Biasa kalu time2 maghrib jarang ada customer. Kebetulan abang aku kuar amik Wife dia. So, aku dengan bosan nye duk kedai sorang tak tau nak buat apa, aku pun main la snap2 sambil buat expression muka. Banyak lagi sebenar nye tpi aku upload satu jela sbb aku rase pic tu mcm ceria, kuit kiut dan comel..(bukan slalu nak perasan)..
Kalau nak tau ni la pic yang dorang dok komen2 tu.. Ada ke patut sama kan aku ngan Pooh. Sabo jela. Pooh tu yang kiut mcm aku tau...:p
comeeeeyyyyyyyyyyyyy nye pooh nie...:D

Sakit GiGi...

arrgggghhh.....giler sakit la...=(


Aku rase dah seminggu aku sakit gigi. Tapi sebenarnye bengkak gusi, so ade la effect kat gigi kan. lebih kurang jela tu. Ramai yang suggest suruh pegi klinik cek kalu jadi apa-apa. Tapi atas sikap degil aku ni aku rela makan ubat je dari pegi klinik.. Bukan ape, dari dulu rase mcm scary je kalu kena pegi klinik.
Pagi ni pulak tibe2 rase sakit giler gigi aku ni. Kadang2 rase nak cabut je. Tapi apa salah gigi aku kan..huhu. Dahla tengah sakit gigi tiba2 pagi ni muncul lak sorang cust yang banyak kerenah. kalu ikut kan hati nak je aku pelangkung atau sekeh laju2. Nak dekat sejam 30minit dalam kedai fikir nak order ape. Kepada inchik cust, len kali tolong la prepare awal2 awak tu nak order apa. Sesungguhnya awk sangat menyusahkan saya yang sedang injured nie..haha Siyes, mmg tension layan dia. Bile dah tension mula la gusi ni nak berdenyut2. Memang dugaan betul la. So, sape ade cara untuk hilangkan sakit gigi + gusi selain kena pegi klinik...? Aku dah tak tertahan ngan sakit ni.. Tambah lagi ngan bibir aku yang cepat kering walaupun kerap pakai lip balm. Huish, Sabar jela. Kan sakit tu untuk menghapuskan dosa-dosa kecil..

Sunday, December 12, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah..


Filem yang mengambil latar filem terdahulu Mamat Khalid, Zombi Kampung Pisang. Cuma kali ini bukan zomba yang menghantui Kampung Pisang tetapi Hantu Kak Limah pula yang menjadi bahan keributan kampung kecil di Kuala Kangsar ini.

Awie sebagai Husin kembali ke Kampung Pisang selepas sekian lama lari ke Singapura sebelum memutuskan pertunangan dengan Che Nin. Husin yang mendapati Kak Limah berperangai pelik mengajak orang kampung menyiasat apa yang berlaku di rumah Kak Limah. Mereka akhirnya mendapati ada mayat yang menyerupai Kak Limah disitu. Anggapan mereka semuanya telah selesai bilamana mayat Kak Limah selamat diuruskan ternyata salah, apabila Kampung Pisang terus dihantui dengan Hantu Kak Limah. Bermulalah adegan-adegan seram komedi yang akan pasti membuatkan semua tak kering gusi.

Sesungguhnya sangat tak rugi. Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah seram komedi yang terbaik pernah aku tonton.Time babak lawak aku lah salah seorang yang gelak sakan sampai nak pecah panggung..=)
Seperti kata Mamat Khalid, Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah usahanya memperkemaskan lagi beberapa kelemahan dalam filem Zombi Kampung Pisang dan aku rasakan dia berjaya membuktikannya. Dan tanpa gagal filem Mamat Khalid kekal dengan sindirannya (atau lebih manis dipanggil 'kritikan sosial') kepada masyarakat melayu yang mudah mempercayai tahyul dan selalu saja mengambil jalan mudah yang mementingkan diri sendiri.

So, tak rugi keluarkan duit sebanyak RM12 untuk tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Bukan saja menyokong filem melayu tapi bukan cerita 2 Alam tapi dalam masa yang sama boleh menghilangkan tension dan stress dalam diri..

Hari Ahad Yang Tenang....

Hari ni macam biasa kena bangun untuk pergi keja. Itu lah rutin harian Cik Nisa. Hari-hari kena keja demi mencari sesuap nasi. Eceh, macam sedih la pulak kan. Tapi aku dah biasa dengan rutin harian ku. Biar lah apa pun orang cakap pasal keja aku yang penting aku tak susah kan orang. Yela, sekarang ni bukan senang nak cari keja. Kan...~Ooo..Lupa pulak nak beritau, aku keje kat Kedai Hardware. Kire keje ngan abg aku la. Sape lagi nak tolong kalu bukan adik beradik sendiri...
Ni aku nak story pasal malam semlm. Tiba-tiba abang aku tanya nak makan apa untuk dinner. Siap dibagi pilihan samada Domino's Piza atau McDonald. Mesti la aku nak Domino's sebab aku tengah muak makan Mekdi Mcdonald. So, dengan sepantas kilat nya SIL call untuk order. Bila dah selesai melantak Domino's tu baru la abang aku beritau yang tu dia belanja sempena Besday aku lagi 2minggu itu. Giler awal la nak celebrate pun.hehe Ape-ape pun aku rase cukup terharu. Kalau tau dia belanja sempena incoming besday, lame dah aku minta macam2. Yela, setahun sekali je kan. Dan petang ni, abang n SIL nak belanja tengok wayang cerita Hantu Mak Limah Balik.. So excited la.. Pasal cerita tu akan ku update untuk next Blog..=)
Domino's Pizza memang best..~!!




Kalau lah boley dapat sebiji buat g keje..ngeee