Sunday, December 12, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah..


Filem yang mengambil latar filem terdahulu Mamat Khalid, Zombi Kampung Pisang. Cuma kali ini bukan zomba yang menghantui Kampung Pisang tetapi Hantu Kak Limah pula yang menjadi bahan keributan kampung kecil di Kuala Kangsar ini.

Awie sebagai Husin kembali ke Kampung Pisang selepas sekian lama lari ke Singapura sebelum memutuskan pertunangan dengan Che Nin. Husin yang mendapati Kak Limah berperangai pelik mengajak orang kampung menyiasat apa yang berlaku di rumah Kak Limah. Mereka akhirnya mendapati ada mayat yang menyerupai Kak Limah disitu. Anggapan mereka semuanya telah selesai bilamana mayat Kak Limah selamat diuruskan ternyata salah, apabila Kampung Pisang terus dihantui dengan Hantu Kak Limah. Bermulalah adegan-adegan seram komedi yang akan pasti membuatkan semua tak kering gusi.

Sesungguhnya sangat tak rugi. Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah seram komedi yang terbaik pernah aku tonton.Time babak lawak aku lah salah seorang yang gelak sakan sampai nak pecah panggung..=)
Seperti kata Mamat Khalid, Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah usahanya memperkemaskan lagi beberapa kelemahan dalam filem Zombi Kampung Pisang dan aku rasakan dia berjaya membuktikannya. Dan tanpa gagal filem Mamat Khalid kekal dengan sindirannya (atau lebih manis dipanggil 'kritikan sosial') kepada masyarakat melayu yang mudah mempercayai tahyul dan selalu saja mengambil jalan mudah yang mementingkan diri sendiri.

So, tak rugi keluarkan duit sebanyak RM12 untuk tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Bukan saja menyokong filem melayu tapi bukan cerita 2 Alam tapi dalam masa yang sama boleh menghilangkan tension dan stress dalam diri..

4 comments:

Afeez R said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nisa said...

punye ape ea...??

Nor Hafizah said...

hamboi....bestnya tgk wyg.aku jgk la xleh tgk..tpksa la beli dvd jer nanti.huhuhu

nisa said...

hahaha...mmg best yang.nak tersembur popcorn aku.