Friday, December 31, 2010

Happy New Year....~~!!!

Wah...pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru.. Azam tahun 2010 pun tak tercapai lagi dah nak masuk 2011.. Adoiyai.., macam mana nie.. Buat apa nak risau, azam yang tak tercapai tu kita carry forward jela untuk tahun 2011.. Tapi jangan pulak ditangguh2 kan lagi ye.. So, apa azam tahun 2010 yang tak tercapai lagi tu..
Macam aku, ada lagi azam yang tak tercapai dalam tahun 2010.. Kadang2 azam yang tak tercapai dek akal..hehe Tapi syukur alhamdulillah sebab banyak azam aku tercapai. Antara nya, dalam tahun 2010 aku dah dapat lesen walaupun lambat dari orang lain kan.. Dalam masa yang sama aku dah boleh pakai kereta sendiri walaupun tak seberapa tapi tu yang termampu.. Orang tua-tua kata ukur baju kat badan sendiri..(betul ke.?) Tapi mmg tak sangka aku mampu amik lesen + beli kereta + beli hp baru (touchscreen ok) dalam masa yang sama.. Mmg giler kalu pk balik tapi yang penting aku rase puas hati dengan apa yang aku buat.
Aku ingat lagi ada kawan aku gelak kan aku sbb aku kena repeat sem dulu.. Tapi aku tak kisah, sbb aku jenis yang sentiasa think positive.. Tapi sekarang aku boleh buktikan walaupun aku pernah repeat sem tapi aku dapat keje yang okie dan aku mampu pakai kete skang berbanding ngan yang takde pape sampai skang.. oppsss, emosi sudah..back to our topic k..ngeee
So, bagi tahun 2011 ni ada beberapa azam atau impian yang aku nak kecapi.. Aku harap ianya menjadi kenyataan kerana apa yang penting adalah doa + usaha dan kita kena tawakal kan.
  1. First, apa yang penting of course la aku nak buat opertation untuk mata aku nie.. Dah ada peluang nak okie balik cume tkde kekuatan je nak jejak kan kaki kat hospital...ngee
  2. Second, aku nak tingkatkan cara hidup aku.. Aku nak mula menyimpan untuk masa depan.. Bukan apa, mane tau tibe2 jatuh sakit nak harap kat sape kan.
  3. Jodoh....?? yang tu nanti dulu kot.. aku tak rase jodoh aku cepat macam kawan2 yang lain. Siap ada yang dah ada anak 2org.. Semua tu Allah yang tentukan.. Dah ditakdirkan jodoh diorang awal kan..(think positive..^-^)
  4. Last sekali, aku akan pastikan diri aku dapat rehat yang cukup.. maksud nya, aku nak g bercuti pegi mana2 je. yela, dapat bercuti 4bulan skali pun kire okie ape..hehe
 Tu jela, impian aku untuk tahun 2011.. Ada lagi tapi ni la yang paling penting dalam hidup aku.. Selain nak bahagiakan orang2 yang aku sayang iaitu family aku. Khas untuk makcik a.k.a mak tiri aku, sabar2 la nak tunggu orang masuk meminang aku..tiap kali jumpe mesti akan tanya bila org nak datang sarung cincin.. Nisa baru 26thun (untuk 2011) terase muda lagi nak pk pasal kawin...ececeeehhh...ayat  nak sedap kan hati kan.

p/s: pada mamat2 yang still single boley la bagi saye borang untuk di isi..ahahaha..(ayat sengal je)..belum desperate lagi emkay...huhu

4 comments:

Nor Hafizah said...

huhuhu..azam ko agak simple yang...psl operate tu,harap2 ko ada kekuatan tau utk teruskan..yg psl bercuti tu nanti kita plan btl2 k yang.aku pn sama gak,selagi kita x kwin nih.nk jgk rasa bercuti,g melancong,x dpt g oversea dlm malaysia ni pn byk la tmpt2 menarik...kt malaysia ni pn byk lg kita x pg.tol x?psl jodoh tu kdg2 kita hanya mampu merancang,tp Allah yg tentukan...blm smpai jodoh kita lg...apa2 pn selamat tahun baru...ceria2 selalu

nisa said...

betul tu yang..takut tak terkejar lak azam aku tu. perlu la nak g oversea. terang2 aku dah di blacklist.haha aku teringin nak g Sabah la yang..t kite g same2 ea. thanks my dear.. Selamat Tahun Baru..:)

Afrobuilder said...

Semoga segala apa yang ko impikan akan menjadi kenyataan.. bepin doakan yang terbaik untuk ko dan seluruh family kita.. tak semestinya kurang berjaya dalam pelajaran bermakana kurang berjaya juga dalam kehidupan sebenar kay.. setiap manusia dianugerahkan kelebihan masing2.. tugas kita mencari dan gunakan kelebihan itu..

nisa said...

thanks bepin...mmg tkleh lupe la time dia gelak kan dulu..bajet sendiri bagus kot..tpi tkpe la, rezeki kat tangan Tuhan.. I okie jew..:-)