Thursday, December 16, 2010

Kekasih atau Kawan


Dalam konteks di atas, mungkin ramai yang setuju kekasih lebih penting dari kawan kerana kekasih adalah seorang yang boleh memahami dan menyayangi kita. Tapi mungkin ada juga yang tidak setuju dan beranggapan, kawan lebih penting. Tapi sebenarnya, kawan adalah segalanya selepas keluarga kita. Kenapa?


OK macam ni, kekasih tak semestinya kita boleh kekal dengan dia,tapi sekarang ramai yang abaikan kawan bila sudah mempunyai kekasih. Yela, nak jaga hati pasangan kan, sampai sanggup lukakan hati kawan. Korang kena fikir, korang lebih kenal kawan korang daripada kekasih korangg, teman wanita / teman lelaki korang tak semestinya jujur, dan kita pun tak mungkin akan cerita semua masalah kita kat kekasih kita. Memang masalah boleh dikongsi bersama, tapi macam mana pula kalau masalah tu masalah cinta korang ngan kekasih korang? Siapa nak dengar? Haaaa.

Contohnye lah kan, korang suka kat orang lain, takkan korg nak cerita kat teman wanita / teman lelaki korang? Mau kena jurus penampar jawa tengah. Hahahaha, mesti korang akan cari kawan juga kan? Kawan boleh masuk kepala dengan korang bila-bila masa, contoh, "weh, jom kua pegi jalan-jalan, mane tau ada hot guys/chicks ke? seronok gak cuci mate". Haaa. Then kawan kita dah banyak lalui susah senang bersama. So, takkan kerana GF/BF korang sanggup lupa kawan?

Mesti kawan korang akan sedih, dia akan fikir korang lupakan die, padahal korg lgsg tak lupa kan dia. Cume korang lebih pentingkan kekasih korang dari dia yang selalu mendengar dan ada kat sisi korang time korang sedih? Then sekarang diorang cop korang lupa member pula. Adoi, camne nak setel ni? Kang lepak ngan member, mula la BF/GF cemburu. Lepak dengan BF/GF, member pula cakap apa. Huh. So, korang pun pilih untuk bersama dgn BF/GF korang, tup tap tup tap. Tetiba ada masalah, GF/BF korang uat hal. Pastu, dengan secara simplenye, korang pun break atau dalam bahasa melayu "PUTUS". Woahhh, timetime camni baru terasa cam nak cari someone dengar problem korang kan? Tapi siapa? "Mak Jah ke? hurmm. Dulu aku tinggalkan kawan baik aku si Mak Jah ni sebab ade BF/GF, huuu". Jadi, moral value disini, janganlah lupakan kawan korang.

Actually, bukan semua orang berfikiran begini. Betul? Bagi korang yang tau nak bezakan antara BF/GF dan kawan. Cheers! Sebab kita tak perlu nak pening-pening kepala fikir nak jaga hati siapa. First sekali, BF/GF korang kena faham siapa korang. Sebelum dia dapat korang, korang lebih dulu kenal kawan-kawan yang dari kecil bersama. Jadi, kalau BF/GF korang cam nak jealous korang lepak ngan member korang. Cube jelaskan pada dia. And, pada kawan-kawan korang lak, diorang sepatutnya happy dengan apa yang anda buat. Sebab sebagai kawan, diorang sepatutnya setuju dengan apa yang korang buat asalkan tak menyalahi undang-undang. Betul tak?

Bagi anda, siapa lebih penting? KEKASIH atau KAWAN?

p/s: thanks Arifjer Blog untuk artikel ni sebab bagi aku mmg Kawan yang lebih penting dari kekasih..tanpa kawan aku pun tak tau nak berkongsi masalah dan cerita dengan sapa..and thanks to my BFF, Nor Hafizah sebab sudi mendengar segala apa yang aku luahkan kat dia..=)

me wif my BFF...:-)

2 comments:

Nor Hafizah said...

tq so much utk ayat yang last tu yang..terharu aku sb ada nama aku kt c2...thanks also sb ko pn slalu dgr mslh aku..hope u'll always be my BFF.cayang ko!

nisa said...

huhuhu...saje nak bagi ko glamor jap walaupun tkde sape bace blog aku..:p thnks untuk yayang jugak..hope kite akan jadi BFF smpai hari tua..eceh2