Friday, December 17, 2010

Smart Reader Kids Annual Concert And Graduation..

Dua minggu lepas adalah hari Smart Reader Kids buat Annual concert. Anak buah ku, Zeeshan ambil bahagian. So, akak aku ajak aku join sekali tengok Zeeshan perform. Semua ni berlangsung kat Dewan ILP, Banting.. Rasa terhibur pulak tengok budak2 buat persembahan. Ada yang lincah menari sampai ibu bapa yang hadir bersorak2..huhu
Aku macam biasa akan amik tugas bab amik2 gambar.. Tapi ari tu camera buat hal pulak, so ada pic yang tak clear. Nak guna HP aku mane ley nak zoom2 ni..Yela, kan HP murah je..Terpakse la tukar HP baru tahun depan..Agak2 ada yang nak sponsor tak..lalala Huish, terlari topik la pulak.. Continue balik pasal concert si cilik tadi k.
Yang best nye, host untuk ACG ni adalah badut. So, budak2 suka la kecuali anak buah ku yang kecik, Zakwan. Boley lak dia perasan yang badut tu pandang dia je.. Padahal kitorang duduk seat agak belakang sbb datang lambat. Lucu la wawan ni, penat aku gelak.. Lepas beberapa persembahan, sampai lak turn Zeeshan perform. Kawan2 yang lain bukan main menari, tpi yang dia jadi tukang pegang bendera je.. Takpe la bychan, yang penting bychan paling comel okie.. Lepas persembahan kitorang decide untuk balik awal. Nak tunggu sampai habis mahu kebas punggung duduk lama2.

Balik dari ILP, singgah jap Pantai Kelanang sbb Zeeshan kelaparan termasuk la mama n untie2 dia.Apa yang special kat Pantai Kelanang ialah Bakso..Mmg terbaik la. Kalu sebelum ni aku tak makan pentol a.k.a bebola daging tapi skang tukar la dah suka giler..So, tiap kali balik Banting aku akan pegi pantai Kelanang..hehehe..

















Thursday, December 16, 2010

Kekasih atau Kawan


Dalam konteks di atas, mungkin ramai yang setuju kekasih lebih penting dari kawan kerana kekasih adalah seorang yang boleh memahami dan menyayangi kita. Tapi mungkin ada juga yang tidak setuju dan beranggapan, kawan lebih penting. Tapi sebenarnya, kawan adalah segalanya selepas keluarga kita. Kenapa?


OK macam ni, kekasih tak semestinya kita boleh kekal dengan dia,tapi sekarang ramai yang abaikan kawan bila sudah mempunyai kekasih. Yela, nak jaga hati pasangan kan, sampai sanggup lukakan hati kawan. Korang kena fikir, korang lebih kenal kawan korang daripada kekasih korangg, teman wanita / teman lelaki korang tak semestinya jujur, dan kita pun tak mungkin akan cerita semua masalah kita kat kekasih kita. Memang masalah boleh dikongsi bersama, tapi macam mana pula kalau masalah tu masalah cinta korang ngan kekasih korang? Siapa nak dengar? Haaaa.

Contohnye lah kan, korang suka kat orang lain, takkan korg nak cerita kat teman wanita / teman lelaki korang? Mau kena jurus penampar jawa tengah. Hahahaha, mesti korang akan cari kawan juga kan? Kawan boleh masuk kepala dengan korang bila-bila masa, contoh, "weh, jom kua pegi jalan-jalan, mane tau ada hot guys/chicks ke? seronok gak cuci mate". Haaa. Then kawan kita dah banyak lalui susah senang bersama. So, takkan kerana GF/BF korang sanggup lupa kawan?

Mesti kawan korang akan sedih, dia akan fikir korang lupakan die, padahal korg lgsg tak lupa kan dia. Cume korang lebih pentingkan kekasih korang dari dia yang selalu mendengar dan ada kat sisi korang time korang sedih? Then sekarang diorang cop korang lupa member pula. Adoi, camne nak setel ni? Kang lepak ngan member, mula la BF/GF cemburu. Lepak dengan BF/GF, member pula cakap apa. Huh. So, korang pun pilih untuk bersama dgn BF/GF korang, tup tap tup tap. Tetiba ada masalah, GF/BF korang uat hal. Pastu, dengan secara simplenye, korang pun break atau dalam bahasa melayu "PUTUS". Woahhh, timetime camni baru terasa cam nak cari someone dengar problem korang kan? Tapi siapa? "Mak Jah ke? hurmm. Dulu aku tinggalkan kawan baik aku si Mak Jah ni sebab ade BF/GF, huuu". Jadi, moral value disini, janganlah lupakan kawan korang.

Actually, bukan semua orang berfikiran begini. Betul? Bagi korang yang tau nak bezakan antara BF/GF dan kawan. Cheers! Sebab kita tak perlu nak pening-pening kepala fikir nak jaga hati siapa. First sekali, BF/GF korang kena faham siapa korang. Sebelum dia dapat korang, korang lebih dulu kenal kawan-kawan yang dari kecil bersama. Jadi, kalau BF/GF korang cam nak jealous korang lepak ngan member korang. Cube jelaskan pada dia. And, pada kawan-kawan korang lak, diorang sepatutnya happy dengan apa yang anda buat. Sebab sebagai kawan, diorang sepatutnya setuju dengan apa yang korang buat asalkan tak menyalahi undang-undang. Betul tak?

Bagi anda, siapa lebih penting? KEKASIH atau KAWAN?

p/s: thanks Arifjer Blog untuk artikel ni sebab bagi aku mmg Kawan yang lebih penting dari kekasih..tanpa kawan aku pun tak tau nak berkongsi masalah dan cerita dengan sapa..and thanks to my BFF, Nor Hafizah sebab sudi mendengar segala apa yang aku luahkan kat dia..=)

me wif my BFF...:-)

Tuesday, December 14, 2010

Mengetahui Jenis-Jenis Lelaki..


Pagi ni aku buka kedai macam biasa.. Tapi lambat sikit la sbb terbangun lambat..huhu Seperti biasa aku akan buka radio dulu. Pagi ni topik kat Hotfm ialah Lelaki Manja.. Apa tu lelaki manja. Beza nak bandingkan dengan lelaki lembut kan. Setelah penat aku menggugel kat tenet ni, terjumpa la satu artikel yang berkaitan bagi menerangkan Jenis-jenis Lelaki kat muka bumi nie..

Lelaki adalah golongan yang sukar untuk diselami hati dan perasaannya. Sebenarnya lelaki boleh digolongkan dalam beberapa kumpulan antaranya lelaki manja, lelaki macho, lelaki aktif, berjiwa seni dan lelaki sensitif.

Bagi wanita, penting untuk anda mengetahui jenia apakah kekasih anda. Susah sebenarnya hendak menjaga hati kaum yang dianggap gagah ini. Apatah lagi memikirkan apakah hadiah sesuai untuk lelaki kesayangan mereka. Apa kata kita selidiki jenis-jenis lelaki.

LELAKI MANJA
-Jangan terkejut kalau ada lelaki yang suka teddy bear. Terutamanya yang manja dan berjiwa sensitif. Bagi mereka memeluk teddy bear terutamanya yang bersaiz besar boleh diumpamakan seperti memeluk si buah hati. Paling kurang pun patung tweetie.
-Ada juga yang gemarkan barangan seperti gemarkan pakaian (seluar, t-shirt dan lain-lain)
-Kadang-kadang, lelaki jenis ini sukakan pemberian berupa CD lagu-lagu romantik contohnya nyanyian dari Celine Dion (Because You Loved Me)
-Perfume juga antara berangan yang paling disukai oleh lelaki jenis manja. Haruman yang semerbak boleh membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan.
-Kad-kad muzikal yang berbaur cinta mampu membangkitkan nostalgia walaupun tanpa diiringi oleh hadiah yang berharga. Itu sudah cukup memadai asalkan pemberian itu benar-benar ikhlas.


LELAKI MACHO
-Lelaki macho pula sukakan pemberian yang berunsurkan kejantanan seperti jaket kulit, tempat abu rokok, tali pinggan kulit, memetik api, helmet, beg sandang dan lain-lain.
-Bagi lelaki yang suka menunggang motosikal berkuasa tinggi, hadiahkan mereka helmet berjenama Harley Davidson tentu mereka suka.
-Ataupun hadiahkannya pemetik api yang berjenama.
-Bagi anda yang berkemampuan bolehlah hadiahkannya telefon bimbit selepas itu suruh mereka telefok kamu setiap malam atau….morning call!
-Sesakali carikannya model kapal terbang atau jet pejuang jenis B2 S117 Stealth fighter, S118 Hirnet, S14 Tomcat, helikppter longbow Apache dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan kaca mata hitam? Tentu anda akan nampak lebih macho dengan cermin mata jenama Ray Ban…itupun jika mampu.

LELAKI BERJIWA SENI
-Mereka ini lebih sesuai jika diberi kotak muzik yang mempunyai instrumental yang lembut.
-Kaset atau CD yang mengandungi aluan irama yang lembut dan menhasyikkan. Terutamanya macam lagu cinta ataupun hanya muzik ombak sahaja.
-Lagu-lagu yang diilhamkan oleh pemuzik Jepun Kitaro juga mampu membuatklan sidia terasa tenang dan ingat pada kamu.
-Rasanya….hadiah berupa sehelai sapu tangan dan sekeping foto sudah cukup memadai untuk hadiah lelaki seperti ini.
-Tunjukkan lagu dan ucapan melalui rangkaian radio. Ini membuatkan jiwa lelaki ini semakin romantis.
-Lelaki yang berjiwa seni ini ada kalanya begitu sensitif dengan apa yang diluahkan, jadi apa kata sesekali berikan ungkapan I LOVE YOU sebagai hadiah iringan dihari-hari tertentu.

LELAKI AKTIF

-Lelaki seperti ini lebih gemar brang-barang seperti dompet, tali pinggang, kasut sukan dan barangan sukan.
-Topi juga sesuai untuk mereka yang aktif bersukan.
-Jam tangan berjenama juga pemeberian yang sesuai untuk mereka yang aktif bersukan. Waktu itu semas! Sekurang-kurangnya akan melihat jam itu setiap kali ada temu janji.
-Pil vitamin sesuai untuk menambahkan stamina badan.
-Seluar sukan berjenama terkenal huga antara barangan yang mereka suka.
-walkman juga antara hadiah sesuai untuk mereka jenis ini.

LELAKI SENSITIF

Opss!! Susah juga lelaki yang berjiwa sensitif begitu halus perasaannya. Baginya setiap pemberian yang diberikan itu mempunyai maksud yang tersirat.
-Hadiahkan lelaki sebuah diari. Lelaki biasanya suka menulis dan akan meluahkan perasaannya iyu didalam diari tersebut.
-Lelaki jenis ini lebih kuarang sama dengan lelaki jenis berjiwa seni dan manja. Pemberikan berupa CD dan kad ucapan juga adalah antara pemberian ung sesuai.
-Berikan mereka madah-madah cinta untuk membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan..Isya-Allah boleh berkekalan ke anak cucu.
-Bagilah buku..supaya mereka boleh mengisi masa lapangya dengan membaca..


So, lepas baca artikel kat atas ni, rasa2 lelaki golongan mana yang korang pilih untuk dijadikan teman.. atau bagi yang lelaki, korang tergolong dalam golongan yang mana..? kalau bagi aku....entah la aku pun tak tau lelaki camne yang jadi pilihan.mungkin lelaki mcm gambar kat atas tu kot..gedik je kan..:p


Monday, December 13, 2010

Sabar jela...ngee

komen2 dari kengkawan aku yang sangat ikhlas..ahaks
Bila baca komen2 kat atas tu mesti tertanya2 pic aku yang mane la aku upload kat FB. BFF aku lak cakap pic tu nmpak aku sangat ceria.. Meh aku beritau cerita sebenar..
Sebenarnye aku snap pic tu time maghrib. Biasa kalu time2 maghrib jarang ada customer. Kebetulan abang aku kuar amik Wife dia. So, aku dengan bosan nye duk kedai sorang tak tau nak buat apa, aku pun main la snap2 sambil buat expression muka. Banyak lagi sebenar nye tpi aku upload satu jela sbb aku rase pic tu mcm ceria, kuit kiut dan comel..(bukan slalu nak perasan)..
Kalau nak tau ni la pic yang dorang dok komen2 tu.. Ada ke patut sama kan aku ngan Pooh. Sabo jela. Pooh tu yang kiut mcm aku tau...:p
comeeeeyyyyyyyyyyyyy nye pooh nie...:D

Sakit GiGi...

arrgggghhh.....giler sakit la...=(


Aku rase dah seminggu aku sakit gigi. Tapi sebenarnye bengkak gusi, so ade la effect kat gigi kan. lebih kurang jela tu. Ramai yang suggest suruh pegi klinik cek kalu jadi apa-apa. Tapi atas sikap degil aku ni aku rela makan ubat je dari pegi klinik.. Bukan ape, dari dulu rase mcm scary je kalu kena pegi klinik.
Pagi ni pulak tibe2 rase sakit giler gigi aku ni. Kadang2 rase nak cabut je. Tapi apa salah gigi aku kan..huhu. Dahla tengah sakit gigi tiba2 pagi ni muncul lak sorang cust yang banyak kerenah. kalu ikut kan hati nak je aku pelangkung atau sekeh laju2. Nak dekat sejam 30minit dalam kedai fikir nak order ape. Kepada inchik cust, len kali tolong la prepare awal2 awak tu nak order apa. Sesungguhnya awk sangat menyusahkan saya yang sedang injured nie..haha Siyes, mmg tension layan dia. Bile dah tension mula la gusi ni nak berdenyut2. Memang dugaan betul la. So, sape ade cara untuk hilangkan sakit gigi + gusi selain kena pegi klinik...? Aku dah tak tertahan ngan sakit ni.. Tambah lagi ngan bibir aku yang cepat kering walaupun kerap pakai lip balm. Huish, Sabar jela. Kan sakit tu untuk menghapuskan dosa-dosa kecil..

Sunday, December 12, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah..


Filem yang mengambil latar filem terdahulu Mamat Khalid, Zombi Kampung Pisang. Cuma kali ini bukan zomba yang menghantui Kampung Pisang tetapi Hantu Kak Limah pula yang menjadi bahan keributan kampung kecil di Kuala Kangsar ini.

Awie sebagai Husin kembali ke Kampung Pisang selepas sekian lama lari ke Singapura sebelum memutuskan pertunangan dengan Che Nin. Husin yang mendapati Kak Limah berperangai pelik mengajak orang kampung menyiasat apa yang berlaku di rumah Kak Limah. Mereka akhirnya mendapati ada mayat yang menyerupai Kak Limah disitu. Anggapan mereka semuanya telah selesai bilamana mayat Kak Limah selamat diuruskan ternyata salah, apabila Kampung Pisang terus dihantui dengan Hantu Kak Limah. Bermulalah adegan-adegan seram komedi yang akan pasti membuatkan semua tak kering gusi.

Sesungguhnya sangat tak rugi. Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah seram komedi yang terbaik pernah aku tonton.Time babak lawak aku lah salah seorang yang gelak sakan sampai nak pecah panggung..=)
Seperti kata Mamat Khalid, Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah usahanya memperkemaskan lagi beberapa kelemahan dalam filem Zombi Kampung Pisang dan aku rasakan dia berjaya membuktikannya. Dan tanpa gagal filem Mamat Khalid kekal dengan sindirannya (atau lebih manis dipanggil 'kritikan sosial') kepada masyarakat melayu yang mudah mempercayai tahyul dan selalu saja mengambil jalan mudah yang mementingkan diri sendiri.

So, tak rugi keluarkan duit sebanyak RM12 untuk tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Bukan saja menyokong filem melayu tapi bukan cerita 2 Alam tapi dalam masa yang sama boleh menghilangkan tension dan stress dalam diri..

Hari Ahad Yang Tenang....

Hari ni macam biasa kena bangun untuk pergi keja. Itu lah rutin harian Cik Nisa. Hari-hari kena keja demi mencari sesuap nasi. Eceh, macam sedih la pulak kan. Tapi aku dah biasa dengan rutin harian ku. Biar lah apa pun orang cakap pasal keja aku yang penting aku tak susah kan orang. Yela, sekarang ni bukan senang nak cari keja. Kan...~Ooo..Lupa pulak nak beritau, aku keje kat Kedai Hardware. Kire keje ngan abg aku la. Sape lagi nak tolong kalu bukan adik beradik sendiri...
Ni aku nak story pasal malam semlm. Tiba-tiba abang aku tanya nak makan apa untuk dinner. Siap dibagi pilihan samada Domino's Piza atau McDonald. Mesti la aku nak Domino's sebab aku tengah muak makan Mekdi Mcdonald. So, dengan sepantas kilat nya SIL call untuk order. Bila dah selesai melantak Domino's tu baru la abang aku beritau yang tu dia belanja sempena Besday aku lagi 2minggu itu. Giler awal la nak celebrate pun.hehe Ape-ape pun aku rase cukup terharu. Kalau tau dia belanja sempena incoming besday, lame dah aku minta macam2. Yela, setahun sekali je kan. Dan petang ni, abang n SIL nak belanja tengok wayang cerita Hantu Mak Limah Balik.. So excited la.. Pasal cerita tu akan ku update untuk next Blog..=)
Domino's Pizza memang best..~!!




Kalau lah boley dapat sebiji buat g keje..ngeee