Thursday, January 27, 2011

BaD DaY...~~!!

Sedih tau....:-(

Hari ni langsung tak dengar khabar dari dia..Mungkin sibuk sangat kot.. Harap2 dia ingat la kat aku.. Tak ingat pun takpe..I okie jew..huhu
Tapi, tak tau la nape skang ni asyik rasa tak sedap hati.. Macam ada sesuatu yang dah terjadi atau akan terjadi.. Mudah-mudahan takde apa2.. Risau jugak kalau asyik memikirkan.. Sekarang ni pun aku jadi semakin sensitif.. Semua nya terjadi dengan tiba-tiba.. Mungkin ada kaitan dengan hormon dalaman kot. Biasa la, orang pompuan ni kalau dah nak sampai masa nye mula la serba tak kena..
Dah la hari ni aku bergaduh dengan customer.. Yang penting customer tu cina yang dah tua.. Takda perasaan punye orang.. Sebelum ni datang dahla buang kulit kacang merata2.. Yang tu takpe lagi, ari ni datang nak memekak cakap harga mahal.. Seb baik ada customer lain backing aku.. Kalau tak mahu aku campak paku kat muka dia.. Lain kali nak sebut tu betul2 la sikit.. Sebenarnya barang yang dia nak tu kitorang jual lagi murah dari harga dia dapat.. Dahla salah dia, pastu nak tinggi2 kan suara kat aku.. Pantang datuk nenek moyang aku kalau orang tinggi2 suara ni.. Mula lah tahap kesabaran aku hilang.. Memang aku lawan balik la apa yang dia cakap.. Makin dia tinggi kan suara, makin tinggi la suara aku.. Ade aku kisah dia orang tua ke orang muda ke.. Orang dah layan elok-elok lagi nak naik kepala..Nak kate 'Customer Always Right'..?? Memang buang dalam lombong jela ayat tu kalau tengah mengadap spesis manusia macam orang tu. Minta-minta lepas ni dia tak datang lagi la.. Kalau tak boley rosak mood aku untuk satu hari..
Aku harap lepas ni mood aku akan kembali okie.. Tak best la kalau hati tengah marah.. Semua benda buat tak menjadi.. Hurmmm, ape nak buat ea untuk kembali kan mood aku.. Susah2 layan cite Upin Ipin kat Youtube pun okie gak..hehehe..

Pesan Miszz Nesya:~
Cuba untuk kawal kemarahan selagi boleh.. Untuk kebaikan diri sendiri jugak..:-)

No comments: