Friday, February 25, 2011

Kenangan..

Mr A bagi PooH macam ni la..

Sekarang ni asal petang je mesti hujan kan.. Padahal baru dua tiga hari hujan.. Time hujan lebat ni tetiba teringat dekat seseorang.. Macam mana la boleh terlintas kat otak nie.. Rasa nya dalam dua tahun lepas kot.. Aku kenal dengan Mr. A.. Kami kenal dekat internet la kan.. Lepas beberapa bulan kenal tiba-tiba dia kata nak jumpa.. Adoiyai.., aku dah la tak reti nak jumpe2 ni.. Giler banyak alasan aku bagi kat dia.. Walaupun aku anggap dia sebagai kawan biasa je (time tu tengah couple ngan sum1) tapi dia macam menaruh harapan pulak.. Lagi la aku segan nak jumpe..huk3

Sampai satu hari tu tetiba dia call tanya lokasi kedai aku keje.. Aku pun time tu agak sengal, so beritau la kat mane.. Dia boley kate nak datang jumpa aku... Demmmm... dengan comotnye aku ari tu (keje hardware harus la comot2..).. Dah tak senang duduk dah nie.. Nebes tu takyah nak cakap la.. Rasa nak menyorok bawah meja je.. Pastu aku dapat idea untuk elak kan dari dia datang.. Aku call dia balik, dan kena kan syarat kalau nak datang jumpa aku.. 1st, aku minta patung PooH.. 2nd, aku minta coklat Cadbury and 3rd aku minta KFC sebab aku beritau dia yang aku tak makan lagi.. Tak pernah aku minta macam tu kat orang tau.. Kali ni memang aku betul-betul terpaksa..

Dalam 30-45 minit, tetiba dia call cakap dah ade depan kedai.. Elok dia masuk kedai je turun la hujan selebat2 nye.. Dan dia pun hulur la ape yang aku request dalam phone.. Patung PooH dan coklat dia letak dalam box siap ada kad dan KFC.. Rase macam simpan lagi kad dia tu tapi kena selongkar barang2 kat bilik aku dulu la.. Terharu la jugak sebab dia memenuhi permintaan aku yang ntah pape.. Kalau aku tau lame dah minta yang best2 sikit (jahat giler).. Agak lama la dia duk melepak kat kedai aku.. Siap bawa camera lak tu nak snap2 gambar aku.. Nak halau memang tak patut.. At last, terpaksa la halau cara halus.. Aku pun tak ingat aku cakap ape kat dia..

Orang nye comel and cute tapi dia rendah dari aku.. Lagi pun time tu aku kan tengah couple ngan orang lain.. Macam mana la dia sekarang kan.. Mungkin dah jumpa seseorang yang ditakdirkan untuk dia kot.. Aku doa kan semoga dia bahagia.. Patung PooH yang dia bagi tu still ada lagi.. Aku letak kat dalam kereta.. Apepun aku akan ingat sampai bila2 pasal dia..=)

No comments: