Tuesday, February 8, 2011

Kenapa Aku Still Single...:-)


Terasa agak poyo tajuk blog aku hari ni.. Tapi itu la kenyataan nya.. Kenapa sampai sekarang aku masih single.. Kata hari tu dah bertukar status ea.. Memang la, walaupun dah bertukar status dari 'Single' ke 'In Relationship' tapi aku masih anggap diri aku ni still single.. Teruk kan..., hope dia tak baca blog aku nie..:p

Sebenarnya sampai sekarang aku masih takut untuk bercinta. Lagi la nak terima cinta dari seseorang.. Semua nya aku belajar dari pengalaman yang lalu. Bercinta tapi tak ada kesudahan. Tambah lagi dengan keadaan sekeliling sekarang nie. Macam-macam cerita la. Paling menakutkan apabila rumah tangga yang dibina dengan penuh perasaan cinta berakhir dengan penceraian. Minta jauh la semua tu dari aku..

Memang tak dinafikan dalam hati aku ada perasaan cemburu bila tengok kawan-kawan lain dah berkahwin dan ada yang dalam proses membina masjid. Sedang kan aku still dengan hidup aku yang kadang-kadang aku rasa keseorangan. Tapi, aku yakin segala nya dah ditetapkan oleh-Nya.. Dan aku just boleh berdoa agar di temukan seseorang yang boleh menyayangi aku sampai ke hujung nyawa.

Sekarang ni aku masih boleh terima yang aku still single.. My sis pun banyak sabar kan aku. Dia pun kahwin masa umur nya nak masuk 30. Dan aku baru nak masuk 26. So, ada lagi 4 tahun sebelum melangkah ke angka 30. Bunyi macam scary je sebab umur ni makin lama makin bertambah bukan berkurang.. Tapi kalau dah ditakdirkan jodoh aku lambat, buat macam mana pun tetap la lambat..

Kalau nak cakap pasal ni sampai tahun depan pun tak habis.. So akan aku biarkan masa berlalu, hari berganti hari sampai aku jumpa Mr Right yang sesuai untuk aku.. :-)

No comments: