Tuesday, March 15, 2011

Salah Ke Menjadi Orang Ketiga...???


Pagi tadi otw pegi keje aku sempat la dengar Hotfm.. Hari ni dorang buka topik pasal orang ketiga. Dan persoalan nye " Salah ke Menjadi Orang Ketiga.." Macam-macam pandangan yang diberi dari pendengar.. Ada yang kate salah dan ada jugak kate tak salah.. So, apa jawapan bagi persoalan tu.. Salah ke tak salah..?

Sebenarnya aku pun tak tau nak cakap macam mana.. Kalau nak ikutkan, mereka akan kate salah jika pernah berada dalam situasi hubungan di ganggu orang ketiga.. Dan bagi mereka yang kate tak salah pernah atau sedang menjadi orang ketiga.. Dan perkara ni sangat complicated nak dihuraikan..

Tapi, tak boley la nak salah kan orang ketiga 100% dalam hal ni. Kadang-kadang dorang ni pun mangsa keadaan.. Tak tau situasi atau status pasangan.. Dan pernah tak dengar istilah Cinta Itu Buta.. Bila dah terjebak dek cinta memang susah nak lupakan.. Lagipun ni soal hati dan perasaan.. Bukan senang nak lepaskan cinta tue.. Kalau tak caye try la jadi orang ketiga..huhu

Sape pun taknak berada dalam situasi macam ni.. Semua ni dah ditentukan oleh-Nya. Kalau dah ditakdirkan kite terpakse berkongsi kasih cube la untuk terima pihak lagi satu.. Kalau kita boleh elakkan kena cube untuk elakkan.. Lagipun kite sedia maklum bahawa dalam Islam kaum lelaki ni boley berkahwin sampai 4 dengan syarat2 tertentu..

Untuk orang lelaki pulak agak2 tak mampu jangan la ngade2 nak cari yang lain.. Kalau ada masalah dalah hubungan ni try la untuk selesai kan.. Dengan cari orang ketiga bukan cara penyelesaian yang bijak.. Cian kat kaum2 hawa ni tak pasal2 kena berkongsi kasih, kena makan hati..

Tapi pada sape2 yang terus nak menuding jari mengatakan semua ni adalah salah orang ketiga.. Cuba letak diri sendiri kat situasi tersebut.. Memang senang untuk melemparkan tuduhan tapi dalam masa yang sama fikir la tentang perasaan orang ketiga walaupun mereka memang tau yang cinta itu salah..

Tapi ni cuma pendapat aku je.. Kite semua ada pendapat yang berbeza kan.. Walau apa pun cuba untuk elak kan dari menjadi orang ketiga.. Tapi, kalau terjebak juga kena siap sedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi hari-hari mendatang.. Anggap la ini hanya dugaan kecil dari Allah untuk hambanya..

No comments: