Thursday, June 23, 2011

Benda tumpang...???

Tak tau kenapa akhir-akhir bahu aku asyik sakit je. Rasa takda pulak angkat benda berat-berat. Ni kadang-kadang baru menaip kejap dah rasa lenguh tahap melampau. Puas la aku letak minyak angin segala. Kadang kalau tak tahan sangat aku urut sendiri. Nanti lah balik Banting baru suruh bibik urutkan..



Bila tengah sakit camni kan, tiba-tiba aku bayang kan macam-macam.. Ingat lagi tak movie hantu Thailand 'Shutter'.. Huish, seram giler la cerita tu.. Kan ada satu scene yang hantu bertenggek atas bahu si hero. That's y la bahu dia selalu sakit.. Kalau yang bertenggek tu budak-budak takpe jugak.. Ni dah besar macam mak budak tau.. Aku mula membayangkan ada benda bertenggek kat bahu aku.. Adoiyai.., minta jauh la ye.. Mungkin penat sangat kot (sedapkan hati)...


tak gila kalau jadi macam nie..


Cerita lagi pasal sakit bahu ni, teringat pulak abang aku cerita pasal wife dia.. Asyik lenguh-lenguh kat bahu je.. Rupa-rupanya ada yang benda tumpang kat bahu dia.. Tambah scary bila taring benda tu dah tertusuk kat bahu wife dia.. Semua ni dia tau lepas pergi berubat cara Islam kat Meru or Kapar.. Aku pun ingat-ingat lupa dah..Tapi sekarang dah takde sebab orang tu tak tolong buang kan..



Tapi, bahu aku ni dah mula okie balik.. Mana tak nya.. Boleh tadi aku tertido lepas solat Zohor sampai Asar. Nasib baik abang a.k.a bos aku tak marah.. Ni pun ada rasa mamai lagi ni..hehehe.. Hope cuma lenguh-lenguh biasa je la kan.. Kalau tak memang horror beb..T_T


LOL:~ Miszz Nesya

No comments: