Friday, June 24, 2011

Siapa bakal Juara Maharaja Lawak...?

Agak-agak siapa lah yang akan memegang gelaran Maharaja Lawak malam ni.. Adakah kumpulan Sepah, Jozan, Jambu ataupun Nabil.. Mereka mempunyai kekuatan masing-masing..

Kalau tak silap aku hadiah yang akan dibawa pulang adalah RM300k untuk siapa yang dinobatkan sebagai Maharaja Lawak.. Manakala tempat kedua membawa pulang wang tunai RM200k dan RM100k bagi tempat ketiga.. Bukan satu jumlah yang sikit..

Cuba banyangkan kalau Nabil dapat RM300k. Perrggghh banyak tu beb. Tapi boleh ke Nabil mendapat tempat pertama.. Mengikut pendapat aku mungkin Jozan atau pun Sepah.. Sebab tu kumpulan kegemaran aku..hehehe

Apa kata kita tengok apa kelebihan peserta-peserta akhir Maharaja Lawak yang aku amik dari Laman Web Murai.com.my..


~Si pelawak bertelinga capang ini adalah antara pelawak yang sangat popular di negara ini. .Malah, komedi Nabil adalah antara yang paling inovatif di Maharaja Lawak serta memiliki kekuatan jalan cerita yang menarik dan kreatif. Penggunaan 'props' yang unik dan pelik dalam persembahan juga banyak membantu persembahan komedi beliau yang ditampilkan secara solo.



~Muka ganas tapi 'cute'. Itulah yang boleh disimpulkan tentang gandingan Yus dan Tauke. Terkenal dengan komedi aksi yang hanya menggunakan dialog ringkas, lakonan komedi Jambu boleh dikatakan sebagai antara yang terbaik di pentas Maharaja Lawak. Komedi senyap juga merupakan salah satu kekuatan Jambu ketika membuat persembahan komedi.



~Trio jejaka dari Johor dianggotai oleh Jep, Shuib dan Mamat atau lebih dikenali dengan panggilan Sepah. Komedi mereka berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia merupakan nadi kekuatan dalam persembahan komedi mereka. Persembahan komedi mereka adalah yang paling konsisten di sepanjang musim Maharaja Lawak ini.


~Johan dan Zizan atau lebih dikenali dengan gelaran Jozan merupakan pasangan duo yang paling popular di Maharaja Lawak. Kekuatan Jozan terletak pada komedi mereka yang pelbagai. Mereka juga amat jarang menggunakan komedi yang berulang. Johan yang pandai membuat mimik suara, manakala Zizan pula bijak menampilkan idea komedi yang kreatif . Gabungan ini menjadi sumber penting untuk persembahan komedi mereka.

 .................................................................................................

Tapi semua ni rezeki masing-masing.. Tapi, aku harap sangat Jozan atau Sepah akan menang.. Sampai sekarang ni kalau aku dengar lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF7 mesti teringat Johan..ekeke Siapa yang akan bergelar Maharaja Lawak, kita tunggu la malam ni ye..


LOL:~ Miszz Nesya

No comments: