Wednesday, July 6, 2011

Alahai Perodua...(part 2)

Alahai Perodua.....Lepas hal ari tu, esok nya je aku call Pusat Servis Perodua. Aku beritahu la apa yang aku tak puas hati dengan kerja dorang.. Ada ke patut pihak dorang macam nak salahkan aku balik.. Dia kata masa amik tu abang aku dah test drive tapi takda apa-apa bunyi.. Masalah nya, kalau betul dah elok takan time aku drive ada bunyi lagi.. Hentian Kajang dengan Saujana Impian tak sampai 20 minit.. Takan dorang betul kan hanya untuk tahan 30 minit je.. Ooo ye, bunyi tu macam bunyi anak tikus sedang bermain kat roda sambil bernyanyi2..

 Agak penat lah aku membebel kat orang Perodua pasal Miszz Biba aku nie. First, dia dah salahkan aku.. Second, dia suruh minta aku hantar balik kat Pusat Servis.. Adoiyai.., memang betul kalau aku tak hantar biba tak settle masalah aku.. Tapi, try dorang buat servis amik kete kat umah.. Agak-agak larat tak nak ulang alik sebab benda yang sama.. Kena buat appointment lagi, hantar lagi dan semua tu hanya buang masa je.. Patut nya hari tu dah satu hari aku tinggal kan biba kat dorang, kena la buat betul-betul.. Kalau takat test drive kat situ-situ je tak sempat la tayar tu nak bunyi.. Area Bangi tu kan besar, bukan aku minta pihak dia isi balik minyak kete aku.. Lagipun aku tau bukan kete aku sorang je dorang nak servis ari tu.. Sebab tu la aku letak kat situ dari pagi sampai petang.. Pastu siap cakap kalau still bunyi takan lepas bagi balik customer.. Tapi, kes aku ni macam mana.. Memang dah bagi tapi bunyi lagi..

Esok nya, hari Selasa orang Perodua call aku balik.. Mula-mula malas aku nak layan.. Tapi, disebabkan sifat tak sampai hati aku ni aku layan la jugak. Boleh pun cakap elok-elok.. Dia minta aku datang lagi bila aku free untuk settle kan masalah biba aku.. Aku cakap okie je.. Kalau aku ni jenis banyak masa dari hari tu lagi aku dah pegi anta takde nak tunggu servis baru nak anta kete..

Sabo je la sampai masalah Miszz Biba ni dapat di settle kan ...ok bye..

No comments: