Saturday, January 29, 2011

Dalam Hati Ada Taman...

Wo Ai Ni...~!!

Hari ni rasa sangat happy..
Setelah sekian lama tak jumpa...
Akhirnya dapat juga jumpa yang tersayang..
Amboi2..sejak bila ada yang tersayang ni.. 

Tu yang Miszz Nesya nak cerita..
Sekarang ni dah bertukar status.. 
Dari 'Single' ke 'in Relationship'..

Ececeeeehh... best rupa nya kalau betul2 jatuh cinta ni..
Jatuh cinta dengan orang yang menghargai kita..
Mudah-mudahan camtu la kan..

Aku harap hubungan ni berkekalan la..
Tapi, semua tu di tentukan oleh Allah s.w.t..

Teringat yang dia kata muka aku selalu nampak tenang..
Dia tak tau aku lah orang paling kalut dikalangan family aku sebenarnya..

Untuk awak..., Saya sayang kat awak...
Thanks sebab awak beri ruang dihati awak untuk saya...:-)

yeay...sangat2 happy..ngeee

Pesan Miszz Nesya:~
Kalau dalam hati ada taman kena lah sentiasa ceria..Lepas ni taknak marah2 or sedih2 k..


Friday, January 28, 2011

Hilangkan Rasa Marah..


Dah dua hari ni ada je yang membuatkan aku naik angin.. Yup, aku juz manusia biasa yang ada perasaan marah.. So, ni la hasil yang aku dapat di internet untuk dikongsi bersama..

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).
  1. Minum air.
  2. Mendiamkan diri ketika marah.
  3. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
  4. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
  5. Berfikiran positif.
  6. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
  7. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
  8. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
So sekarang Miszz Nesya dah tak marah2 lagi..nak senyum je k..:D

Thursday, January 27, 2011

BaD DaY...~~!!

Sedih tau....:-(

Hari ni langsung tak dengar khabar dari dia..Mungkin sibuk sangat kot.. Harap2 dia ingat la kat aku.. Tak ingat pun takpe..I okie jew..huhu
Tapi, tak tau la nape skang ni asyik rasa tak sedap hati.. Macam ada sesuatu yang dah terjadi atau akan terjadi.. Mudah-mudahan takde apa2.. Risau jugak kalau asyik memikirkan.. Sekarang ni pun aku jadi semakin sensitif.. Semua nya terjadi dengan tiba-tiba.. Mungkin ada kaitan dengan hormon dalaman kot. Biasa la, orang pompuan ni kalau dah nak sampai masa nye mula la serba tak kena..
Dah la hari ni aku bergaduh dengan customer.. Yang penting customer tu cina yang dah tua.. Takda perasaan punye orang.. Sebelum ni datang dahla buang kulit kacang merata2.. Yang tu takpe lagi, ari ni datang nak memekak cakap harga mahal.. Seb baik ada customer lain backing aku.. Kalau tak mahu aku campak paku kat muka dia.. Lain kali nak sebut tu betul2 la sikit.. Sebenarnya barang yang dia nak tu kitorang jual lagi murah dari harga dia dapat.. Dahla salah dia, pastu nak tinggi2 kan suara kat aku.. Pantang datuk nenek moyang aku kalau orang tinggi2 suara ni.. Mula lah tahap kesabaran aku hilang.. Memang aku lawan balik la apa yang dia cakap.. Makin dia tinggi kan suara, makin tinggi la suara aku.. Ade aku kisah dia orang tua ke orang muda ke.. Orang dah layan elok-elok lagi nak naik kepala..Nak kate 'Customer Always Right'..?? Memang buang dalam lombong jela ayat tu kalau tengah mengadap spesis manusia macam orang tu. Minta-minta lepas ni dia tak datang lagi la.. Kalau tak boley rosak mood aku untuk satu hari..
Aku harap lepas ni mood aku akan kembali okie.. Tak best la kalau hati tengah marah.. Semua benda buat tak menjadi.. Hurmmm, ape nak buat ea untuk kembali kan mood aku.. Susah2 layan cite Upin Ipin kat Youtube pun okie gak..hehehe..

Pesan Miszz Nesya:~
Cuba untuk kawal kemarahan selagi boleh.. Untuk kebaikan diri sendiri jugak..:-)

Wednesday, January 26, 2011

S.E.N.T.A.P...


Tetiba la hati ni rasa nak tersentap...
Mengada-ngada betul tau..
Tapi, dah aku ni gegurl...
Hati mesti la sensitif..
Yela, salah aku kot..
Never mind, tknak kisah pun..
Malas la nak taip bebanyak..
Yang penting memang tersentap...
Baik duk diam2 takyah kacau sape2..
Sekian, terima kasih..

Pesan Miszz Nesya: kalau tersentap or merajuk kena pergi shopping untuk hilangkan perasaan tu.Tak baik sentap lama2..Okie, jom g shopping tonite..

Monday, January 24, 2011

Penyakit 'M'....

Malas pun tetap boleh update blog..:p

Pernah dengar tak penyakit 'M'...huhu Memang tipu la kalau uols cakap tak pernah dengar.. Terang2 memang ada dalam diri uols kan.. Tak banyak pun sikit tapi tetap ada.kan kan kan..lalalala
Sama la ngan aku.. Penyakit 'M' tu sentiasa ada dalam diri aku.. Semua tu kita yang tentukan sebenarnya.. Kalau rasa2 nak hilangkan penyakit 'M' tu, so kenalah pandai2 rajin kan diri.. Kalau nak ikutkan perasaan memang akan sentiasa rasa malas..
Lagi-lagi hari isnin...huish, memang terasa sangat malas la nak pergi keje.. Walaupun aku ni hari-hari keje tapi tetap ada perasaan malas yang membuak2 tu.. Lagi la dalam keadaan aku yang tak berapa sihat ni.. Dengan tak boley tido malam tadi.. Rasa nak continue tido sampai tengahari.. Itu kalau aku ikut kan rasa malas aku.. Tapi, oleh kerana sifat rajin aku mengatasi sifat malas, sbb tu la aku dah ada kat tempat keje.. Memang sakit hati la sbb tak boleh tido malam tadi.. Asyik terjaga je.. Sampai tak terkira berapa kali aku terjaga dan mengubah posisi tido.. Semua serba tak kena.. Sampai patung Frog pun aku humban smpai jatuh katil...cian nye kat dia..huhu
Pagi ni rasa sakit tekak dan badan terasa sengal2..bukan sengal yang membawa maksud ngok ngek.. Tapi sengal yang bermaksud sakit2 badan.. Agak2 larat tak aku tahan sampai habis waktu keje.. Hurmm...kalau tak larat terpakse la aku merangkak2 je kalau nak amik barang untuk customer..hehe

kalau camni mmg lari semua orang yang datang..haha



Pesan Miszz Nesya: Kalau tak larat wat keje jangan la sampai nak merangkak.. Amik masa untuk rehat dalam 5-10 minit kemudian sambung balik buat keje tu...okie tak..?

Sunday, January 23, 2011

Rindu Dekat Awak..



Yup, memang aku tengah rindu kat dia.. Agak2 la kan, dia rindu kat aku tak..

Berani la kalau cakap tak rindu kat aku.. Ada jugak yang merajuk 18 hari..

Time tu kita tengok sapa yang rindu sapa...

Dah tentu la aku yang rindu dia...hehehe

Time2 macam ni mana boleh nak merajuk lama-lama..

Tula, nak sangat bercinta, skang tanggung la perasaan tu sorang-sorang..

Takan nak share ngan jiran-jiran setaman pulak..

Tapi, yang penting saya betul-betul rindu kat awak.. 

Pesan Miszz Nesya:- kalau rindu kat seseorang, kite kena tidur supaya orang tu datang dalam mimpi kita..hehe