Friday, February 4, 2011

My Hardware diserbu..~!!

Pic last year pas kedai di cat..

Ingat Jusco ngan Sogo je orang serbu.. My Hardware pun diserbu jugak tau.. Tapi oleh tukang2 yang bekerja hari ni. Ada jugak yang baru masuk umah baru so macam2 la kena beli.. Skang kan Chinese New year, so kedai-kedai hardware bertauke kan cina tutup.. Dorang ni tutup bukan kejap2.. Ada yang sampai 2 minggu sebab nak pegi melancong.. Orang2 construction yang berbangsa Cina pun ada yang cuti sampai 20 hari.. Ni bukan main2 tau.. Orang tu sendiri yang cite yang dia nak pegi Australia..Sangat jeles k.. Setakat cite je tapi tak bawa Kangaroo sekor untuk aku baik takyah...huhu

Alkisah nya, ari ni ari Jumaat.. Dah jadi perkara rutin My Hardware akan tutup kedai dari pukul 12.30pm hingga 02.30pm.. Kemudian kami akan buka seperti biasa hingga ke malam.. Macam hari ni memang itulah rutin yang dilakukan.. Biasa nya pukul 02.25pm aku akan gerak dari rumah.. Tiba2 dari jauh nampak penuh semacam depan kedai tempat aku keje dengan kereta-kereta.. Dalam hati dah sedikit cuak.. Mane tak nya, kat area Saujana Impian memang terkenal dengan kes curi, samun dan macam2 lagi lah.. Hati dah berdebar-debar beb.. Sekali sampai kedai rupa-rupanya customer dah menunggu nak beli barang.. Sampai senget-senget la aku parking..Main parking je memandangkan orang dah menunggu.. Sebab biasa nya aku buka kedai baru orang datang beramai-ramai.. Confius jap, aku lambat datang ke.. Rasa macam tak pulak..

Elok aku nak buka pintu kedai je terus dorang kuar dari kereta.. Adoiyai, kalau iye pun tunggu la aku nak kuar kan barang2 dulu ke.. Ni terus masuk pulak tu.. Nasib baik ada budak lagi sorang so takde la kalut sangat.. Tapi apa yang best ada sorang mamat ni agak hensem dan macho la nak beli Gloss Paint.. Bila dia tawar terus terbagi speacial discount lor...hukhuk.. Memang gedix giler tau.. Tapi boley pulak dia nak tawar lagi.. Memang tak dapat la bang ooiii... Nanti gaji aku lak yang dipotong...ngeee

Tapi ni la sebenar nya cabaran dan bestnya kat My Hardware.. Sebab orang-orang kat sini sangat la peramah.. Diorang suka dilayan tak seperti tempat-tempat lain yang suka buat hal sendiri kan.. Walau apa pun, terima kasih bebanyak la kepada penduduk Saujana Impian sebab support My Hardware.. Insya Allah, kami akan bagi special price, special discount and special service.. Sebab anda semua, alhamdulillah My Hardware dah masuk tahun ke-3..Doakan semoga My Hardware terus sukses k..~!!

pic dalaman...

harus la ada jual penyapu..

dari luar..

area sebelah depan kedai..

p/s: ni semua pic lama.. 
Nak amik yang sekarang macam dah serabut je sebab barang pun dah bertambah.. 
Oh ye, My Hardware terletak di:~
No. 2, Jalan Impian Murni 1/4, Taman Saujana Impian Kajang..

Cara Untuk Hilangkan Stress...~!!

sedap pulak tgk coklat nie..:p

Dari zaman study lagi aku ada dengar orang kata kalau tengah stress cuba makan coklat.. Tapi, memang betul kalau aku tengah stress or angin nga tak okie aku akan makan coklat.. Lagi satu time Period Pain pun aku akan makan coklat.. So far okie la.. Memang betul bila kite makan coklat tu tak banyak tapi sikit pun akan mengurangkan tekanan dalam kepala aku ni.. Dan semalam aku baru makan coklat bukan sebab tekanan tapi teringin..ekekeke

Sebenarnya ada lagi cara-cara lain untuk mengurangkan tekanan ni. Kalau asyik makan coklat je makin kembang la badan yang memang dah kembang nie..

(Artikel kat bawah ni hasil google kat internet...)

Apakata cuba beberapa panduan dibawah dan mana tahu mungkin ia mampu mereda stress anda sekarang ini?

1. Lemparkan senyuman.
Kebanyakan kita apabila berhadapan dengan sesuatu masalah pasti kita akan tarik muka. Jika tidak, anda pasti mengeluh dan sumpah seranah sorang-sorang. Lagi bertambah angin kalau akaun eBay kena suspend atau item kena remove. Sudahlah buat listing beribu-ribu sekali akaun kena block. Siapa yang tak tertekan kan?

Jika anda berhadapan stress, cuba anda lemparkan senyuman, pasti tekanan anda akan sedikit reda. Boleh tak senyum? :D


2. Duduk bersendirian.
Saya kalau nak dapatkan mood menulis, paling mudah jika saya duduk bersendirian. Tenang tanpa sebarang ganggungan. Stress terjadi bila anda berada di dalam keadaan yang sibuk, bising atau suasana yang tidak memberi anda fokus. Dimana tempat sesuai untuk bersendirian? Contoh tempat peranginan, kampung yang jauh dari kesibukan kota, bilik studio ataupun kubur masjid.


3. Bertenang.
Salah satu perkara yang kita tak sedar bila kita sedang stress, kita tidak mampu bertenang. Ada diantara kita, apabila mereka berada dalam tekanan, diri mereka jadi kelam kabut, fikiran jadi kusut, kepala berserabut malah akan cepat ada perasaan GIVE UP. Andai anda lakukan sesuatu itu tetapi tidak berjaya, jangan mudah stress. Cuba tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan nafas anda secara perlahan-lahan.

Cuba elakkan dari terus berfikir dan berfikir. Ambil sedikit masa untuk tenangkan perasaan dan lupakan sekejap masalah yang sedang dilalui. Ingat, setiap tekanan itu ada penyelesaiannya. Jadilah orang yang sentiasa tenang dan bijak merancang keputusan.

4. Berbuat baiklah pada orang lain.

Yang ini bagi kes yang selalu cari pasal atau suka rasa tak puas hati dengan orang lain. Jika anda mendapati seseorang itu selalu sahaja beri tekanan kepada anda, adalah lebih baik anda abaikan orang seperti ini. Dalam perniagaan internet, jika anda berhadapan dengan pelanggan atau mereka yang bermasalah (yang suka kondem orang), anda perlu bijak untuk menanganinya. Anda boleh mendiamkan diri atau buat-buat pekak telinga atau lebih bagus anda jawab dengan kata-kata paling berhemah walaupun pedih untuk berkata-kata.

Ada seorang guru agama berpesan kepada saya. Jika ada seseorang yang bencikan kita, apa yang boleh kita buat, kita sedekahkan al-fatihah kerana “musuh-musuh” kita akan ia dapat melembutkan hati mereka.

5. Jadi seorang yang pemaaf.
Kita bukanlah insan yang maksum. Setiap orang sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan. Jika anda marahkan seseorang, janganlah sampai simpan di dalam hati sehingga sanggup bermusuhan bertahun-tahun lamanya. Berselisih pendapat mungkin menyebabkan kita berhadapan dengan stress, tetapi jika kita mudah memaafkan seseorang, tekanan yang ada dalam diri kita pasti dapat dikurang atau dihilangkan.

Nota: Jika saya ada buat sebarang kesalahan dengan pembaca blog ini, harap maafkan saya. :)


6. Beri Pelukan.
Owh.. Yang ini hanya praktikal untuk sesama jantina atau mereka yang muhrim sahaja. Jika anda bukan muhrim, tak payahlah nak praktikkan langkah ni, kang bertambah pula dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar. hehe.

Kalau tak percaya try la peluk memeluk. haha.

7. Lavender.
Saya suka bau wangian ini. Serius! Ia mampu beri kelegaan kepada stress yang saya alami. Sekarang ni pun banyak produk aroma terapi yang guna wangian lavender ni. Di pasaran pun, kita boleh beli minyak wangi, sabun mandi, shampoo, losyen dan sebagainya. Anda boleh pilih apa juga wangian yang boleh memberi anda ketenangan. Ini pun salah satu cara untuk redakan stress.

8. Kasih sayang.
Jika anda telah mempunyai anak, bermanja-manja dengan mereka juga merupakan satu terapi yang bagus untuk melegakan stress. Bagi anda yang belum berkahwin atau tidak punyai sebarang anak, anda boleh tunjukkan kasih sayang anda kepada hidupan lain seperti kucing, bunga dan alam semulajadi.

Kekuatan dalaman wujud apabila anda mencurahkan kasih-sayang anda kepada orang lain. Sebab tu ada yang kata dengan melihat telatah anak-anak kecil dirumah selepas pulang dari tempat kerja dapat meredakan tekanan mereka. Setuju?

9. Allah. 
Nombor sembilan ini, bagi mereka yang mentaati perintah dan mengikuti suruhanNya, kepadaNya kita bermohon dan berdoa untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan.

10. Ceria.
Buat apa yang anda suka. Lari sebentar dari apa juga tekanan yang anda alami. Gembirakan hati dan diri anda.
Jangan musnahkan diri anda disebabkan anda berhadapan dengan STRESS. Inilah waktu untuk anda ceria!

Sumber Dari :~ Norizamshah.com


So, try la ikut cara-cara yang tertera untuk kurang kan stress..huhu

kan best kalau ada org bagi camni kan aku...hukhuk

tak pun yang camni pun jadi la kan...jangan harap la Miszz Nesya ooii...~!!




Thursday, February 3, 2011

Lirik lagu..

Dadali Di Saat Aku Mencintaimu

gambar Dadali Di Saat Aku Mencintaimu image

mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

reff:
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

repeat reff

semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta

repeat reff

aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta


BRUNO MARS-GRENADE

Easy come, easy go
That's just how you live, oh
Take, take, take it all,
But you never give
Should of known you was trouble from the first kiss,
Why were they open?
Gave you all I had
And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, you did
To give me all your love is all I ever asked,
Cause what you don't understand is
I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah)
Oh, oh
I would go through all this pain,
Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby;
But you won't do the same

No, no, no, no
Black, black, black and blue beat me till I'm numb
Tell the devil I said “hey” when you get back to where you're from
Mad woman, bad woman,
That's just what you are, yeah,
You’ll smile in my face then rip the breaks out my car
Gave you all I had
And you tossed it in the trash

You tossed it in the trash, yes you did
To give me all your love is all I ever asked
Cause what you don't understand is
I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah)
Oh, oh
I would go through all this pain,
Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby;
But you won't do the same

If my body was on fire, ooh
You’ d watch me burn down in flames
You said you loved me you're a liar
Cause you never, ever, ever did baby...
But darling I’ll still catch a grenade for ya
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah)
Oh, oh
I would go through all this pain,
Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby;
But you won't do the same.
No, you won’t do the same,
You wouldn’t do the same,
Ooh, you’ll never do the same,
No, no, no, no


CHRISTINA AGUILERA-HURT


Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were, but I walked away
If only I knew what I know today, ooh, ooh

I would hold you in my arms, I would take the pain away
Thank you for all you've done, forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do to hear your voice again
Sometimes I wanna call you but I know you won't be there

Oh, I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you

Some days I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just wanna hide 'cause it's you I miss
And it's so hard to say goodbye when it comes to this, ooh

Would you tell me I was wrong? Would you help me understand?
Are you looking down upon me? Are you proud of who I am?
There's nothing I wouldn't do to have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back

Oh, I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself, oh

If I had just one more day
I would tell you how much that I've missed you
Since you've been away

Oh, it's dangerous
It's so out of line
To try and turn back time

I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself
By hurting you


p/s: sebenarnya senang aku nak karok time bosan nanti...huhuhuhu

Malas Giler...~!!


Happy Chinese New Year..~!!

Bukan main seronok memasing dapat cuti lama kan..

Aku jugak yang kena keje.. 

Memang secara automatik la perasaan malas tu membuak-buak..

Mana tak nye, tengok masing-masing berjalan sana sini.

Siap ada yang pergi picnic lagi..

Giler la kalau aku tak jeles.. 

Teringin jugak nak cuti macam orang lain..

Dah tu dah kena keje terpakse la kan..

Orang kata benda-benda camni kena banyak bersabar..

Yang penting hari ni aku bangun lambat lagi.. 

Lambat giler pulak tu..

Badan rasa tak sihat.. 

Mungkin sebab kena hujan time kat One Utama ari tu kot..

Ni kepala pun rasa berat macam ada 8 biji batu bata.. uwaaaa...

Tetiba rasa nak apply cuti for next week...(okie, takde kena mengena..)


takleh nak collect angpau sbb kena keje lor...~!!

Wednesday, February 2, 2011

Rahsia Bulan Kelahiran..

klik pic kalau rabun...haha
Ni la kalau kat Facebook.. Ada je benda-benda baru untuk di cuba..

Aku pulak nga takde keje, eh silappp..

Tengah malas nak buat keje..(kantoi kat bos aku nanti).

So, aku pun try la applikasi ni..

Ianya berkenaan Rahsia Bulan Kelahiran..

Aku lahir bulan Disember jadi tu la result yang aku dapat atas kajian Dato' Dr. Fadzilah Kamsah..

Kalau nak di ikutkan kebanyakan dari yang tersenarai tu la sifat2 aku..

Yang paling betul ialah suka berlawak.. Sah2 aku ni jenis senget sikit..lalala.. 


Pada sapa2 yang ada Facebook dan nak try. test atau cuba applikasi ni sila la g kat link bawah ni:~

http://apps.facebook.com/rahsiabulanlahir/


Pesan Miszz Nesya:~
Try kalau nga bosan je ye.. 
Yang penting kite kenal siapa diri kite sebenarnye..
Mana yang baik kekal kan.. 
Yang tak elok tu pandai2 la ubah k..:-)

Tuesday, February 1, 2011

Headache...






Cuaca hari ni mmg giler panas la.. Ingat kan mendung2 macam semalam.. Aku pun beria la pakai T-shirt My Hardware yang berwarna hitam hari ni.. Jadi nya skang ni rase sangat2 sakit kepala tau.. Orang kate warna hitam ni meresap haba.. Memang habis la haba yang diresap kebadan aku..
Sebenarnya dari pagi tadi memang tak sedap badan.. Sakit tekak sampai suara pun jadi lain.. Sampai je kedai tetiba terjadi la sesuatu yang tak di ingini.. Benda tu adalah rahsia.. Nak ikut kan sampai perang dunia ke-3 la.. Tapi, takde la sampai meletus peperangan tu.. Dahla tengah sakit kepala jadi lak benda tu.. Memang aku nanges laju2 la.. Nasib baik BFF aku ada time aku kesedihan.. Dia la yang banyak nasihat aku.. That's why la aku sayang kat BFF aku tu.. Kan Cik Fiza ku sayang..
Then, kalau tak silap aku dalam tengahari kot keadaan menjadi seperti sedia kala..Dia call dan terangkan perkara sebenar.. Rupe2 nya hanya lah salah faham.. Dah tak pasal2 aku lak yang kena pujuk balik.. Ciitt..., tapi tkpe la.. Best jugak kalau merajuk pastu dipujuk dan memujuk org tu balik..(korang ada..??) Memang giler tapi tu la satu pengalaman baru dalam hidup aku... So, semua nya dah okie.. Takleh nak majuk lame2 nanti lain lak jadi nya.. Tu yang susah nye aku ni.. Cepat sangat melatah., cuba la bawa bersabar sikit ye wahai diri sendiri.. Dan lepas hal tadi tu, aku senyum je sampai sekarang sbb takleh nak lupe benda ngok ngek yang aku buat tadi.. Tak pasal2 dia yang jadi mangsa.. Nasib la orang nye penyabar kalau tak memang lama dah aku kena marah ngan dia.. Sebab tu I Love Him So Much....

Pesan Miszz Nesya:~
Walau apa pun kena siasat dulu dan jangan tuduh melulu.. 
Kesian kat satu lagi pihak.. 
Kate sayang so kena la bersabar ye..

Monday, January 31, 2011

Kenangan Terindah..

@ One Utama..

Tiap kali jumpa a.k.a ngedate dengan dia akan menjadi kenangan terindah dalam hidup aku.. Memang kami jarang jumpa sebab itu lah tiap kali jumpa kami akan betul-betul menghargai masa yang ada.. Actually, hari ahad memang aku kena keje tapi aku kerja half day.. So, petang tu boleh la jumpa dia..
Memula nya dia plan nak bawa aku pergi Sunway Pyramid.. Aku lak tetiba je teringin nak mam chocolate. Dia pulak ingat aku nak hot chocolate.. Cian kat dia kena pk mana nak cari hot chocolate tu.. Sekali tengok jalan tersangat la jem kat area nak masuk Sunway.. Kalau nak redah memang habis masa dalam kereta jela.. Then, dia kate kena tukar plan.. So, kami pergi la ke One Utama.. Aku lak agak teruja sebab terus terang aku memang tak pernah pergi sana.. Memang aku ingat betul-betul la jalan nak ke sana.. Lepas ni boley la pergi sendiri without him..(jahat tak..?)
Sebenar nya kat sana pun jem jugak tapi tak la seteruk jalan nak pergi Sunway tu.. Dahla semalam satu hari hujan je.. Cari parking kat basement takde pulak.. At last, terpakse la parking kat luar jugak.. Kena la hujan sikit.. Hope tak demam la ye.
Masa dalam kereta tu aku saje je tanya dia kat One Utama tu ada tak Secret Recipe.. Dia kate jangan kata Secret Recipe, Secret Whatever pun ada..uwaaa Kena kan aku pulak.. Yela, aku kan orang kampung, tak pernah pegi tempat camtu.. Majuk sebulan kang baru tau.. Bila sampai tempat tu tak sangka pulak dia nak bawa aku mam kat Secret Recipe.. Rase terkejut pulak sbb beria-ia cari Secret Recipe..Aku follow je dia..dudududu
Sebelum tu kami cari ATM dulu.. Tetiba, aku ternampak satu tempat ni mmg cantik sangat.. Tempat tu ialah Garden Cafe.. Ingat nak request kat dia mam kat sane sambil snap2. Cari2 hp rupanya tertinggal kat dalam kereta.. Adoiyai, frust nye aku.. Dia kate nak pergi amik tapi aku pk balik bukan dekat tempat parking tu.. Taknak la susah kan dia nak pegi amik kan.. Lain kali kan boley datang lagi walaupun hati ku kecewa..huhuhu
Garden Cafe..
Ni la tempat nye..
Cantik kan..nak jugak g sini..:p

Lepas ke ATM kami teruskan perjalanan ke Secret Recipe.. Aku pesan Ice Blanded Cappuccino ngan Cake.. Dia pulak pesan Ice Blanded Mocha ngan Grilled Chicken Black Papper.. Lepas masing2 dah kekeyangan kami pun balik la ke pangkal jalan..haha.. Takleh balik lewat2 sebab aku kena patah balik ke Kajang.. Tapi memang seronok sangat dapat spent time ngan yang tersayang.. Next date tak tau lagi bila.. Sebab kami pun busy dengan keje masing2 kan..Cukup la sekadar saling mengingati kan.. Waduh2, udah kangen banget sama dia nih.. Dan aku harap dia suka ngan hadiah yang aku bagi walaupun sebenar nye dah brape kali lupa..hehehe


Aku mam ni je semalam..

Si dia mam yang ni..

Kami pesan Ice blanded..
p/s: pic di atas semua di amik kat yahoo sebab hp tertinggal dalam kete...huhuhu

Pesan Miszz Nesya:~
Lain kali pasti kan hp tu sentiasa ada dalam handbag or sentiasa disamping kita.. Bila dah teritnggal kan tak boleh nak snap bebanyak..adoiyai..~!!