Tuesday, March 8, 2011

Komen di Facebook..


Tengah syok 2 layan fesbuk sambil bace komen kengkawan.. Tibe2 tertarik dengan satu komen yang di post kat wall salah sorang kawan aku... 
______________________________________________

SAYA DAN SEGENAP RAKYAT

Presiden
Wakil Presiden
Menteri Agama
Menteri Badan Usaha Milik Negara
Menteri Pertahanan
Menteri Dalam Negeri
Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia
Menteri Kebudayaan dan kesenian
Menteri Kehutanan
Menteri sumber manusia
Menteri Kelautan dan Perikanan
Menteri Kesihatan
Menteri Kewangan
Menteri Komunikasi
Menteri Koperasi
Menteri Luar Negeri
Menteri Tenaga kerja
Menteri Pembangunan Daerah Desa
Menteri kebudayaan dan kesenian
Menteri Belia Dan Sukan
Menteri Pendidikan
Menteri Perdagangan
Menteri Ekonomi
Kepala Badan Perencanaan Pembangunan Nasional
Menteri Perhubungan
Menteri Perindustrian
Menteri Pertahanan
Menteri Pertanian
Menteri Perumahan Rakyat
Menteri Teknologi
Menteri sastera Negara
Menteri Sosial
Menteri Tenaga

pengetua
guru besar
cikgu kanan
cikgu hem
cikgu seni
cikgu sejarah
cikgu math
cikgu pjk
pembantu kerani
cleaner

mat dispet
mat pet
mat lima suku
mat rempit
mat belia

pemilik facebook
pekerja facebook

chef
tukang basuh pinggan
pelayan

Dokter
nurse
pesakit
pelawat pesakit
kerani hospital

Manager Hotel
Manager Restoran
Manager Sea food
Manager Supermarket

pekerja hotel
pekerja angkat barang hotel
ppembawak lori

encik abu
encik hassan
encik anuar
cik siti
cik joyah
cik minah

abg manan
abg mior
abg sepul

tok mudim
tok ketua
pak imam
bilal
ketua daerah
penjawat awam
penjawat swasta
kaki lepak
budak skola
budak skola perempuan
pekerja mydin pkerja the store

budak emall
budak skim cepat kaya
budak siber
kaki anta virus
kaki cilok cips poker org

orang gila
Pengemis
dan Seluruh Kampung
............
............
............

MENYUKAI STATUS ANDA!!!!
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶¶¶¶¶´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´´¶¶´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´¶¶´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶´´´¶´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶´´´´´´´´´´´´¶´¶¶´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´¶¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´¶´´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´¶¶
´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶

_________________________________________________
Nampak macam cute je kan.. Walaupun agak panjang.. Sape punye idea buat komen panjang2 cenggini.. Tahnioh la yeee..~~!!!!

Selamat Hari Wanita 2011..


Selamat Hari Wanita untuk semua kaum wanita..
Dan selamat hari wanita untuk aku jugak yang dilahirkan sebagai seorang wanita..

Macam mana boleh wujud Hari Wanita Sedunia?
Tanggal 8 Mac 1857 iaitu 153 tahun yang lalu, satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia.(sumber:Perutusan Wanita Sedunia).

Dulu wanita sering ditindas dan menjadi mangsa keganasan. Dengan wujudnya Hari Wanita Sedunia, nasib wanita telah terbela kerana dua perkara telah diketengahkan iaitu untuk mengecapi keamanan, keselamatan, kemajuan tamadun, memartabatkan hak asasi manusia dan asas-asas kebebasan, kita memerlukan penglibatan yang aktif dari kaum wanita. Oleh itu kaum wanita perlu di beri layanan yang adil dan saksama kerana kemajuan wanita melambangkan kemajuan sesuatu bangsa. Selain itu, untuk memperakui dan mengiktiraf sumbangan wanita dalam mengukuhkan keamanan, keselamatan dan keadilan sejagat.

Kini, tujuan sambutan Hari Wanita Sedunia lebih diperkukuhkan. Antaranya untuk mempromosikan langkah mengetatkan undang-undang dalam menangani isu wanita, contohnya isu pelaksanaan undang syariah di mahkamah syariah, isu undang undang yang lebih ketat kepada perogol, pendera dan penganas rumahtangga.

Selain itu, memberikan kefahaman kepada orang awam mengenai agenda wanita untuk perubahan. Pihak berwajib juga perlu untuk memperkemaskan latihan dan kemahiran serta penyelidikan dalam isu-isu wanita selain menghulurkan pertolongan kepada golongan wanita yang tidak bernasib baik agar wanita mendapat kualiti hidup yang lebih baik. Di samping itu, sambutan ini juga bertujuan untuk menyedarkan wanita betapa perlunya mereka mempunyai kesedaran berpolitik dan memantapkan ekonomi diri.
:: credit to: azilas.blogspot.com ::

klik untuk tumbesaran...

So, pada kaum2 wanita sekitar Shah Alam yang ada masa ari Sabtu ni boley la join program yang dianjurkan Negeri Selangor..Tapi ape yang aku rase macam tertarik adalah tajuk forum untuk hari tersebut.." Duit Isteri Duit Isteri. Duit Suami Duit Isteri Juga." Aku memang takleh join la sebab kena keje ari tu.. Selamat berhibur okie..


Lagu ni khas untuk lelaki kerana wanita ingin dimengerti...=)

Monday, March 7, 2011

Jalan-jalan Dan Makan..

dipakse makan udang...huhu
Semalam ialah ari Ahad dan aku keje macam biase.. Biasenye aku akan balik Banting lepas keje. Tapi semalam aku tak balik sebab next week aku cuti.. So, ley luangkan masa dengan anak2 buah aku.. Rindu sangat ngan dorang.. Dorang pun mesti rindu giler nak belasah aku kan..ekeke.. Habis je keje, adik aku minta tolong hantar dia ke KTM Kajang.. Lepas hantar dia, aku pegi bayar segala hutang yang ada.(padahal bayar kete je pun..)

Sampai je umah tengok abang n wife dia tengah siap2 nak kuar.. Ingat kan nak tido je petang tu.. Tapi fikir2 balik bosan pulak duk umah sorang2 nie.. Rase macam nak makan steamboat la pulak.. Aku pun sent la sms kat salah sorang kawan aku nie.. Tak sangka pulak dia nga free time tue.. Tapi jauh la pulak nak kena turun Klang.. Tapi Steamboat punye pasal sanggup aku redah Kesas Highway tu.. hehe Sebelum kuar umah sempat lagi sms abang aku.. Beritau nak kuar ngan kawan..(baik tak..?)

Dalam pukul 5pm aku sampai Klang dan terus tuju ke Jusco Bukit Raja.. Sampai je JJ, kami terus tuju ke Jhonny's Restaurant.. Dan macam biase la kalu nak makan kat Jhonny's ni mesti kena que dulu.. Waitress kat situ biase nye akan amik order dulu.. So, kami pesan steamboat for 2 person, Lime Juice, Pineapple Juice and Mixed fruit for dessert.. Makan punye makan tau2 dah sejam kitorang lepak kat situ.. Giler kenyang la makan semalam.. Bak kate abang aku.., Tuhan marah kalu makan banyak camtu...huhuhu..

Lepas je selesai bab makan.., kami pun jalan2 cari barang sikit.. Aku pulak pegi survey barang untuk seseorang.. Tapi takat survey je la.. Hope aku boley la hadiahkan kat orang tu satu hari nanti.. Lebih kurang pukul 7pm kitorang pun balik ke pangkal jalan.. Yela, aku nak patah balik ke Kajang dengan perut yang kenyang.., mata pulak dah ngantuk. Sampai sakit tekak aku berkaraoke sepanjang jalan.. Dan selamat sampai umah pukul 9pm.. Best jugak dapat jalan-jalan cari makan nie.. So, this week tak tau lagi nak buat ape.. Kena plan sumthing untuk habiskan mase dengan anak2 buah aku yang kiut2 tapi sikit notty..ahaks..;-)

Sunday, March 6, 2011

Dine at Wong Solo, Bangi

Restoran Wong Solo Ayam Bakar ( Halalan Tayyiban)

Semalam kami decide nak makan kat Restoran Ayam Bakar Wong Solo, Bangi.. Tujuan utama nak makan Nasi Ayam Penyet.. So, aku, my bro, SIL and SIL's sis pun bertolak la ke Bangi lepas maghrib.. Kebetulan semalam kami tutup kedai awal sikit sebab ada Sambutan Tahun Baru Cina kat kawasan perumahan nie. Betapa alert nye orang2 kat taman aku ni.. Walaupun raye cina bulan lepas tapi dorang still buat majlis untuk menghormati kaum-kaum cina yang berapa kerat je.. So, tak manis la kalau kami tutup kedai lambat.. Tutup awal bukan bermakna nak join program tersebut..hehehe

Nasi Ayam Penyet..

Sampai je di Wong Solo datang la pelayan yang berpakaian ala Indonesia memakai songkok dan berbaju batik.. Lepas tu kami pun order Nasi Ayam Penyet 2, Nasi Ayam Bakar 2, Sapi Empel dan Cumi Goreng Tepung.. Minuman pulak kami order Milo panas, Air Kelapa, Jus Mango dan Jus Poligami... Kelakar kan nama jus poligami tu.. Tapi sangat sedap sebab dia combination 4 jenis buah.. Time minum tu lebih kepada rase betik dan mango.. Lepas minum tetiba lidah rase keliru tentang rase nye..hahaha..

Jus Poligami..

Tapi memang sedap dan terbaaikkkkk la Nasi Ayam Penyet nie.. Kena dengan harganye hanya RM10.95. Okie what dari uols mam kat mekdi or kepci rite..? Harga jus pulak kebanyakan nye hanya RM5.50.. Puas hati la sebab jus nye sangat yummy.. Dan apa yang special dia punya sambal cili.. Macam sambal belacan tapi tak de belacan, boley tak.. Walaupun pedas sikit bagi aku yang tak tahan pedas ni tapi still boley telan lagi sebab kesedapan yang tak terhingga.. Sapi empel pun boley tahan sedap sebab daging nye lembut.. Time makan tu semua diam je.. Mungkin menghayati kesedapan makanan masing2 kot..hehe

Lepas memasing dah kenyang baru la nak snap2 sikit.. Bukan apa, tadi tengah lapar macam susah nak senyum.. Ni la antara muka2 orang kenyang..hehehe

My bro with his wife..

me with kak nana..