Saturday, June 25, 2011

Transformers 3 : Dark of The Moon


Tinggal berapa hari je Transformers 3 : Dark of The Moon nak kuar wayang.. 

Agak-agak nak pegi tengok ngan sape ye..

Ada tak orang nak ajak aku tengok cite ni..huhu

siyesly aku tak sabo nak tengok..^_^

Tapi kali ni aku rase nak tengok ngan anak-anak buah aku.. 

Dorang ni suka spesis robot macam aku jugak..

Macam ni la kalau takda special one..(oppss. lari topik..)

 




Tersembam...???

Tolongg....!!!

Tolongggg....!!!!!

Uolsss...taknak tolong ke..?

Kenapa rasa mengantuk sangat nie..

Cian kat saya sebab kena keje ari nie..

Perlukah cari kerja lain...?? Bukan senang nak cari kerja lain sekarang nie..

Tapi, kalau ada rezeki tempat lain tu ada la kan..

Masalahnya sekarang ni macam mana nak ilang kan ngantuk...

Takut ada yang tersembam muka kat depan pc..T_T

Ngedate ngan seseorang...? Bukan la, tapi lepak je..

Yeay... malam tadi g ngedate... Tak tau ke ngedate tu ape.. Pegi dating la adoiii...huhu Nape tetiba nak jadi gedix nie.. Bukan ngedate pun tapi keluar lepaking ngan new frenz.. New tak new sangat sebab sebelum ni pun pernah kuar lepak jugak.. Selepas sekian lama tak jumpa, we'll decide untuk ketemu di McD a.k.a mekdi area Saujana, Kajang.. Aku dah excited nak melantak GCB kat mekdi nie..hehehe



Wowww... GCB muncul kembali setelah sekian lama.. Bukan goreng cekodok bilis ye.. Yang tu anytime boley buat sendiri pastu letak bawang sikit.. Buat pulak air kopi atau teh o' memang syiookk la.. Eh, ni nak cite pasal apa sebenarnya..huhu Yang aku maksudkan Grilled Chicken Burger.. Agak-agak la kalau kat mekdi ada cekodok bilis pulak kan.. Ada yang dak cashier gelak guling-guling kat situ kalau mintak cekodok bilis..haha




Agak lama la kitorang borak-borak..Tapi tu la, kalau dah lepak kat mekdi memang tak terasa masa berjalan.. Sedar-sedar je dah pukul 11 lebih. Patut la mata rasa mengantok je kan.. Terpakse la balik kan diri sebelum abang aku call tanya nak balik pukul berapa..



Apa pun hilang la rasa teringin aku untuk makan GCB.. Lagi-lagi orang belanja, rasa sedap tu sangat la lain..huhu.. Okie la, jumpa g next entry ye..


LOL:~ Miszz Nesya

Juara Maharaja Lawak sudah Diketahui...

Akhirnya tutup la tirai bagi program Maharaja Lawak..

Tahniah pada kumpulan Sepah kerana dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak..

Mungkin rezeki anak Shuib agaknya.. Dapat RM350k, memang banyak tu der..

Tempat kedua dimenangi oleh Jozan, dapat RM250k dan diikuti dengan Nabil dapat RM150k...

Manakala Jambu hanya di tempat ke-4 dapat RM60k.. Jadi la ye Jambu..hehe

Wow..., bukan sikit-sikit duit yang dorang dapat..

Tapi aku agak kecewa la sebab bukan Jozan yang jadi Juara..

Walau ape pun tahniah untuk uolsss semua..

Dan untuk Sepah, korang memang terbaik..

Berjaya buat aku gelak tiap-tiap minggu...huhu

Ni dah puji, tak reti nak hulur bak seribu dua..^_^

Friday, June 24, 2011

Di Penghujungnya



Di Penghujungnya – Iqa Mentor 5

Bila setiap tutur kata yang kita ucapkan
Lebih menyakitkan sayang
Tiada akhirnya bertengkar dalam kecewa
Mungkin perasaan cinta yang dulu dibangga
Kini sudah hilang sayang
Janganlah cuba memaksa hati yang tawar

Chorus:

   Tak guna lagi
   Engkau dan aku
   Berpura pura masih bersatu
   Sedangkan dua
   Muka bertentangan
   Suatu penyeksaan

   Tak guna lagi
   Untuk ku terus
   Berpaut janji
   Yang telah lupus
   Perjalanan kita
   Mungkin sudah tiba
   Di penghujungnya

Mungkin perasaan cinta yang dulu dibangga
Kini sudah hilang, sayangg
Janganlah cuba memaksa hati yang tawar
Ku doakanmu dapat ketemu seorang insan yang lebih baik dariku
Doakan aku dapat ketemu cinta yang lain untuk menemani hidup

Ulang Chorus

...........................................................................................................
Tetiba lak petang ni rasa nak layan jiwang.. Teringat kisah-kisah cinta lama kan. Jom la kita sama-sama karok.. Mana tau nanti hujan kan. Dah lama tak hujan ni..hehe

LOL:~ Miszz Nesya

Semekommm.....

Di suatu petang...,
Tengah-tengah aku wat keje ni tiba-tiba dengar sesuatu...

Assalamualaikummm....


Assalamualaikummmmm...


Assalamualaikummmmmm....


(lepas beberapa minit)


Semekomm...


Semekommm...


Semekommmmm...



Aku jenguk la jugak tengok sapa yang bagi salam tu.. Rupa-rupanya budak nak tuition kat umah depan kedai tempat aku keje..

Mak aiii..., punya la lama dak tu bagi salam tapi takde apa-apa respon pun.. Ekceli, umah tu memang sokmo gitu..

Kadang-kadang empunya umah bagi salam menjerit sampai nak terkeluar anak tekak.. Pelik betul aku.. Takan la tak dengar kot.. Atau umah orang tu kedap bunyi..

Tak tau la aku.. Kesian tengok budak tu bagi salam sampai give up..ekeke

Ish.., apa ngumpat orang pepetang jumaat ni .. Sambung buat keje okie..^_^

LOL:~ Miszz Nesya

Siapa bakal Juara Maharaja Lawak...?

Agak-agak siapa lah yang akan memegang gelaran Maharaja Lawak malam ni.. Adakah kumpulan Sepah, Jozan, Jambu ataupun Nabil.. Mereka mempunyai kekuatan masing-masing..

Kalau tak silap aku hadiah yang akan dibawa pulang adalah RM300k untuk siapa yang dinobatkan sebagai Maharaja Lawak.. Manakala tempat kedua membawa pulang wang tunai RM200k dan RM100k bagi tempat ketiga.. Bukan satu jumlah yang sikit..

Cuba banyangkan kalau Nabil dapat RM300k. Perrggghh banyak tu beb. Tapi boleh ke Nabil mendapat tempat pertama.. Mengikut pendapat aku mungkin Jozan atau pun Sepah.. Sebab tu kumpulan kegemaran aku..hehehe

Apa kata kita tengok apa kelebihan peserta-peserta akhir Maharaja Lawak yang aku amik dari Laman Web Murai.com.my..


~Si pelawak bertelinga capang ini adalah antara pelawak yang sangat popular di negara ini. .Malah, komedi Nabil adalah antara yang paling inovatif di Maharaja Lawak serta memiliki kekuatan jalan cerita yang menarik dan kreatif. Penggunaan 'props' yang unik dan pelik dalam persembahan juga banyak membantu persembahan komedi beliau yang ditampilkan secara solo.



~Muka ganas tapi 'cute'. Itulah yang boleh disimpulkan tentang gandingan Yus dan Tauke. Terkenal dengan komedi aksi yang hanya menggunakan dialog ringkas, lakonan komedi Jambu boleh dikatakan sebagai antara yang terbaik di pentas Maharaja Lawak. Komedi senyap juga merupakan salah satu kekuatan Jambu ketika membuat persembahan komedi.



~Trio jejaka dari Johor dianggotai oleh Jep, Shuib dan Mamat atau lebih dikenali dengan panggilan Sepah. Komedi mereka berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia merupakan nadi kekuatan dalam persembahan komedi mereka. Persembahan komedi mereka adalah yang paling konsisten di sepanjang musim Maharaja Lawak ini.


~Johan dan Zizan atau lebih dikenali dengan gelaran Jozan merupakan pasangan duo yang paling popular di Maharaja Lawak. Kekuatan Jozan terletak pada komedi mereka yang pelbagai. Mereka juga amat jarang menggunakan komedi yang berulang. Johan yang pandai membuat mimik suara, manakala Zizan pula bijak menampilkan idea komedi yang kreatif . Gabungan ini menjadi sumber penting untuk persembahan komedi mereka.

 .................................................................................................

Tapi semua ni rezeki masing-masing.. Tapi, aku harap sangat Jozan atau Sepah akan menang.. Sampai sekarang ni kalau aku dengar lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF7 mesti teringat Johan..ekeke Siapa yang akan bergelar Maharaja Lawak, kita tunggu la malam ni ye..


LOL:~ Miszz Nesya

Tahniah Team Malaysia..



SEMANGAT juang tinggi dipamer skuad Olimpik negara biarpun terpaksa beraksi dengan 10 pemain dalam tempoh 40 minit terakhir untuk menewaskan Lubnan 2-1 pada pusingan kedua kelayakan Olimpik London 2012 semalam dipuji jurulatih Ong Kim Swee.

Menurutnya, barisan pemain muda negara membuktikan kemampuan sebenar biarpun berdepan dengan asakan bertali arus Lubnan yang hanya perlu mencari gol penyamaan untuk meranapkan impian Malaysia di laman sendiri.




“Pemain membuktikan kemampuan walaupun beraksi dengan 10 pemain selama 40 minit, mereka begitu bersungguh-sungguh, menunjukkan komitmen dan disiplin yang tinggi untuk memenangi perlawanan malam ini (semalam).
“Bagaimanapun bagi saya ini hanya satu permulaan dan banyak lagi yang perlu diperbaiki kerana saingan kita lebih mencabar di pusingan ketiga,” katanya pada sidang media selepas perlawanan tamat.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, Malaysia berjaya mencipta gemilang hasil ledakan dua gol pada babak pertama menerusi jaringan Mohd Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor.



Bagaimanapun skuad negara sedikit tertekan apabila beraksi dengan 10 pemain apabila pemain tengah bertahan Gary Steven Robbart dilayangkan kad merah pada minit ke-50.

Kesempatan itu pantas diambil Lubnan yang merapatkan kedudukan pada minit ke-63 menerusi Chadi Atie. Biarpun diasak bertubi-tubi, benteng pertahanan kekal ampuh bertahan untuk memastikan Malaysia layak ke pusingan ketiga buat kali pertama sejak 1984.

Ketika ditanya mengenai detik getir 40 minit terakhir itu, Kim Swee berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa harapan skuad Olimpik negara akan musnah di tangan Lubnan selepas mereka kehilangan Gary yang banyak berfungsi mengekang asakan di bahagian tengah.




“Dalam fikiran saya kami tetap layak, saya tetap positif kerana kami tetap mendahului permainan. Saya yakin dengan anak buah saya,” katanya.

Pada perlawanan pertama pusingan kedua di Beirut Ahad lalu, kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Skuad Olimpik negara sebelum ini layak ke pusingan kedua selepas mengatasi Pakistan menerusi agregat 2-0 Mac lalu. Kejayaan menempah tiket ke pusingan ketiga ini membolehkan mereka mendapat tempat untuk bersaing dengan 11 lagi pasukan terbaik Asia di peringkat kumpulan bagi merebut slot ke Sukan Olimpik London 2012 bermula September depan.

Kali terakhir Malaysia layak ke temasya sukan terbesar itu di Sukan Olimpik Moscow 1980 selepas beraksi di Sukan Olimpik Munich 1972.

(sumber: Harian Metro)



 Tahniah untuk team Malaysia bawah 23.. Memang berdebar-debar bila tinggal 10 pemain.. Walaupun team Lubnan berjaya dapat jaringkan satu gol tapi Alhamdulillah Malaysia berjaya ke peringkat akhir.. Kesian pulak tengok team Lubnan yang nampak kecewa gila sampai menangis sampai terbaring-baring atas padang.. Nasib baik takde aksi guling-guling sebab perasaan teramat kecewa..huhu (jahat betul aku ni..)

LOL:~ Mizz Nesya

Thursday, June 23, 2011

Malaysia vs Lubnan...



Sape yang kaki bola confirm nga tercongok depan tv macam aku... 

Tapi sempat lagi nak uppdate blog kan.. 

Ala, kan Malaysia dah dapat 2 gol.. 

Tapi tengok perlawanan semakin sengit.. 

Pemain Lubnan pulak suka main drama..huhu

Jom la kite tengok beramai-ramai. 

Mampu kah Malaysia tambah lagi jaringan atau bertahan bagi mengalahkan Pasukan Lubnan...^_^


Benda tumpang...???

Tak tau kenapa akhir-akhir bahu aku asyik sakit je. Rasa takda pulak angkat benda berat-berat. Ni kadang-kadang baru menaip kejap dah rasa lenguh tahap melampau. Puas la aku letak minyak angin segala. Kadang kalau tak tahan sangat aku urut sendiri. Nanti lah balik Banting baru suruh bibik urutkan..



Bila tengah sakit camni kan, tiba-tiba aku bayang kan macam-macam.. Ingat lagi tak movie hantu Thailand 'Shutter'.. Huish, seram giler la cerita tu.. Kan ada satu scene yang hantu bertenggek atas bahu si hero. That's y la bahu dia selalu sakit.. Kalau yang bertenggek tu budak-budak takpe jugak.. Ni dah besar macam mak budak tau.. Aku mula membayangkan ada benda bertenggek kat bahu aku.. Adoiyai.., minta jauh la ye.. Mungkin penat sangat kot (sedapkan hati)...


tak gila kalau jadi macam nie..


Cerita lagi pasal sakit bahu ni, teringat pulak abang aku cerita pasal wife dia.. Asyik lenguh-lenguh kat bahu je.. Rupa-rupanya ada yang benda tumpang kat bahu dia.. Tambah scary bila taring benda tu dah tertusuk kat bahu wife dia.. Semua ni dia tau lepas pergi berubat cara Islam kat Meru or Kapar.. Aku pun ingat-ingat lupa dah..Tapi sekarang dah takde sebab orang tu tak tolong buang kan..



Tapi, bahu aku ni dah mula okie balik.. Mana tak nya.. Boleh tadi aku tertido lepas solat Zohor sampai Asar. Nasib baik abang a.k.a bos aku tak marah.. Ni pun ada rasa mamai lagi ni..hehehe.. Hope cuma lenguh-lenguh biasa je la kan.. Kalau tak memang horror beb..T_T


LOL:~ Miszz Nesya

Nanri...



Thank you..

Terima Kasih..

Xiexie...

Syukran..

Nanri..


Walau dalam apa jenis bahasa pun ianya mempunyai maksud yang sama.. Tadi la abang aku cerita.. Dak indon kedai ni tak ucap terima kasih pada customer.. Yang penting customer tu pulak yang cakap terima kasih.. Yela, kita ni berniaga.. Bila orang tu dah beli sesuatu mesti kena ucap terima kasih tanda penghargaan sebab sudi beli barang dengan kita..



Dalam hal ni, try letak kan diri kat orang tu.. Contohnya, bila g shopping mall untuk beli barang then cashier tu bagi barang and diam je mesti rase bengkak je hati kan.. Sama la macam customer kita jugak.. Aku harap pasni dak indon tu akan ringan kan mulut untuk ucap terima kasih pada customer.. Kalau tak, aku report kat abang aku..hehehe..



Okie, memang la dia tu pemalu orang nye.. Muka pun iras2 Shahir AF8 kan.. Hurmm, tetiba tkde kena mengena.. Tapi, kena jugak ucap terima kasih. Tu semua melambangkan keperibadian diri sendiri..tq



LOL:~ Miszz Nesya

Hakikat..



Kenapa termenung jauh..??

Apa yang difikirkan..???

Inilah erti sebenar kehidupan.. Walau ape pun kita tetap kena berpijak di bumi yang nyata.. Sudah menjadi lumrah alam.. Kadang kite di atas dan bila kite mula alpa ianya boleh menjatuhkan kita. Apa yang terjadi telah ditetapkan. Allah maha mengetahui.. Dan aku sebagai hamba-Nya kena redha dengan setiap apa yang telah ditentukan untuk aku..

Tak guna untuk tangisi setiap apa yang berlaku sebab kat luar sana ada yang nasib nya lebih teruk dari aku.. Dan kini aku rase sangat bersyukur atas segala2nya.. Bila hati dapat memaafkan kesalahan orang lain dan mula redha maka hati akan menjadi tenang. Jangan pernah rasa bahawa diri keseorangan kerana Allah sentiasa bersama hamba2-Nya...

LOL:~ Miszz Nesya

Wednesday, June 22, 2011

New Baby..~!!




Comel tak...? Comel macam aku kan...ngeh2x.. Ni la ahli baru dalam keluarga besar Hj. Samsuddin.. Dilahirkan pada 6 June 2011 kat Hospital Putrajaya. Berat nye 2.7kg.. Kecik je baby sorang nie.. Nama mama dia Nenney Shuhaidah bt Samsuddin dan papa dia Rana Shafqat Abbas Khan.. Mixed Jawa n Pakistan k.. So, ini lah hasil nye..



Mula-mula sis aku nak letak nama Rida Zahra je.. Tapi entah camne last minit ada buat pertambahan nama jadi Nenney Rida Zahra bt Rana Shafqat Abbas Khan.. Giler panjang nama baby nie. Aku nak menaip nama dia pun dah penat.. Cuba bayang kan nanti time exam agak2 berapa lama dia amik mase nak tanda kat paper exam kan.. Itu takpe lagi.., kite bayangkan 25tahun akan datang time nak akad nikah.. Memang berpeluh la tok kadi nak menyebut nama pepanjang tu.. Yang pengantin laki pulak takut kena lelah je sebab tak cukup satu nafas..hahaha Okie, bukan main jauh la nak membayangkan ea.. Baby ni tak masuk lagi sebulan.. Yang penting untie nye ni pun tak kawin lagi tau..ekeke.



Ape2 pun aku happy sangat sebab dapat anak buah baru.. Insya Allah, bulan sept ni akak aku g sorang pulak bersalin.. Ikut dari ape yang dia beritau maybe baby boy.. Tak sabar pulak rase nye.. Kalau nak tunggu aku memang lambaaaattttttt lagi..huhu..



Okie, jumpe g kat entry lelain ea..=)

Tuesday, June 21, 2011

Bersawang Blog Aku...


Dah lame giler rase nye aku tak update blog... Penyakit Malas tengah menyerang la.. Insya-Allah, pasni aku akan rajin kan diri untuk update tetiap hari ea.. Tu pun kalau rajin la kan..Kalau tak, lagi sebulan la aku muncul balik...hehehe

Tapi ape yang latest aku dah dapat anak buah..Gegurl uolzzz, comey sesangat... Nanti la aku cite pasal new baby tu ea..

Okie.., bubye..~!!