Friday, July 1, 2011

Alahai Perodua...


Hari ni aku kena hantar miszz biba ke pusat servis Perodua dekat dengan Hentian Kajang.. Memang biasa nya aku akan buat appointment untuk servis tu.. So, dari hari Rabu lagi aku dah call dan buat appointment dalam pukul 9 pagi. 1hb July.. Kali ni aku kena tinggal kan miszz biba kat sane.. Selain nak servis untuk mileage ke 20k, aku nak betul kan sekali ade bunyi sumthing kat tayar depan belah kiri..


So, pukul 8.40a.m aku minta tolong adik ngan abang aku hantar miszz biba.. Nak tau tak, boleh pulak dorang kate takleh nak janji samada boley buat atau tak yang tayar bunyi tu.. Habis tu apa motif aku buat appointment awal2 kalau bagi jawapan camtu.. Atas alasan dia kena hantar kete aku kat tempat lain., dan takut tempat tu tak sempat nak buat tau.. Waaahhh, suka2 hati je.. Nasib baik abang aku jawab balik.. Boley tahan garang abang aku nie..hehe So, tinggal la miszz biba kat situ dan bila dah siap orang Perodua akan call aku..


Dalam pukul 12pm, orang Perodua call. Aku ingatkan kete aku dah siap.. Rupa-rupanya tanya samada aku nak tambah air battery ke tak sebab air battery dah nak kering.. Siap beritau aku kena tambah RM2.70.. Adoiyai.., servis tu pun nak dekat RM400.. Tak boley ke masuk sekali dan boley tak kalau jangan berkira sangat.. Air battery tu modal baru berapa sen tau.. Aku beritau nanti aku isi sendiri sebab kebetulan aku ada air battery tu..



Dalam pukul 4.15pm, aku dapat call dari orang Perodua beritau kete aku dah siap.. Aku minta tolong adik ngan abang aku g amik sebab aku kena jaga kedai.. Bila sampai je kedai aku test drive.. Mula-mula bawa okie lagi.. Tapi bila langgar bumper tetiba aku dengar lagi bunyi sumthing like anak tikus kat tempat yang sama.. OMG....., sakit nye hati aku..Bunyi tu still ada...ggrrrrrrr....


Ape yang dorang buat sebenarnye.. Mean, memang sia-sia je la aku tinggal kan miszz biba kat sane lama-lama.. Then, aku still dengar bunyi yang sama.. Pelik la, dorang ni reti ke tak cari apa punca sebenar bunyi tu.. Nak tanye aku, memang aku tak tau la.. Sebab tu aku hantar kat dorang.. Aku tau la Miszz biba still under warranty.. Tapi jangan la buat keje memain.. Dorang ni macam tak professional tau.. Dah berapa kali aku ulang alik ke pusat servis tu.. Tapi hasil nya tetap menghampakan..


Esok aku akan call balik pusat servis Perodua tu dan buat complaint.. Memang sangat-sangat tak puas hati.. Dahla sebelum ni staff kat situ ada yang sombong.. Takat duduk kat kaunter je pun takleh ke nak senyum sikit.. Lepas ni, aku akan refer pusat servis Perodua lain.. Mudah-mudahan masalah aku dapat diselesaikan..


cian kat Miszz biba..

Teman masa suka dan sedih..

Hari ni aku nak introduce teman time suka dan time sedih aku.. 

Dia ni la yang setia disamping aku.. Nak tau tak sape..?

**************

**********

********

*****

***

jeng3x..... ni la dia miszz Froggy aku..

Ekceli, dia ni bff aku bagi time besday last year.. Tu yang aku sayang lagi lebih..^_^


Dia la tempat aku meluahkan segala perasaan aku.. 

Nampak macam tak betul je kan..

At least perasaan aku lega bila dapat luahkan kat patung nie.. 

Lagi pun patung ni besar dan best kalau peluk time tido...huhu

Okie, bubye..

Thursday, June 30, 2011

Kisah Dongeng...



Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Penyanyi : Stacy
Lirik/Lagu: Edry Abdul Halim

~~Lagu ni sedih oooo... mula-mula aku dengar ingatkan pasal kisah cinta couple2 la kan.. Tapi bila tengok video klip dia, rupanya pasal angan2 seseorang dalam mencapai sesuatu tujuan.. Dan semua nya tak boley dapat.. Meleleh jugak la tengok video klip dia.. T_T

Muka nak poyo je...sekali...

 Hahaha.....hukhuk.. Apa ni memula dah gelak sorang-sorang.. Bukan apa, teringat lak kejadian lucu di waktu Maghrib..hehe.. Time tu aku nga keje lagi.. Tengah focus mengadap muka buku tetiba datang seorang customer dalam umur lingkungan 16 ke 20 tahun kot.. Aku bukan nak kutuk customer aku tapi dak ni buat muka ketat, kerek ngan poyo semua ada lah..Aku pun bertanya...

aku : ye dik, nak cari ape?

si budak : bonggol pintu ada tak..?

aku : bonggol pintu..? ape tu ea..(sampai berkerut2 la aku pikir)

si budak : yang kat pintu tu la kak..

aku : yang kat pintu..? bonggol....? dik, tu tombol pintu la.. omputih kate lockset..(sambil senyum)

si budak : ha, yang tu la...ada tak..? (muka still kerek)

aku: ada..jap ea..

Uolsss tengok..., dah la salah sebut tapi buat macam takde pape.. muka still nak kerek.. rase nak karate je laju2..haish...Apa nak jadi ngan budak-budak sekarang.. sorry la dik, lepas kamu kuar dari kedai akak terpakse gelak terbahak2.. Seb baik dia tak minta bonggol unta kat sini...ekekeke...ok bye

Wednesday, June 29, 2011

Tertutup Sudah Pintu Hatiku..

Tajuk memang takleh blah kan.. Macam tajuk lagu pun ada jugak. Tapi ni serius punye.. Tengah sedih dan sedih lagi..T_T

Asyik sedih jela hidup aku ni.. Bila agak nye nak gembira macam orang lain.. Jangan lupa kalau kita sedih ada lagi yang lebih sedih dari kita.. So, bersyukur la dengan apa yang ada sekarang nie..

Okie, taknak cita panjang-panjang.. Juz nak luahkan yang aku memang tengah sedih.. Susah betul kalau berhati tisu nie..huhu  Hidup mesti diteruskan beb.. Pasni, takyah nak menggedik bercinta lagi ea.

Biarlah cinta tu datang sendiri dalam hidup ni.. Kalau ada la kan.. Kalau takda pun takpe.. Kena la terima apa yang telah ditentukan untuk kita.. Jangan lupa bahawa Allah sentiasa bersama hamba-nya..

Sekarang ni, hati aku telah tertutup secara rasmi nya untuk mana-mana lelaki.. Pengalaman banyak mengajar aku tentang kehidupan sebenar.. Oleh itu, kali ni aku taknak frust sangat sebab memang dari awal aku dah sedia untuk segala kebarangkalian yang akan berlaku.. Ececeeehh..., poyo je nak tunjuk tabah bebenor hati tu kan..hehehe...ok bye

Peristiwa Israk & Mikraj




Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
 
  Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§       Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§       Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§       Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§       Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§       Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§       Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§       Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§       Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§       Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§       Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§       Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§       Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

  Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv.
   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

 v.
   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

 x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.   

Rasulullah      :       Labbaika.  

Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.  

Rasulullah      :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 

Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
  
Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Sumber dari: Al-Azim.com

Tuesday, June 28, 2011

Tiada Paksaan..

Tujuan sebenar aku buat blog ini hanya untuk suka-suka.. Blog ni jugak untuk luahkan segala perasaan aku.. Kalau nak tulis diari tu, memang aku malas gila.. Sekarang ni ada jugak diari, itu pun ada orang bagi.. Tapi takde la hari-hari aku tulis diari.. Lenguh tangan nak tulis panjang-panjang nie..

Balik pada tajuk entry kali nie.. Kat sini aku ingin menegaskan bahawa tiada paksaan untuk korang baca blog aku.. Apa yang aku taip kat sini adalah hak aku.. Selain tu, aku suka jenjalan kat blog orang lain.. Yela, aku tau blog aku ni tak menarik.. Sebab tu aku jenjalan sambil tengok2 kat blog orang.. Banyak info yang aku dapat sambil jadi dorang punya follower..

Alkisahnya...
 
Ada la satu hari ni tiba-tiba aku dapat mesej kat muka buku ada hamba Allah ni tak puas hati dengan aku.. Ada ke patut dia kata aku dok tayang blog aku.. ish2.., napa la busuk hati sangat.. Kalau nak, buat la blog sendiri pastu luahkan apa je yang berkenaan dengan diri kamu kan.. Pastu, takyah nak waste ur time untuk baca segala isi kandungan dalam blog aku.. At last, terpaksa aku block terus dari muka buku.. At least takde la ati aku sakit baca mesej mengarut dia tu..

Hurmm... okie la.. Yang penting aku happy sebab ada blog sendiri.. Yang paling penting, boley kenal ngan blogger yang lain.. Tapi apa yang paling-paling penting, kite enjoy..~!!!

LOL:~ Miszz Nesya

Monday, June 27, 2011

I Love Yuna...


Tajuk Lirik Lagu: Penakut
Artis/Penyanyi: Yuna

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja


Oh ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya jika aku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak penah cuba memahami aku
Cinta kau ucap kau tak penah tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak penah kau cuba ringankan


Oh ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya jika aku mencintaimu juga
Kau bukan milikku


Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Hujan di Pagi Hari...


Selamat pagi.... Isnin datang lagi.. Confirm ramai yang rasa malas nak g keje ari ni. Dahla, pepagi lagi dah hujan.. Memang katil n bantal memanggil untuk tido balik kan.. haha


Tak boleh nak malas-malas ye.. Keje tu kan tanggungjawab kita.. Walau parah mana penyakit malas tu tapi kena gigihkan diri untuk pegi keje.. Lapangkan hati, buka minda untuk kita jalani kehidupan seharian ni..


Ekceli, malam tadi aku rasa satu perasaan marah tahap dewa.. Aku tak suka orang kuang ajar ni.. Tak kisah la umur dia brape, pangkat dia apa pun.. Plz respect each other la kan.. Agak-agak kalau aku nak anto sautau angin boleh tak. Tapi walau jahat macam mana aku ni, tapi aku takde nak buat benda macam tu tau..huhuhu..


Tapi, takpe la.. Kita ni manusia biasa.. Mungkin itu dugaan untuk aku malam tadi.. Takpela, aku redha dan memaafkan atas apa yang dia buat untuk aku.. Walaupun malam tadi perasaan marah membuak-buak tapi setelah aku cuba untuk memaafkan, Alhamdulillah sekarang hati aku semakin tenang..

LOL:~ Miszz Nesya

Sunday, June 26, 2011

Kan senang kalau terus terang...

Air mata takan mengalir kalau hati tak disakiti...
Ketawa takan wujud kalau hati terhibur.. 
Rindu takan hadir kalau hati tak menyayangi..
dan Kasih takan berputik kalau hati tak mencintai...


Betapa berbunga-bunga ayat kat atas nie.. Ada orang hantar sms bagi ayat ni kat aku.. Adoiyaiiii, aku ni bukan jenis yang suka berbunga sangat.. Lagi la kalau dari entah sesiapa.. Hanya buat aku stress je..

Bila di tanya taknak beritau.. Ni la masalah sesetengah manusia.. Bila tanya nama juz beritau kawan lama.. Aku dah nak masuk 26 tahun hidup di atas bumi ciptaan Allah ni.. Ramai orang yang aku kenal.. Kan senang kalau terus terang beritau nama.. Senang sikit aku nak ingat yang mana orang nya.. Dahla aku ni memang jenis cepat lupa orang..hehehe

Takpe la, itu hak masing-masing.. Kalau taknak beritau memang takda la aku nak layan.. Awok minta sorry la ye...Lagipun awok taknak fikir benda-benda yang tak berfaedah.. ^_^

LOL:~ Miszz Nesya