Thursday, October 13, 2011

Takdir Tuhan..


Aku redha dengan segala yang telah diatur untuk aku.. Percaya la kalau kite ikhlas untuk redha, Insya Allah hati kita akan tenang dan akan sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan..

Itu lah yang aku buat dan aku rase sendiri.. Kalau tak, mesti aku tkleh nak explain perasaan tu kan.. Dalam hidup ni kite tak dapat nak jangka apa akan berlaku.. Sebab tu kite kena selalu berjaga-jaga.

Back to the topic.., mula-mula sekali kena yakin kan dalam hati bahawa segala takdir yang telah ditentukan untuk kita ada hikmah disebalik nya yang kita sendiri tak tau.. Macam aku, walaupun telah ditakdirkan mata aku akan kekal camni untuk seumur hidup tapi aku kena yakin bahawa Allah Maha mengetahui.. Pada mula nya mmg rasa sedih sangat-sangat.. Sape yang taknak pulih macam asal.. Disebabkan kecuaian orang lain aku yang kena tanggung untuk seumur hidup aku. Pada mula nya memang aku tekad takan maafkan sampai bila-bila.. Tapi ape yang aku dapat..? bukan nya dengan tidak memaafkan orang tu, mata aku akan pulih balik.. Apa yang aku buat, berdoa pada-Nya supaya dilembutkan hati aku dan redha.. Alhamdulillah, aku boleh terima semua nie.. Aku fikir ada lagi yang lebih malang dari aku.. Aku patut nya bersyukur bukan berdendam dengan apa yang jadi..

Cuma sekarang ni aku berdoa supaya dicepatkan jodoh.. Aku jugak berdoa supaya orang tu dapat terima aku seadanya.. Kalau ditakdirkan untuk aku hidup seorang diri pun aku terima sebab aku dah redha dari hari aku dapat tau yang aku takan pulih kembali ke asal..