Wednesday, December 26, 2012

Happy Birthday To Me...~!!!


Alhamdulillah...
Cha masih diberi peluang untuk bernafas di Bumi Allah dengan kesihatan yang baik..
Semalam 25 Dec 2012 adalah ulang tahun cha yang ke-27..
Terima kasih kepada Family dan kawan-kawan cha yang sudi wish kat cha.
Dan tak lupa pada En. Kesayangan yang jadi orang pertama wish masa birthday cha.. 
Dan banyak-banyak terima kasih kat Abang n Kak ipar cha sebab belanja dinner malam tadi..hehe..


 
 

Thursday, December 20, 2012

Sesi Ngedate + Menonton..

Semalam kesayangan ada final exam untuk last payyyperrr.. So, habis je paper dia terus datang kedai. Sama macam last week sebab nak kuar ngedate malam nya. Siapa yang tak suka kuar ngedate kan. Cuma penat sikit la sebab siang nya penat keje. Tapi sayang punya pasal tetap digagahkan jugak walaupun letih..huhu

Sebenarnya dah lama kesayangan nak tengok cite The Hobbit. Honestly, cha memang tak minat langsung cite2 macam tu. Tapi kalau cite Harry Potter boley pulak layan kan..haha.. So, memandangkan semalam hari Rabu dan tiket wayang pun murah.. Cha pun booking la tiket kat TGV Cheras Selatan. Yela, orang baru habis exam kan mesti la nak hilangkan stress, nak enjoy2.. Cha kan awek yang memahami. Bukan main suka lagi kesayangan bila tahu cha dah booking tiket untuk cite The Hobbit..

(Kiri- Muka org happy nak tengok The Hobbit... Kanan-Muka tak rela nak tengok cite mengarut..haha)

Sampai je kat Jusco Cheras Selatan terus amik tiket kat kaunter. Lepas tu aktiviti biasa mesti la bagi makan cacing2 dalam perut.haha.. Mula-mula tak tahu nak makan apa. Lagipun, ramai sangat orang kat Jusco semalam. At last, kitorang pun makan kat Old Town White Coffee.. Sambil2 nak celebrate ulangbulan kitorang + birthday kesayangan yang lagi 2 hari (22 Dec).. Terpaksa la celebrate awal sebab hari Sabtu cha kena balik kampung..  

Lepas perut masing-masing dah muncit, terus masuk panggung nak layan cite The Hobbit. Cha amik tayangan pukul 10.15pm. Start je movie, memang cha mengantuk giler.. Nak tido sound dalam panggung kan kuat. Dalam tak rela, terpaksa la tengok cite tu sampai habis. Tapi tak focus sangat sebab ada tertido jugak. Kesayangan memang suka la sampai watak2 dalam tu dia tau. Habis je cite, tengok jam dah pukul 1 lebih. Nasib baik cha dah beritahu awal2 kat abg cha balik lewat sikit sbb nak tengok wayang. Sampai umah pun dekat pukul 2. So, pagi ni mata pun macam mata panda sebab tak cukup tido. Akak yang keje ni pulak tak datang. Kalau tak boleh jugak cha lelapkan mata..Ngantoknye, rasa mata macam ada gam..T_T


p/s: tinggal beberapa hari je.. Hope semuanya akan berjalan dengan lancar..Amin






Wednesday, December 19, 2012

Petua Wanita Untuk Awet Muda dan Cantik Berseri..

 
 

Amalkan..:)
Petua Wanita Untuk Awet Muda dan Cantik Berseri

Pilihan 1:
Hendaklah dilakukan selepas solat Isyak
a. Ambil air segelas
b. Baca al-Fatihah 1 kali
c. Baca Ayatul Qursi 1 kalii
d. Baca Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
(Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga.)


Pilihan 2:
Zikir dibaca untuk anda sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman. Amalkan membaca zikir seperti berikut :

a. Baca ” Ya Badiyah ” 1 kali
b. Baca ” Ya Nur ” 1 kali
c. Baca ” Ya Hadi ” 1 kali
d. Baca ” Ya Allah ” 3 kali
(Baca zikir dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka anda. Amalkan setiap hari.)

Pilihan 3:
Amalkan membaca ayat-ayat seperti berikut:

a. Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah selepas solat subuh.
b. Selepas baca, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.

Monday, December 10, 2012

Cik Viva Accident Lagi...T_T


Cik viva kena langgar lagi last week. Memang teruk kali ni sampai tak boleh buka pintu bahagian depan. Ini semua gara-gara pemandu yang tak tahu mata dia letak kat mana main keluar je dari simpang. Dan paling menyakitkan bila tahu lorong yang dia keluar tu ialah JALAN SEHALA. Dah la cha bawa budak-budak masa tu. Kakak cha yang sulung duduk depan. Tapi Alhamdulillah semua takda apa-apa. Yang langgar tu Chinese dan akhirnya mengaku salah bila abang ipar cha beritahu yang lorong tu jalan sehala. Kalau tak suka-suka hati je nak salahkan cha balik. Lepas tu ada hati nak lari, taknak buat police report.. Dalam seminggu jugak la cik viva dalam workshop.  Sekarang ni cha dah dapat cik viva balik. Mudah2an lepas ni tak jadi apa-apa lagi.. Trauma yang hari tu pun tak hilang lagi. Dan percaya la sekarang cha drive hanya dalam kelajuan 60-80kmh saja. (Insaf seketika)






Monday, November 26, 2012

Aktiviti Hujung Minggu..:)



 

 
 Dalam banyak-banyak hari dalam seminggu, hari Ahad la yang cha nanti kan. Nak tau sebab apa? Sebabnya hari Ahad adalah masa untuk kuar ngedate ngan kesayangan cha.  Tapi akhir2 ni kitorang banyak pergi kenduri kawin. Kalau takda kenduri baru la kitorang merayau pergi mana2. Yang penting jumpa tetap jumpa..:)




 Lepas pergi kenduri singgah la jap kat rumah Banting. Niatnya nak singgah kejap je. Tapi akak cha nak buat surprise untuk akak cha yang 1st. Sementara tunggu bab nak surprise2 ni cha nak dera encik kesayangan. Tuh diaaa.., cha dera dia petik rambutan. Dahla dia tak makan rambutan tapi kena petik pulak. Banyak la jugak dapat sampai 4 plastik. Tapi kesian kat kesayangan sebab kena ulat bulu.. Gatal2 tangan dia kena ulat bulu. Cha nak bagi minyak dia taknak. Boleh tahan sangat katanya.. 



Jeng3x... Inilah kek yang akak cha beli untuk surprise kan Kak Nenney. Kek secret recipe yang yummy dan cedap sesangat.. Kak Selly saja amik banyak jenis so ada pilihan nak yang mana.. To my lovely sis, Nenney Shuhaidah " Happy Birthday Kak Nenney, Semoga panjang umur dan sentiasa murah rezeki..Dan sentiasa bahgia di samping keluarga tersayang.."



 Yang ni pulak time nak balik Kajang. Tetiba rasa tak pernah bergambar berdua yang penuh macam pic kat atas ni. So cha minta la jasa baik adik yang tersayang n terchenta tu amik kan.. Dalam gambar ni baru perasan yang rupa2nya banyak jugak beza ketinggian antara dia dan cha.. Tapi takpe, yang penting cha nampak comel dalam pic ni..huhu.. k bye..




Sunday, November 25, 2012

Jco Donuts yang yummy...:-)

Dah lama sesangat rasanya tak mam Jco donut.. Jangan kata Jco, big apple pun dah lama tak masuk perut cha. Semalam abg cha blanja Jco donuts. Mekaceh ye wahai abg ku.. Kalau biasa beli yang besar2. Tapi semalam dia beli yang baby donuts. Actually kan better beli yang baby donuts tau. Sebab nya tak muak sangat dan boley amik banyak jenis.
Oleh kerana donut tu comel2 hanya dua kali gigitan dah habis. Tapi kalau nak telan seketul terus pun boley cuma tak nampak sopan la. Lagi2 cha yang comel ni buat, terus hilang kecomelan cha..haha
Ni pun tak habis sebab donut ni kan manis.. Umur dah meningkat ni takut pulak nak manis2 sangat..(macam dah tua sesangat je..hehe....)



Saturday, November 24, 2012

Siapa punya ni..?


Posing ngan spec kesayangan time nak pergi tapau for lunch.. Comey tak cha..huhu. Tula, siapa suruh tertinggal kat kete cha. Terpaksa buat harta puasa jap.. Yang penting muka nampak pucat sebab cha tak pakai makeup. Juz pakai bedak tepung je..:)

Thursday, November 22, 2012

✿~✿ JENIS - JENIS KAWAN ✿~✿



1. KAWAN CHIPSMORE => Kawan macam ni sekejap ada, sekejap tak ada. Hairan juga dia pergi mana. Kena tangkap dengan bunian ke?

2. KAWAN BUAYA => Dia ni macam buaya.. suka makan orang.. mean kawan makan kawan.


3. KAWAN PERFUME => Time wangi je dekat dengan kita, time busuk menjauh *time senang ada dengan kita, time susah dia hilang.

4. KAWAN PISAU => Mulut dia tajam mengalahkan pisau sampai kita pun takut nak cakap lebih-lebih dengan dia.

5. KAWAN CHOCOLATE => Adeh! mulut dia manis gila mengalahkan coklat. Dia pakai ilmu apa?

6. KAWAN KAYU => Dia ni tunggul. Orang cakap apa pun dia buat derk je.

7. KAWAN SPAN => Lembut. Seorang yang sopan-santun. Memang lembut tahap gaban. Suara pun ayu je.

8. KAWAN DURI => Dia ni suka sakitkan hati kita so, dia ni adalah salah satu dari spesies duri di dunia.

9. KAWAN KAUNSELING => Yang ni jenis kerja dekat Jabatan Kebajikan kut. Semua benda dia nak tahu. Adeh!

10. KAWAN IBU => Sebijik macam ibu kita! selalu ada tika kita susah dan senang. Kawan macam ni la yang semua orang nak...

#Kawan Gembira senang dicari, Kawan Menangis Susah dicari
SMILE ALWAYS !

Jadilah kawan yang mampu menegur sahabat kita apabila mereka melakukan kesalahan. Berkatalah benar walaupun pahit. InsyaAllah itu kawan yang terbaik!


Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday : Happy Face

Bersungguh2 kembangkan hidung.. nasib baik still nampak comel..haha

Monday, November 19, 2012

Dinner With Kesayangan..


* Dinner with kesayangan sempena ulangbulan kitorang couple.. Lupa pulak nak snap pic muka kekenyangan.. Yang penting kesayangan suka pulak makan seafood lasagna. Niat kat hati nak mengadap sensorang tapi kena share pulak.. Nest time kena order 2 ye encik kesayangan..hehe.. Next month nye ulangbulan kite celebrate skali ngan our birthday la ye..:)

Monday, November 5, 2012

Cik Viva Dah Cun Balik..:)


Akhirnya cik viva keluar dari workshop selepas seminggu bertapa kat sana.. Bukan main lama lagi kan. Rasa rindu pun dah menggunung kat cik viva. Rasa lain macam je bila cik viva takde. Betapa bermakna nye cik viva disamping cha..haha.. Yela, patah kaki tau masa cik viva takde. Lepas keje je terus balik rumah. Kalau tak boley jugak cha jenjalan mana2..

Lepas ditukar dah di touch up mana2 yang calar balar kat cik viva terus niat nak tukar warna lain tu hilang.. Tetiba je rasa macam kereta baru walaupun hanya certain tmpat je yang di spray baru. Asalnya, cha ingat nak tukar warna cik viva jadi warna purple. Nampak gaya terpaksa postpone dulu memandangkan cik viva dah kembali cantik dan vogue..hehe..

Jumlah keseluruhan kos untuk repair dan spray baru ialah RM900.. Nak tau tak kenapa mahal.. Sebabnya cha nak tempat yang kemek tu diganti baru. Bukan just ketuk2 pastu spray balik. Kalau tak kos nya RM600 je. Lagipun org kat workshop tu kata kalau just ketuk nanti besi jadi tak kuat dan lama2 warna akan terkopek balik. Lagi satu sebab cha sayang kat Cik viva dan semua ni bukan salah cha jadi cha minta tukar baru.

Abang cha pulak suruh touch up sekali mana yang calar balar dengan berkarat kat skirting cik viva sekali ari tu.. Yang tu dia caj RM150. Tapi abg minta diskaun so jadi RM1000 dari RM1050. Kira cha kena tambah RM100 la sebab yang RM900 tu claim dari owner van yang langgar cik viva..

Apa yang penting sekarang ni cik viva dah kembali pada asal.. Takde calar balar, takde kemek2 lagi.. Mudah2an lepas ni takde la jadi apa2 lagi kan.. Cik viva la harta cha yang paling berharga..Sebab tu cha sayang sangat2 kat cik viva..:)



Wednesday, October 24, 2012

Cian kat Cik Viva..uwaaa


 Hari isnin lepas kan cha keje sorang sebab akak yang keje kat sni tu cuti. Abang cha pulak dari pagi takde kat kedai sebab hantar order. Petang tu pulak tengah2 gayut ngan kesayangan tiba-tiba ada budak welding dekat2 ngan kedai cha datang. Ingatkan dia nak beli barang. Rupa-rupanya dia beritau kereta cha kena langgar. Memang terkejut sangat masa tu..

Cha pun dengan kelam kabut nya pergi la tengok. Elok je melekat satu van buruk kat cik viva. Tengok kat tempat driver takde orang. Memang marah la cha, lagi satu takut kalau2 orang tu taknak bertanggung jawab. Cha pun apa lagi, tekan la hon kat van tu sekuat hati.. Dahla hati nga panas tengok keadaan kereta cha..

Rupa-rupanya, owner van tu kat area kedai cha jugak. Kelam kabut la dorang datang kat van tu. Siap pelik tanya macam mana van dia berundur sendiri. Yela, sepatutnya cha yang tanya dia macam mana sampai berundur kena kereta cha.. Punya la cha jaga cik viva elok2, jaga dengan penuh kasih sayang.. Yang paling cha bengang bila budak tu cakap "sikit je kak, boley ketuk je tu.." Sesedap mulut je dia cakap, cer try kalau kena kat kereta dia.. Yang penting time tu pulak ramai sangat customer kat kedai. Cha nak tengok details kat cik viva pun tak boleh.

Sedihnye tengok cik Viva.

Dan macam biasa bila jadi benda2 macam ni cha memang akan jadi kalut. Semua orang cha call. Cha call abang cha, akak cha dan kesayangan cha. Tapi cian kat kesayangan sebab dia kena datang jauh2 nak tenangkan cha yang nga kalut ni..huhu.. Tapi owner van tu kate nak bayar ganti rugi. Kalau tak bayar memang cha bako je kedai dia nanti..huh..!!

Semalam hantar la cik viva ke workshop area umah abg cha. Tanya punya tanya, orang tu kata tak boleh nak buat sekarang sebab nak raya haji. Banyak kete nak kena siapkan. Dia suruh cha hantar next week dalam hari isnin. Tanya pulak pasal kos, dia kate yang kat pintu tu boleh ketuk lagi. Tapi bumper yang atas tayar tu memang kena tukar. Boleh kalau nak ketuk tapi nanti besi jadi tak kuat pastu lama2 warna akan terkopek2. Memang cha taknak la., yang cha tahu nak ganti baru sebab taknak nanti cha pulak kena keluar duit sebab terkopek2 kan..

So, hari isnin ni cha akan hantar cik viva ke workshop. Dan untuk Raya Haji ni terpakse la minta jasa baik Adik cha yang tersayang sangat2 tu amik cha kat Kajang. Nak Buat macam mana kan, cha taknak drive cik viva dalam keadaan dia camtu.. Cian kat Cik Viva muah2 cha..uwaaaa...


Dalam tau kemek nye...

Monday, October 22, 2012

Islamic Reviews..(^_^)

1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam
kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : 
Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Sesi Minta Restu..



Semalam adalah hari yang mendebarkan bagi cha.. Nak tahu kenapa, sebab cha kena jumpa family kesayangan.. Walaupun tak jumpa semua tapi tetap rasa berdebar. Bila kesayangan tanya cha okie tak. Dengan confident nye cha jawab okie. Padahal rasa nak gugur jantung. 1st time seumur hidup nak jumpa family boypren..hahaha

Actually, planning nye nak jumpa sis dia dulu, lepas tu baru balik kampung jumpa abah pulak. So, morning2 lagi dah gerak dari Kajang.. Cha pulak bukan main ayu lagi berbaju kurung takut kena reject..hehe. Sepanjang perjalanan memang dup dap dup dap jela. Tapi muka buat rilex lagi. Sekali tengok kesayangan dia pulak yang poyo2 nebes nye. Terus cha tak jadi nebes tau..

Sebelum gerak tu kesayangan bawa pergi breakfast dulu.. Yela, morning2 dah cakap ngan dia yang cha kelaparan. Tu yang kitorang singgah makan dulu. Sampai rumah sis dia dalam pukul 1pm. Lagi dekat nak sampai lagi berdebar hati cha. Rasa nak suruh dia patah balik je..hihi

Tapi, bila jumpa je akak ngan abg ipar dia tengok dorang okie je. Bukan okie je tapi okie sangat-sangat. Walaupun banyak soalan yang ditanya tapi cha tetap rasa selesa ngan dorang. Dengan anak2 buah dia yang comel2 tapi pemalu. Cha pulak boley gelar diri sendiri as akak. Sepatutnya cha kena gelar diri cha ni untie la kan.. Terperasan muda pulak cha ni. Bukan nya apa, dalam family cha dah biasa anak2 buah panggil Cicha je. Cha pun gelarkan diri cha ni Cicha. Tu yang bila jumpa orang lain tk biasa ngan panggilan untie..

Lama jugak kat rumah sis kesayangan ni. Abang ipar dia pulak rajin bercerita pasal kesayangan time kecik2 la.. Sampai sakit la rahang cha ni gelak.. Perasaan nebes terus hilang sebab duk suka gelakkan orang.. hahaha..(gelak jahat).. Yang penting, tak habis borak lagi kesayangan dah ajak balik. Dah tak tahan la tu asyik kena bahan je. Sebenarnya nak gerak balik kampung kesayangan nak jumpa abah pulak. Nama pun sesi minta restu kan. Tu yang paling wajib jumpa.

Sampai umah abah dalam pukul 4pm. Borak2 jap ngan abah, pastu kesayangan pulak nak amik barang2 dia. Dalam pukul 5pm dah minta diri nak balik..Alhamdulillah sebab tengok akak n abah layan cha dengan elok. Dalam perjalanan balik tu memang cha pengsankan diri la.. Perasaan nebes pun dah hilang, cuma penat gelak je kat umah sis dia.. Then, sampai Kajang je singgah makan pastu jenjalan jap baru balik rumah.. Segala urusan semalam dipermudahkan cuma hujan lebat je sepanjang perjalanan.. Memang rasa lega sangat2 la lepas dah jumpa semua2.. fuhhh...huhu..

Saturday, October 20, 2012

Story Last Week..^_^v


Ni story last week punya tau.. Punya malas cha nak update blog.. Lagipun lately bz sikit mengalahkan YB..hehe.. So, hari ni baru la rasa ada kekuatan nak update. Tu pun cha akan banyakkan tepek2 gambo jela ye.

Last Thursday,pegi la ngedate jap ngan incik bf sambil nak buka puasa. Tengah2 makan tetiba ada pulak orang nak buat shooting kat kedai tu.. Mula2 tak amik port sangat pun. Tapi lepas dengar yang nk shooting tu Shamsul Yusof terus la rasa teruja.. Mahu tak teruja nye., cha mmg minat ngan Shamsul ni. Dia kan hensem sesangat..haha.. Start minat dia time cerita Ameera la. Kemain lagi romantik watak dia jadi hubby Rita Rudaini kan.. So, lepas dorang shooting dapat la bergambar ngan dia.. Actually, dia ngan Zack X-factor masa tu. Tapi Zack tu nampak macam kerek je. Bila orang nak bergambar dia terus tinggalkan meja. Tapi bagus jugak, buat berat memori tab cha je ada pic dia..hahha (gelak jahat)

So, malas nak cite panjang2 kat sini. Cha letak je pic ngan Shamsul ari tu.. Sila jangan jelez ye..hehe



















Thursday, October 4, 2012

Adakah dia jodohku...

Sekuat mana kita menolak cinta, sekuat itulah dia akan datang dekat kita.. Walau pelbagai alasan yang kita beri, pelbagai cara pula ianya akan datang.. Inilah lumrah seorang manusia.. Tak boleh lari dari perasaan sayang dan cinta. 

Begitu juga dengan perasaan benci. Cuma perasaan benci tu boleh dihapuskan kerana bila kita pilih untuk terus membenci seseorang tu, hati dan perasaan kita tak akan aman sebenarnya. Oleh itu, sebagai manusia biasa tiada lagi perasaan benci dalam hati cha untuk sesiapa yang pernah menyakiti hati cha. Dan sekarang cha rasa lebih tenang jika nak dibandingkan dengansebelum ni..

Sebelum ni, memang cha buat keputusan untuk tutup hati cha buat seketika.. Tertutup rapat sehingga sesiapa pun tak boleh buka hati cha.. Kira nak amik masa untuk lupakan segala kesedihan dan sembuhkan luka-luka yang ada dekat hati cha. Cha lagi tenang bila keseorangan tanpa ada sesiapa disamping cha kecuali family tercinta. Cha lebih sibuk kan diri dengan kerja dan aktiviti lain untuk pulihkan diri cha. 

Hingga la satu hari ni, ada seseorang yang tak jemu-jemu untuk ambil hati cha. Pelbagai alasan yang cha bagi kat dia tapi dia still sabar dan berusaha untuk mengenali cha. Agak lama jugak la masa yang cha amik untuk cha terima dia. Hati pun rasa berat je sebab takut hati akan terluka lagi. Tapi, orang kata jangan pernah serik untuk bercinta. Semua yang kita lalui ni adalah pengalaman dalam hidup. Betul tak?

Pertama kali jumpa dengan dia, cha rasa serasi sangat. Masa borak2 pun rasa macam dah lama kenal. Mungkin perasaan cha je atau memang cha ni ramah tak bertempat. hehe.. Dan dari saat itulah hati cha terbuka untuk dia. Walaupun baru lagi (takde la baru sangat) tapi cha harap keserasian antara kami akan kuatkan lagi hubungan ni. Apa yang penting adalah kena saling memahami.Semua perkara boleh dibawa berbincang. 

Sesungguhnya segala apa yang terjadi adalah ketentuan dari Allah s.w.t. Dan cha tertanya2 Adakah Dia Jodohku.. Jawapannya takda pada sesiapa kecuali Allah s.w.t kerana Dia Maha Mengetahui. Dan cha hanya mampu berdoa yang terbaik untuk hubungan. Jika niat kita elok, Insya Allah segala urusan akan dimudahkan. Andai kata tiada jodoh antara kami, mungkin ada hikmah disebaliknya..:)


Dan dia adalah Mohd Radzuan.. 
Terima kasih sebab buat saya selalu tersenyum.
Dan terima kasih sebab sudi membahgiakan saya..:)



Wednesday, October 3, 2012

3 Penawar Hati Yang Gelisah...

Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah iaitu Ibnu Mas'ud didatangi
seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa . Lelaki ini berkata
kepada Ibnu Mas'ud ,

" Saudara , berikanlah kepada ku satu nasihat yang dapat aku jadikan penawar
untuk jiwa ku yang gelisah ini . Akhir - akhir ini jiwaku tidak begitu tenteram , jiwa
ku sentiasa gelisah , fikiran ku juga selalu kusut , makan ku tidak kenyang , tidur
ku tidak lena . "

Mendengar itu , Ibnu Mas'ud membalas ,

" Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu , hendaklah kamu bawa hatimu
mengunjungi tiga tempat ini :

PERTAMA , tempat orang membaca Al - Quran ;
sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar memndengar orang lain
membaca ayat suci .

KEDUA , majlis ilmu ;
yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah .

KETIGA , carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat
beribadat kepada Alllah dengan khusyuk dan tulus ikhlas . "

Demikian penawar hati gelisah ; kadangkala kita tidak tahu punca yang
membawa hati resah . Tetapi sebenarnya itu kerana hati kita tidak diisi
dengan sebaik - baiknya . Hati yang kosong , maka mudahlah syaitan
masuk menyelinap .

Firman Allah ,
" Jika engkau dihasut oleh syaitan , maka mintalah pertolongan daripada Allah . Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui . "
( Surah al - A'raf : 200 )

Tuesday, September 18, 2012

Kenapa Wanita Suka Merajuk





Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk? Hasil dari kajian, jawapan nya ialah: (Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)

1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.

9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.

10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.

12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.

13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.

14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.

15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.

16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.

17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.

18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.

19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.

20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri

21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.

22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.

23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.
__________________________________________________________________________________

(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.



Monday, September 10, 2012

Update Blog Laju-Laju Time Tak Bz nie haa...


Agak lama cha tak conteng-conteng kat blog ni.. Walaupun takde la lama mana pun. Tapi tengok blogger lain rajin update tiap-tiap hari.. Cha ni sebenarnya tunggu ada idea je baru nak menaip kat blog ni.. Lagi satu akhir-akhir ni sibuk sikit.. Tak tau la macam mana boleh sibuk.. Mungkin sebab awak bulan kot.. Macam-macam nak kena buat. Dengan barang-barang sampai lagi..hehe

Dan sebenarnya takde apa yang menarik untuk dikongsi untuk kali ni.. Lepas balik dari Kemaman minggu lepas, cha kerja macam biasa. Cuti baru-baru ni pun just balik Banting dan pengsankan diri puas-puas.. Nak cerita pasal pergi Kemaman pun benda dah basi.. So, takyah la nak penatkan diri menaip..hehe

Cuma baru-baru ni la.. Cha tengok ramai kawan-kawan cha yang dah tunang dan dah ada yang kahwin.. Cha suka tengok gambar yang dorang upload dekat fb. Cantik-cantik dan hensem-hensem belaka.. Macam biasa la, bila tengok mula la rase sedih sikit. Yela, cha jugak yang still single mingle tau. Tapi time tengok gambar dorang dalam fb jela kan.. Lepas tu jadi ok balik.. Biasa la benda-benda tu kan suka memainkan perasaan.. Tapi, cha doakan dorang semua akan bahgia hingga ke akhir hayat. Mungkin jodoh cha tak sampai lagi. Ella pun kawin umur 40-an apa..Rilex je kan..huhu

So, sekarang ni cha nak fokus kat BF cha.. Bukan main lagi dia tu.. Baru masuk 2 tahun dah macam-macam nak kena ganti.. Kalau iye pun step by step la nak rosak pun. Ni nak fikir tayar lagi, service lagi, nak spray lagi.. Aduyaiii, sakit kepala nie. Tapi yang penting service kena on time. Tayar tu kemudian pulak.. Lepas ni takleh nak speed 140km/h..kena bawa slow2 je sampai tukar tayar ye cicha..haha


Wednesday, September 5, 2012

Apa akan terjadi jika Melanggar Sumpah


“Apabila Melanggar Sumpah Apa Hukumannya?”

Dalam persoalan ini, anda perlu mengenal pasti adakah sumpah yang anda buat adalah atas nama Allah Subhanahu Wa Ta’ala ataupun sekadar sumpah yang hanya dibuat gurau-gurauan.

Jika sumpah tersebut dibuat atas nama Allah Subhanahu Wa Ta’ala seperti;
“Demi Allah, aku tidak akan pijak lagi rumah engkau ini”
 
Atau lain-lain.

Ringkasnya, jika sumpah tersebut dibuat dengan nama Allah, sifat-sifatNya yang wajib ataupun dengan KeagunganNya, anda adalah berdosa dan perlu membayar Kifarah Sumpah.
Kifarah Sumpah ialah:

1. Memberi makan 10 orang miskin. Setiap seorang sebanyak secupak beras. Atau,

2. Memberi pakaian (benda yang dipakai mengikut adat setempat) kepada 10 orang miskin. Atau,

3. Membebaskan seorang hamba yang beragama Islam. Hamba tersebut mestilah seorang hamba yang sempurna anggota badan dan boleh bekerja.

Namun begitu, bagi mereka yang tidak mampu untuk melakukan ketiga-tiga perkara tersebut, maka dia dikehendaki berpuasa sebanyak tiga hari dan menurut Mazhab Syafi’i puasa tersebut tidak disyaratkan secara berturut-turut.

Sila berhubung dengan Pusat Pungutan Zakat yang berhampiran untuk membuat bayaran kifarah tersebut.
Wallahu’alam….
- JAKIM

Copy&paste from SUARAPEOPLE DOT COM

Tuesday, September 4, 2012

Syukur Pada-Mu..


Syukur alhamdulillah sebab Allah masih panjangkan umur cha.. Kalau tak cha pun tak tau macam mana situasi cha sekarang..

Hari Jumaat ari tu kan Hari Kebangsaan. So, ramai yang cuti kan. Macam biasa cha buka kedai ngan pembantu sorang lagi nama nya Kak Ani.. Customer pun tak ramai sangat mungkin ramai yang balik kampung atau pergi bercuti.

Petang Jumaat tu terjadi sesuatu kejadian yang tak terduga.. Cha ngan kak ani duk leka tengok cerita AdamHawa kat youtube. Lepas tu datang seorang customer ni nak spray.. Masa dia masuk kedai tu pun cha dah rasa tak sedap hati.. Bila dia masuk kedai je cha terus bangun pergi dekat dia. Lepas dia bayar harga spray dia pun keluar.. Masa tu dia berdua dengan kawan dia. Kawan dia tunggu kat motor je..

Lepas beberapa minit tiba-tiba dia masuk lagi dalam kedai.. Masa tu kak Ani tengah susun duit. Tu memang hobi dia yang pelik.. Cha tengok pun tak berkenan, banyak lagi benda lain nak buat kan.. Masa tu Cha terus suruh dia tutup drawer tu.. Budak tu kata nak kepala paip tau. Cha suruh la kak Ani tunjuk kat mana tempat nye.. Alih-alih tengok budak tu dah keluar kan pisau ranbow.. Terkejut tahap dewa la cha time tu..Rupanya dia nampak kak Ani pakai gelang emas.. Dia acu pisau tu kat kak Ani minta gelang tu siap pegang tangan kak Ani lagi. Kira masa tu kitorang dah terkepung kat kaunter tau..

Dia tak dapat nak buka gelang emas kat tangan Kak ani tu..Yang kak Ani pulak boleh menyorok belakang Cha. Masa tu cha pun dah tak ingat apa yang cha cakap kat dia.. Lepas tu budak tu boleh buka drawer yang ada cash money. Yang peliknya dia tau macam mana nak tekan button untuk buka. Nampak sangat dah biasa buat keje haram ni.. Bila nampak dia buka je cha terus tepis cash drawer tu ke tepi. Masa tu tak perasan pulak kat mana pisau dia. Dia pun berundur sikit. Terus cha menjerit sekuat-kuat hati minta tolong.. Kelam kabut budak tu lari, yang kawan dia pulak dah standby kat atas moto.

Kebetulan masa tu ada customer nak beli barang. Bila dia nampak cha menjerit dia terus follow moto tu. Tapi faham-faham jela kalau kereta kejar moto memang tak dapat punya. Hanya dapat plat number je. Sebelum tu jiran-jiran yang kat rumah semua keluar sebab dengar cha menjerit. Cha terus call abg cha beritau ada perompak. customer yang kejar moto tu pulak dah call polis.. Dalam 10 minit polis pun datang amik keterangan. Bila bagi no plat moto tu tengok no palsu.. Memang macam haremm kan..

Masa tu cha rasa nak termuntah pun ada. Sebab lepas jerit sekuat2 hati tu kan.. Rasa dah bukan suara cha tu. Cha jerit tu campur ngan cha marah ngan budak tu. Dengar pun seram macam tengok cerita hantu..huhu.. Senang je cara nak cari duit. Kita ni kerja dari pagi sampai petang, susah payah nak cari duit. Dia boleh nak main acu-acu pisau. Tapi serius tau, masa tu memang panik. Nak capai apa-apa pun tak sempat. Sebab harapkan cha sorang je. Kak ani masa tu dah terdiam mungkin dia takut sangat2..

Petang tu memang tutup kedai awal. Lepas tu pergi balai polis ngan abg cha untuk buat report.. Dah buat report kena datang balik belah malam sebab insp nye takde. Cha pulak nak kena pegi Kemaman esoknya. Last2 cha balik je Banting. Malam tu insp sms cha tanya kenapa tak datang jumpa dia..huhu.. At last memang sepanjang ke Kemaman cha terpakse jawab panggilan dari pihak polis. Tula, sapa suruh tak pergi balai.. Padan muka aku..huhu..

Cha harap lepas ni tak terjadi lagi benda2 macam ni.. Sesiapa yang suka sangat pakai barang kemas tu harap sentiasa beringat.. Kalau setakat kat kedai ni je takyah nak pakai. Kalau nak pakai je kat rumah.. Kena ingat perompak ni sanggup buat apa je untuk dapatkan apa yang dorang nak lagi2 dalam keadaan panik.. Takut dia bertindak ganas terus apa-apakan kita kan..

Dengar cerita memang ada kumpulan samun ni area tempat cha. Dan paling tak sangka bila ada salah sorang dalam kumpulan tu adalah anak polis.. Yang tu cha tak tau la tapi ramai yang cakap macam tu. Sebab tu la sampai sekarang dorang boley sesuka hati nak buat keje terkutuk dorang tu..Wallahualam..









Wednesday, August 22, 2012

Baju Raya Tahun ni..^_^

 Tahun ni baju raya tak banyak pun.. Sebenarnya tiap-tiap tahun tak buat banyak.. Sebab cha bukan pakai sangat baju kurung ni.. Pergi keja pun pakai t-shirt dengan seluar jeans je.. Dan tahun ni lebih berjimat cermat.. Mungkin sebab mood raya tu takde. Kasut pun tak beli cuma beli handbeg je memandangkan beg yang ada tu dah nampak buruk bebenor..huhu

Raya tahun ni cha buat baju kurung moden.. Rasa fashion tu je yang sesuai dengan cha. Kain baju pun cha beli online je kat facebook.. Time tu main belasah je pilih mana yang mata nampak cantik.. Kualiti tu kena redha sebab kita tak boleh nak tengok kan.. Tapi, kualiti kain nya sangat memuaskan..

Pastu cha hantar upah jahit pulak kat emak kawan cha.. Mula-mula risau jugak sebab ni 1st time hantar. Saja nak try kat emak dia sebab dekat sikit nak amik time raya kan.. Alhamdulillah, dia buat memang selesa cha pakai. Sebab cha memang cerewet sikit bab2 baju ni.. Yela, cha ni jenis jarang pakai baju kurung. Baru pakai kejap dah rasa rimas. So, bila skali nak pakai tu memang nak yang selesa.. Lepas ni boley la tempah kat dia lagi.. Upah jahit nya pun berpatutan tau..

So, kat bawah ni la baju raya cha untuk tahun ni.. Simple tapi bagi cha sangat cantik.. Yang penting dah bertahun nak tema warna purple dan tahun ni dapat jugak warna purple yang berjaya menamat hati cha..hehe..

Baju untuk raya pertama..


Gaya model jawa..haha


Baju untuk raya kedua..Sama warna ngan Mr. Viva..

Baju jubah ni abg cha belikan kat Mekah..Cantik tak..hehe


Tuesday, August 21, 2012

Keceriaan Di Pagi Syawal..


Akhirnya tiba juga saat yang dinanti iaitu 1 Syawal.. Syawal kali ni sangat meriah sebab semua adik beradik cha berkumpul kat Banting.. Nak dibandingkan dengan tahun lepas, semua balik rumah mertua dulu..

Hari terakhir Ramadhan, kami adik beradik pergi ziarah kubur arwah emak.. Walaupun emak dah takde, tapi emak tetap sentiasa berada dalam ingatan kami.. Takde sesiapa pun boleh menggantikan tempat emak yang telah melahirkan dan membesarkan kami.. Al-Fatihah untuk arwah emak..

Petang tu pulak, kitorang berbuka puasa bersama.. Meriah je sebab makan beramai-ramai kan. Lepas solat maghrib sesi pasang pelita ngan main mercun pulak.. Budak-budak tukang habiskan bunga api yang ada..huhu

Pagi Syawal adalah masa yang dinanti-nantikan.. Inilah masa untuk bermaafan sesama adik beradik. Yang budak-budak mesti la tunggu duit raya.. Sementara tunggu ayah balik, masing-masing berposing mengalahkan top model.huhu.. Abang cha la yang tukang bagi idea nak berposing camne..

Lepas bersalaman dan bermaafan, kitorang pun pergi lah beraya.. Rumah pertama mesti la rumah nenek. Biasa nya memang akan habiskan beraya rumah sedara mara dalam dua hari sebab raya ketiga masing2 nak balik rumah mertua pulak..

Tapi raya kali ni tak tau kenapa ada yang sampai tak kenal cha.. Siap tanya cha kat mana.. Tak pasal-pasal kena angkat tangan macam kat sekolah..hehe.. Yang paling tak boleh lupa bila nenek tanya bila cha nak kawin.. Permintaan nenek biarlah nenek sempat tengok cha kawin selagi nenek masih ada..Dia nak tengok siapa yang akan jaga cha nanti.. Touching pulak rasanya.. Tapi belum ada jodoh.. Cha doakan nenk panjang umur dan sihat ye..

Kat bawah ni cha letak gambar2 yang kitorang amik sementara tunggu ayah balik dari masjid..hehe..




























p/s :~ Collection duit raya tahun ni RM30.. Dah tua2 pun still dapat duit raya.. Segan giler..huhu





Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya....



Sekarang ni masa berlalu sangat cepat.. Rasa baru je kita berpuasa. Tahu2 ni dah nak raya.. Cha nak ucapkan Selamat Hari Raya.. Minta maaf kalau ada salah dan silap sepanjang berblogging ni.. Mana tahu ada yang terasa hati dengan apa yang cha luahkan dalam blog ni.. Semoga kita dapat lagi merasai Ramadhan akan datang.. Insya Allah..:)










Tuesday, July 24, 2012

13 Perkara Yang Perlu Wanita Islam Jaga


1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sumber: http://www.cahayaislam.net/

Monday, July 23, 2012

Kahwin Cara Terbaik Berjimat.



Pasangan berumahtangga lebih cenderung menabung: Kajian

London – Langkah untuk berkahwin mungkin cara terbaik untuk menyimpan duit kerana pasangan yang mendirikan rumah tangga pada umumnya menggalakkan sikap berkorban dan tabiat menabung daripada berbelanja untuk suka-suka.

Satu kajian terbaru di Britain mendapati, mereka yang menjalin hubungan secara dasarnya akan mempunyai sekurang-kurangnya £68 (RM337) sebulan atau hampir £800 (RM4,000) setahun.

Pasangan suami isteri juga biasanya mempunyai sasaran bersama seperti menyimpan wang untuk membeli rumah, untuk membiayai kehidupan berkeluarga atau bertujuan untuk tabungan menjadikan cara berbelanja juga terkawal.

Kira-kira 57 peratus daripada setiap pasangan mengakui bahawa suami atau isteri mereka memainkan peranan, termasuk berleter, untuk menggalakkan mereka menabung, menurut kajian Pelaburan dan Tabungan Kebangsaan.

“Adalah sesuatu yang baik melihat mereka yang mempunyai hubungan saling memberi motivasi kepada pasangan supaya menyimpan sejumlah wang,” kata pengarah institusi terbabit, John Prout yang dipetik The Daily Mail.

Bagi sebilangan orang, pengaruh pasangan mereka memberi kesan besar. Ia berdasarkan kajian bahawa seorang setiap lima orang menyimpan sekurang-kurangnya £200 (RM1,000) atau lebih setiap bulan menjadikan angka keseluruhan simpanan £2,400 (RM12,000) setahun.

Malah, kebanyakan lelaki yang boros berbelanja untuk membeli kereta atau berhibur di waktu malam, akan lebih merasa tertekan bagi menabung sebaik saja mereka menemui pasangan hidup.

Lelaki akan menabung secara purata £85 (RM420) atau lebih setiap bulan berikutan pengaruh pasangan mereka berbanding £50 (RM250) bagi wanita. Bagi lelaki muda berusia dalam lingkungan usia 25 hingga 34 tahun, mereka lebih terpengaruh oleh pasangan masing-masing dengan menabung sekurang-kurangnya £100 (RM500) lebih setiap bulan.

Kajian juga mendapati bahawa bagi sesetengah wanita, mereka akan lebih banyak menyimpan apabila mendapati pasangan lelaki mereka gemar untuk boros berbelanja. – Agensi


Thursday, July 19, 2012

Demam Ameera...ke Ameer Sebenarnya..??



Semalam berakhirnya Drama Samarinda "Ameera".. Mula-mula cha tengok cerita ni sebab ada Rita Rudaini.. At last terjatuh cinta pulak kat Syamsul Yusof..Sebagai peminat je la kan.. Dia kan dah ada kekasih hati.. Memang patah seribu la bila dapat tau dia dah ada awek.. Sangat bertuah awek dia kan.. Semoga jodoh dorang kekal hingga ke jinjang pelamin..Amin..



Nak ikutkan cerita Ameera ni best sangat cuma ending dia kureng sikit la.. Kenapa la bagi watak Ameer tu mati.. Kesian kat Ameera tau, kalau nak sangat bagi la Zila je yang mati sorang.. Cha tengok pulak cerita ni sensorang.. Memang menangis tak ingat nye.. Rasa nak guling-guling je sebab Ameer mati..(okie tipu..!!)


Bab ni memang sedih sebab dia tak sempat nak besarkan Amirul sama-sama ngan Ameera.. Kesian kat Ameera, tengok muka dia tenang je bila Ameer menghembuskan nafas.. Time ni memang dah nanges tak hengat..uwaaaaa...


Time ni terasa Syamsul Yusof ni hensem jugak kan..Eh, nak menggatal pulak ngan kekasih hati orang ni kan..  Bila dia dia tunjuk flashback lagi mengalir air mata cha.. Sweet sangat bila Ameer nyanyi lagu hindustan.. Pastu Ameera main janggut Ameer kan.. Banyak la bab2 dalam cerita Ameera ni sweet n romantik..huhu


Siapa yang tak sempat tengok episod akhir Ameera ni boley la tengok kat Youtube atau kat Tonton.my.. okbai..