Wednesday, February 1, 2012

Baik Memaafkan Dari Menyimpan Dendam

Macam mana nak cerita..?

Seseorang yang pernah sakitkan hati aku muncul balik dengan niat nak minta maaf.. Aku hanya manusia biasa yang tak lari dari perasaan dendam. Sebenarnya aku dah lupa dengan setiap apa yang dia buat kat aku. Bila dia muncul balik dalam hidup aku, tiba-tiba perasaan marah tu membuak-buak..

Apa yang aku buat...?

Aku cuba untuk kawal perasaan aku. Aku tau perasaan marah semua tu hanya hasutan syaitan. Aku mula bertanya apa yang membuatkan dia tiba-tiba muncul untuk minta maaf. Rupanya dia dah menyesal dengan apa yang berlaku. Dia kata mungkin masa tu fikiran dia tak matang. Dia main cakap je tanpa fikir perasaan aku. Sebab tu aku nasihat dia., sebelum buat apa-apa fikir dulu perasaan orang lain. Letak kan diri kita kat diri orang yang kita nak sakit kan tu.. Then, aku adalah tanya sikit pasal perkembangan diri dia. Dan akhirnya aku maafkan dia. Bagi aku, baik memaafkan dari terus menyimpan ape2 perasaan samada marah atau dendam.. Dan aku rasa biar lepas ni dia tak ganggu lagi hidup aku..

Siapa Hamba Allah tu...?


Dia lah orang yang jadi pengganti dalam hati ex boyfren aku dulu. Memang teruk la masa mula-mula benda ni jadi. Nak ingat balik pun buat sakit hati je. Baik takyah fikir langsung. Sekarang ni pun aku dengar cerita yang kurang elok pasal mamat tu. Alhamdulillah, aku syukur sangat sebab hubungan aku terhenti takat tu je.. Inilah yang orang selalu cakap, setiap yang terjadi ada hikmahnya. Masa benda tu berlaku memang tak tahu apa hikmah disebaliknya. Sekarang, selepas beberapa tahun baru aku tahu..

Aku bersyukur pada-Mu, Ya Allah..

~:: Buat adik tu, kalu awak baca blog ni tolong la fikir masak-masak sebelum amik keputusan untuk teruskan hubungan ngan mamat tu.. Awak dah besar kan, orang boley tolong nasihatkan je kat sini..

No comments: