Thursday, February 2, 2012

Malaysia Senior vs Kelantan

Malam tadi ada perlawanan persahabatan antara Malaysia vs Kelantan kat Stadium Nasional Bukit Jalil.. Si Dia ni punye la excited nak pergi tengok sebab dia asal Kelantan. Dahla aku kena keje semalam, tak macam dia cuti sebab hari Wilayah kan..

Memang dia dah beritau awal-awal pasal nak tengok bola kat stadium. Aku tak amik kisah sangat sebab biasa nye plan akan bertukar last minit ataupun tak jadi. Petang tu dia call tanya nak tengok ke tak dan masa tu dia dah ada kat stadium nak beli tiket.. Aku on jela sebab memang minat bola. Sebenarnya aku lebih kepada team Malaysia. Tapi disebabkan si dia dah belikan jersi team Kelantan, terpakse la pakai. Tapi cantik jugak sebab warna putih..cayang kat awak..hehehe

Malam tadi memang tak ramai sangat orang. Ada jugak yang pertikaikan sebab kena bayar RM10 sorang banding ngan masa Malaysia vs Selangor tak kena apa-apa bayaran. Dan sebenarnya malam tadi first time aku tengok bola kat stadium. Kalau tak tengok kat umah jela ngan abang aku. Kitorang sampai pun agak awal.. Sempat la tengok dua-dua team tu warming up sebelum perlawanan.

Pukul 8.45pm perlawanan pun bermula. Memang best giler la tengok dorang main. Mula-mula team Kelantan banyak menyerang, alih-alih Malaysia yang dapat score..(go Harimau Malaya..) Tapi tengok malam tadi pengadil macam kurang professional. Malaysia gol pun sebab bola terkena kaki pengadil. Masa tu player dah naik keatas tapi dah kena kaki pengadil so bola dapat kat Malaysia, tu yang dapat score. Then, goal keeper Kelantan malam tadi pun macam kureng sikit la. Aku rase kalu Apex yang jaga confirm tak kalah teruk malam tadi. Matyo pulak kena main kat team Malaysia. So, kat situ la sebab nye Kelantan kalah teruk kowt walaupun ada pemain import sampai 3 orang kalu tak silap aku.hehehe...

So, malam tadi Malaysia menang 5-0 menewaskan Kelantan. Tapi kira okie la, kalau Malaysia kalah malu beb.. Apa pun aku memang enjoy malam tadi. Tak banyak snap2 sebab takde camera kan. Ni pakai anset jela..huhu


Ni la muka ceria walaupun Kelantan kalah.. Cantik kan jersey tu..hehe

No comments: