Wednesday, February 22, 2012

Hari Ke-2 Tanpa Nasi..

Alhamdulillah, dari ni dah masuk hari kedua aku tak makan nasi.. Malam tadi tiba-tiba teringin pulak nak makan megi kari.. Tapi boley kot sebab bukan nasi kan..haha.. Balik dari keje aku terus masak megi n makan sosej. Tu pun rasa tersangat la kenyang sebab petang nya aku ada makan pisang goreng..hehehe

So, hari ni aku masih meneruskan cabaran yang aku buat untuk diri sendiri iaitu hari tanpa makan nasi.. Pagi tadi sebelum pergi keje aku dah sambar buah kat dapur.. Sementara tunggu enjin kete panas aku geget2 la buah pear tu. Pastu dalam pukul 10am terase lapar pulak.. Aku buat air milo n letak oat yang 3-in-1 tu.. Tapi pasni minum oat je pun dah cukup kot..

Tengahari pulak aku g tapau macam biasa.. Ari ni aku amik lauk tempe dua potong, sayur bayam ngan ikan kembung bakar.. Memang best betul la kuah asam kat kedai pakcik tu.. Kalau camni hari-hari makan ikan bakar pun takpe..huhuhu.. Air nye pulak aku beli air limau ais.. Buat masa ni takleh lagi nak tinggalkan minuman berais.. Tapi akan dikurangkan la ye..

Untuk malam pulak aku tak fikir lagi nak makan apa.. Tapi sosej semalam beli pun ada lagi.. Masuk je dalam microwave letak 5minit dah boley makan.. Senang je kan.. Kalau lapar lagi, stok buah pun ada..hehe

Memang kena betul-betul kuat semangat la..Chaiiiiyookkkkkk...~!!!!

No comments: