Tuesday, March 20, 2012

Alahai Diet..

Bila sebut je pasal diet ni tetiba rasa malas je.. Malas nak start balik.. Lagi-lagi lepas sesi makan-makan kat Banting, bila timbang je tengok mencanak-canak naik nye..huhu.. Penat je aku buat detox ari tu tau.. Tapi yang tak tahan buat detox ni sebab akan sakit kepala yang teramat sangat.. Nak taknak kena tahan la kan.. Dahla keje aku ni mengadap customer.. Takut ada yang buat perangai habis aku marah-marah tak elok pulak kan..

Tula, dah mula risau ni bila berat dah naik balik.. Seluar pun dah mula nak ketat kat peha.. Takan nak beli yang baru.. Memang tak la kan. Dahla aku baru beli seluar ari tu.. Sayang la pulak.. Nak buat macamana ea.. Selera makan ni membuak-buak la. Sebab tu la aku tak suka kalau ada masalah.. Memang bertambah selera aku nak makan.. Sampai pening kepala fikir nak makan apa..hahaha..

Memandangkan seluar makin ketat, pipi pun dah nak tembam balik sampai tak nampak lesung pipit aku.. Baik aku start balik diet tak makan nasi dulu.. Tapi start esok la kan.. Hari ni bukan main berselera aku. Siap pagi tadi breakfast makan nasi lemak ngan milo.. Tengahari pulak makan nasi lagi.. Terpaksa la malam ni takyah makan.. Buang masa je buat diet detox tau..

Kepada sesiapa, tolong jangan bagi aku masalah lagi.. Kalau tak nanti anak tekak aku makin berselera nak makan..huhuhu.. okie bye..~!!

No comments: