Saturday, March 31, 2012

Bila Keseorangan..

Bila nga sorang-sorang ni la cha rajin nak masak.. Bukan apa, dah bosan nak tapau kat kedai.. Asyik menu yang sama.. Sebab tu malam tadi cha rajinkan diri untuk masak.. Cha masak simple-simple je sebenarnye.. Kalau nak ikutkan memang malas sebab lepas tutup kedai dah dekat pukul 9pm.. Tapi sebab mood nak masak tu membuak-buak tu yang cha masak jugak.. Bagi cha biar simple janji sedap.. Diri sendiri yang masak harus la masuk bakul angkat sendiri..haha

So, malam tadi cha masak tumis sardin ngan cendawan tumis ngan telur.. Dari dulu sampai sekarang cha memang suka dengan sayur cendawan.. Malam tadi teringin pulak nak makan cendawan.. Tu yang cha tumis kan je.. Buat pedas sikit memang terbaik la kan.. Sardin pulak bagi asam limau lebih sikit biar hilang hanyir.


Nak masak ni sekejap je sebenarnya.. Sampai je umah cha terus masak nasi.. Pastu siap-siapkan bahan terus mula masak.. Dalam 30minit dah siap semua sekali cuma nasi je tak masak lagi.. Time tu cha pegi mandi bersihkan diri dulu.. Nanti boleh makan sambil tengok tv..



Pagi ni pulak cha ingat nak sarapan nasi lemak.. Teringin lak nak beli kat akak yang jual dekat depan 7-Eleven.. Sekali singgah tengok dah habis.. Belum pukul 9 dah habis.. Tapi memang sedap pun nasi lemak akak tu. Ingat nak cari tempat lain tapi tak tau kat mana yang sedap.. Terus cha pegi drive thru kat mekdi je.. Beli set sausage mcmuffin ngan milo panas.. Alhamdulillah, kenyang dengan apa yang ada.. Sekarang ni cha nak kemas-kemas kedai sebelum abang cha balik dari umrah..

No comments: