Thursday, March 29, 2012

Senyumlah Walau Hati Kita Disakiti..

Nak tau tak apa ubat untuk kesedihan.. Memang betul doa dan mengadu pada-Nya adalah yang paling terbaik.. Selain tu, mengaji la untuk dekatkan lagi pada Allah.. Susah sebenarnya nak back to normal.. Bila tengah-tengah sedih ni bukan boley nak hilangkan sekelip mata.. Nak tahu tak apa yang cha buat..

Biasanya, bila cha sedih cha akan diamkan diri.. Tak amik tahu tentang hal sekeliling lagi.. Masa ni cha hanya fikir tentang perasaan cha.. Kesian kat hati cha sebab asyik bersedih je.. Tapi takyah lama-lama sangat nak menatap kesedihan tu.. Cuba bangun semula dan tengok diri kita dalam cermin.. Dengan muka sedih, mata sembab sebab mungkin baru lepas nanges pastu nampak tak bermaya je kan..

Renung ke dalam cermin tu.. Sampai bila nak kena sedih.. Lepas tu cuba senyum sikit.. Tak boley pun paksa jugak diri untuk senyum sampai boleh.. Dah senyum kan, cuba bandingkan muka kat dalam cermin tu antara sedih dengan senyum.. Mana yang lebih comel, cute dan cantik.. Tak kisah la nak puji diri sendiri kan.. Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri.. Mesti lah muka yang comel dengan senyuman kan.. Insya Allah rasa sedih tu akan berkurang.. Sebab tu la kita kena senyum walaupun telah disakiti..Lupakan yang menyakitkan dan ingat benda-benda yang boleh buat kita gembira..

Cuma sekarang ni Alhamdulillah sangat sebab hati cha dah jarang disakiti.. Hati cha dijaga elok oleh seseorang yang lebih menghargai cha jika nak bandingkan dengan dulu.. Kalau ada apa-apa pun cha taknak fikir sangat.. Mungkin faktor umur ni yang membuatkan cha lebih matang dan cuba untuk faham sesuatu situasi.. Nasihat yang akan cha ingat dari dulu sampai sekarang iaitu sabar.. Bila sabar ni insya Allah akan dimudahkan urusan kita.

♥ Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu kerana dia telah membuat hatimu kuat.

♥ Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana.

♥ Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBENCImu kerana dia yang mengasah ketegaranmu.
...
♥ Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu.

MORAL: ALLAH LEBIH TAHU APA YANG TERBAIK....

No comments: