Friday, March 23, 2012

Mr. Viva Mandi Buih

tersenyum happy Mr. Viva kesayangan Cha..

Hari ni cha nak cite pasal BF kesayangan cha.. BF yang satu-satunya kekal setia dengan cha.. Tula my Mr. Viva.. Cha sayang sangat-sangat kat dia.. Tak semua orang boleh mesra dengan dia.huhu

Apa yang bestnya pasal Mr. Viva cha ni sebab dia ni la pendengar yang setia bagi cha.. Bila cha sedih ke gembira ke cha akn bercerita dengan dia.. Walaupun dia hanya sebuah kereta tapi dia macam memahami perasaan cha.. Cha rasa ada yang macam cha kan.. Bukan senang nak dapatkan Mr. Viva ni..hehehe

Kesian kat Mr. Viva, sebab sejak akhir-akhir ni jarang di amik perhatian.. Kalau dulu dalam dua minggu sekali cha akan anta dia mandi buih.. Kadang-kadang cha mandikan dia sendiri.. Manja tak kitorang berdua..hahaha. Tapi sekarang ni jarang sangat nak anto dia mandi buih.. Salah satu sebab sekarang ni selalu hujan.., pastu rasa penat sangat.. Asal balik keje mesti nak guling-guling je kat umah..

Setelah sebulan Mr. Viva tak mandi buih, akhirnya tadi berjaya jugak aku rajinkan diri anto dia mandi buih.. Terasa pulak betapa seronoknya dia bila dimandikan.. Dari kotor macam lori hantu terus berkilat.. Tengok smart je my Mr. Viva..hehe..

Kat bawah ni adalah sikit gambar kenangan cha bersama Mr. Viva.. Aku memang rajin sikit kalau bab membuang masa.. Kenangan berapa jauh cha berjalan dengan dia..^_^v

kenangan cha ngan Mr. Viva..

cantik kan..

yang ni paling cha suke..:)

Apa yang penting tiap kali amik gambar mesti tang minyak tu gak itu jela.. Takleh isi banyak-banyak.. Kalau isi banyak-banyak nanti jauh langkah cha pegi jalan..

No comments: