Thursday, March 8, 2012

Program Detox ku Hancusss...

Uwaaaa.....sedih betul tak dapat teruskan Detox.. Ni semua gara-gara hasutan dari seseorang. Terus aku melupakan diet Detox ku.. Boley tak aku dibawa ke tempat yang aku memang nak sangat-sangat makan iaitu Chicken Chop.. Memang best sesangat la makan kat situ.. Harga pun takde mahal sangat.. Tetiba je kan..haha..

So far, berat dah turun 2kg sepanjang 2 hari aku buat detox ni. Tapi disebabkan dah makan benda yang bukan-bukan terus tak berani nak timbang.. Tula, sapa suruh tak tahan nafsu makan tu.. Aduyaiii...

Hari ni aku teruskan diet yang tanpa nasi.. Sis kate kena rehat 3 hari sebelum mulakan balik diet detox ni.. Diet detox ni memang best sesangat. Mungkin sebab aku baru cuba untuk 3 hari tu yang rase best..

Kenapa aku cakap Detox ni best?

Sebab duk makan buah ngan sayur je.. Walaupun aku tak suka sangat makan sayur tapi boley la lagi..hehe Walau ape pun aku rindu sangat2 kat NASI.. Terbayang pulak Nasi goreng cendawan kat kedai favorite aku.. uwaaaa lagiiii....!!

Pesanan keras untuk diri sendiri.., lepas ni tolong kawal nafsu makan tu ye.. Selagi tak cecah berat yang dikehendaki memang tak boley nak tempah baju raya.. Nanti lambat takut tailor tu taknak amik pulak kan.. So, kepada diri sendiri please sesangat ye..Chaiyookkk....

No comments: