Wednesday, March 28, 2012

Rezeki Di Petang Rabu..



First sekali kena la bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi untuk kita. Alhamdulillah sebab petang ni cha telah dimurahkan rezeki.. Tengah-tengah borak dengan budak keje tiba-tiba datang sorang customer.. Dengar dari jauh suara dia memang kenal la sangat siapa.. Dia ni seorang kontraktor tapi orang indon la.. Biasa sangat beli barang kat My Hardware..

Lepas dia beli barang, tiba-tiba hulur duit 3 keping RM50 kat cha. Mula-mula pelik jugak sebab barang dia beli cuma berapa je.. Pastu bila tanya dia suruh amik je ada org bagi katanya.. Bila cha pulangkan balik dia cakap tu duit sebab dia ada dapat projek area kedai cha. Pastu dia kata dapat pun sebab cha bagi name card dia kat customer.. Punya la malu nak amik.. Sampai merah-merah la muka.. Sebelum ni pun dia pernah bagi jugak kat cha.. Tak sangka pulak kali ni dia akan bagi lagi.. Tapi memang baik la kontraktor tu.. Nama dia Abang Amin.. Cha memang tak reti kalau ada orang bagi sumthing.. Walaupun kesayangan cha sendiri.. Yang tak tahan dengan kesayangan cha tu pun sampai dipaksa amik..huhu

Walau apapun, Cha rasa bersyukur sangat sebab diberikan rezeki time hujung-hujung bulan ni..hehe.. Semoga dimurahkan rezeki untuk Abg Amin dan dapat banyak lagi projek.. Nanti boley beli barang banyak-banyak kat My Hardware.. Esok malam dah janji nak belanja budak keje kat My Hardware n My Home Mart..

No comments: