Wednesday, March 21, 2012

Rindu Kat Arwah Mak..

Sebelum aku taip post ni dan post yang seterusnya... Aku rasa tak molek pulak guna perkataan aku.. So, mulai hari ni aku akan guna nama Cicha atau Cha iaitu nama manja aku.. Si dia pun kadang-kadang panggil Cha jugak..huhu

Bact to topic.. Hari ni Cha rase rindu yang teramat sangat kat arwah emak.. Walaupun emak sentiasa terpahat dalam hati Cha tapi kali ni seseorang tu membuatkan cha sedih.. Tak kisah teruk mana pun perangai cha atau apa-apa pun yang cha buat, korang semua takde hak nak sebut pasal mak ke ayah ke.. Cha tekankan disini, TAKDA HAK LANGSUNG..!!

Nak tahu sebab apa.. Sebab dorang dah bagi didikan yang terbaik untuk anak-anak dorang.. Habis tu, pembunuh, perogol ngan pencuri atau orang-orang jahat dalam dunia ni salah sebab mak ayah dorang tak didik ngan bagus ke.. Atau mak ayah dorang dah didik dari kecik biar bila besar anak-anak dorang jadi jahat camtu..

Ayah dan arwah Emak dah bagi yang terbaik untuk cha.. Sampai cha dapat jejak kaki ke UiTM pun atas dorongan mereka.. Cuma arwah Emak tak sempat nak tengok cha habis belajar.. Arwah emak tak sempat nak tengok cha konvo.. Cha tak boleh bawa arwah Emak pusing-pusing bawa Mr. Viva cha. Tapi cha tau apa yang cha buat ni semua untuk emak.. Emak yang nak cha sambung belajar walaupun time tu emak sakit.. Sebab emak jugak cha boleh hidup berdikari macam sekarang..

Kepada yang berkenaan, jangan sesekali kaitkan soal mak ayah dalam masalah yang boleh diselesaikan jika kena dengan cara penyelesaian.. Letak diri kat tempat cha.. Apa perasaan kalau emak anda dah takde, pastu orang duk cakap macam-macam.. Agak-agak apa anda rasa.. Cha rasa akan jadi lebih teruk dari cha.. Sebab tu orang kata jangan kerana mulut badan binasa.. Dan cha cakap, jangan kerana mulut anda akan hilang semua yang anda ada.. So, beware with your word. Sorry kalau ayat-ayat cha menyinggung perasaan orang lain.. Dan cha minta maaf sebab luahkan kat sini.. Sebab kat sini je tempat cha luahkan perasaan yang terpendam..

Allah je tahu macamana rindunya seorang anak kepada emak yang sudah tiada.. Kalau emak masih ada, orang nak mengata ke apa ke boley cha balik kampung jumpa emak.. Tapi sekarang emak dah takde.. Hanya doa seorang anak dapat kurangkan kerinduan pada arwah emak..Honestly, cha menangis masa taip post nie..

p/s:~ Al-Fatihah untuk arwah Emak (Hajah Nora'idah bte Tawil)

2 comments:

mama4A's said...

banyakkan sedekah al fatihah untuk mak ye..

Miszz Nesya said...

sentiasa kak...:(