Tuesday, March 27, 2012

Sehari Bersama My Sis..


Malam tadi cha luangkan masa dengan akak cha.. Kan abang ngan kak ipar cha takde mengerjakan umrah.. Dah dua malam cha tido sorang kat umah.. Sebanarnya akak cha yang sulong ada kursus kat Shah Alam..  Semalam petang dia call tanya kalau-kalau cha nak datang lepak ngan dia.. Cha pun rasa macam bosan dah duk umah sorang-sorang, tu yang decide nak pegi jugak.. Lagipun, cha biasa jugak ulang alik Shah Alam sebelum ni jumpa dengan seseorang..

Cha gerak dari rumah lepas tutup kedai.. Dalam pukul 9pm baru sampai Shah Alam. Akak pulak stay kat Hotel BlueWave.. Cha sebenarnya tak tau jalan nak pegi sana..Maksud cha nak sampai ke depan lobby hotel tu. Dengan hujan lebat nya, cha pun redah je la. Tapi sampai Shah Alam hujan dah behenti.. Janji selamat sampai dan kenyang perut sebab akak cha nak belanja makan..



Kitorang pegi makan kat area Alam Sentral.. Ingat nak bawa akak makan kat Pak Mal Nasi Ayam.. Boly pulak aku tak ingat jalan.. Siap sesat-sesat pulak tu.. Terpaksa la pegi makan kat area Alam Sentral.. Tapi rasa kelakar sebab sis tunjuk jalan nak g Alam sentral.. Yang cha pulak jenis confius antara kanan ngan kiri.. Membebel la dia dalam kete sebab confius nak masuk jalan mana. huhu

Lepas makan, pegi isi minyak Mr. Viva pulak. Nanti takde la kelam kabut nak isi time nak balik kan.. Dah settle semua, baru la balik Hotel.. Akak aku beli pulak jajan untuk kunyah2 time tengok tv.. Sambil makan jajan sambil tengok cite Seniman Bujang Lapok.. Cerita tu kalau tengok beribu kali pun takan bosan.. Siap hafal dia punya dialog..hahaha



Ni la akak cha yang sama comel ngan cha.. Tapi walau apa pun cha tetap yang paling comel dalam keluarga Haji Samsuddin...huhu.. So, pagi tadi gerak dari Shah Alam dekat pukul 7am.. Dan selamat sampai ke Kajang dekat pukul 8am. Dan malam tadi rasa seronok sebab dapat lupakan masalah yang ada bila lepak n borak2 ngan akak..:)

2 comments:

mama4A's said...

waah... lepak makan2 tk ajak org... huhu

Miszz Nesya said...

huhu...last minit kak..:)