Monday, March 19, 2012

Seronok Sangat..

Semalam adalah hari yang paling seronok.. Sebab semua adik beradik berkumpul.. Dan yang paling seronok bila dapat jumpa kesayangan2 untie Cicha lagi-lagi si comel Ridha, si dobot Ammar dan si kecik Hafiz.. Rasa tak menang tangan nak main ngan semua orang.. Aliyah, Aina, Aisyah, Zeeshan, Zakwan ngan Dania pun kesayangan Cicha jugak tau.. huhu..

Bila jumpa dorang hati rasa tenang sangat.. Ada masalah pun tetiba rasa masalah tu hilang. Aku ni dahla memang suka yang teramat sangat ngan baby.. Walaupun tangan kiri aku tak boley sangat dukung dorang lama-lama tapi tetap aku tahan sebab suka. Satu perasaan yang tak boleh digambarkan.. Tiba-tiba tak sabar nak ada baby sendiri..(ayat gatal k..hahaha)

Tengahari tu aku keluar jap ngan akak yang sulung nak beli barang masak untuk tengahari ngan barang untuk kenduri malam tu.. Kenduri doa selamat untuk adik beradik sempena abang ngan kak ipar aku nak pergi umrah hujung minggu ni..(Doakan untuk kite ye..) Menu tengahari tu sangat la simple.. Tumis kerang, ikan masak kicap dan sayur cendawan tumis ngan telur.. Walaupun simple tapi kitorang makan tersangat la berselera.. Tengok la siapa yang masak kan..huhuhu..

Lepas makan tu, tiba-tiba abang aku nak makan cendol pulak.. Tapi akak aku suggest biar makan kat tempat tu je. Lepak ramai-ramai lagi best. Lagipun rugi kalau beli bungkus.. Yang untung nya sebab dapat banyak ais..hehe.. Cuba bayangkan betapa kenyangnya time tu.. Tapi takde la pas lunch terus pegi lepak kat cendol tu.. Rehat dulu sejam dua jam, baru la pergi..

Ni la adik beradik aku.. Cuma yang takde kak ipar (Kak Laili) sebab dia keje, Erin n Kak Ana pegi kenduri.. Punya la berselera walaupun semangkuk cendol.. Tapi ni pic candid, masing-masing khusyuk berborak.. Aku lak khusyuk mam cendol sambil suap baby Ridha..

Malam tu, lepas Maghrib bermula la bacaan tahlil oleh ayah.. Menu untuk malam tu Sate ngan Dessert oleh Bepin n Kak Lin.. Bihun goreng pulak Kak Nenny yang masak.. Bukan senang nak kumpul ramai-ramai.. Yela, masing-masing jarang balik kampung. Kadang-kadang yang ni balik, yang tu tak balik pulak..huhu.. Sebab tu la aku cakap semalam adalah hari yang paling seronok antara hari-hari seronok pernah aku lalui..^_^v

No comments: