Friday, March 30, 2012

Susah Jugak Kan..



Cha ni lebih kepada suka kan kebebasan.. Cha bebas nak buat apa yang cha suka. Cha jugak kurang suka kalau ada yang pertikaikan hak asasi cha.. Amboi, hak asasi apa sangat yang sampai nak kecoh-kecoh nie..hehe

Bukan apa, cha pernah beritau kat entry sebelum-sebelum ni yang cha jadikan blog cha sebagai tempat untuk cha luahkan perasaan cha. Sebab tu cha takde diari.. Rasanya bukan cha sorang je yang tulis hal-hal peribadi kat blog ni.. Ada ramai lagi kot..

Cha ingat lagi, dalam tahun lepas kalau tak silap cha la kan.. Ada seorang hamba Allah ni tak puas hati dengan apa yang cha tulis.. Siap hantar mesej yang bukan-bukan kat FB cha.. Memang pelik la time tu.. Rupa-rupanya dia terasa dengan apa yang cha tulis dalam blog ni.. Masalahnya sapa suruh baca blog cha.. Ni hak peribadi tau, bukan suka-suka nak bagi orang yang tak puas hati marah-marah cha.. Tapi masa tu cha memang terpaksa block dia dari FB sebab cha rasa agak melampau..

Yang tu pasal kisah lama.. Yang sekarang ni cha harap takde la jadi lagi macam sebelum ni kan.. Tak seronok la pulak bila jadi camni.. Kalau rasa akan sakit hati baca isi kandungan dalam blog cha, jangan la baca ye.. Kesian kat hati tu tak pasal-pasal akan sakit..huhu..

Pada yang terasa dengan isi kandungan dalam blog cha ni memang cha nak minta maaf banyak-banyak.. Memang takde niat pun nak buat korang terasa.. Apa-apa pun cha minta maaf la ye..

No comments: