Thursday, March 22, 2012

Tak faham betul...


Cha betul-betul tak faham dengan perangai manusia sekarang ni.. Makin lama cha hidup di bumi Allah ni, macam-macam orang cha kenal. Dan macam-macam perangai jugak cha jumpa..

Bukan nak kata cha ni baik sangat.. Kadang-kadang cha pun sedar ada yang tak suka dengan perangai cha.. Kalau ada apa-apa tolong tegur ye. Insya Allah cha akan cuba berubah.. Apa yang cha tengok sekarang ni, masing-masing kalau bercakap tak fikir dulu perasaan orang lain.. Ada jugak yang pentingkan diri sendiri.. Dan ada jugak yang takut dengan bayang-bayang sendiri.. Macam-macam kan, betul tak apa cha cakap..:)

Dalam hidup ni takdir kita dah ditentukan.. Kita rancang sebaik mana pun, kalau dah ditakdirkan bukan untuk kita maka ianya tetap takan menjadi hak kita.. Sama jugak kalau kita nak elak dari sesuatu.. Beria-ia la kita mengelak dari sesuatu, tapi kalau dah ditakdirkan kita kena redha.. Kadang-kadang faktor persekitaran yang menyebabkan kita takleh terima apa yang berlaku atas diri kita..

Macam diri cha sendiri... Cha pernah rasa tak bekerja.. Bila duduk kat rumah ni fikiran jadi sempit.. Memang serius sangat, berapa lama cha tak keje sebelum keje kat My Hardware ni.. Bila apa-apa jadi je terus nak stress.. Tapi bila dah start bekerja, pemikiran kite jadi lain.. Lagi-lagi keje macam cha ni banyak jumpa pelbagai jenis orang.. Mula-mula keje, cha dah menangis sebab tak tahan dengan perangai customer.. Tapi, lama-lama camni cha dah boleh baca perangai dorang.. Dan Alhamdulillah, dah masuk 3 tahun cha keje kat sini dan boleh handle ragam customer..

Cha harap akan redha dengan apa yang telah ditetapkan untuk cha.. Perangai orang lain tu cha takan amik tahu sangat.. Cukup la luahan hati cha kat sini..hehehe.. Okie la, nak wat keje pulak..bubye



No comments: