Monday, April 2, 2012

I'm Not Always Confident As I Look..



Macam-macam yang timbul dalam diri ni.. Kadang-kadang rasa tak yakin. Tapi lepas ada yang memberi nasihat cha jadi yakin balik.. Macam mana agaknya nak biarkan keyakinan tu terus ada dalam diri cha ni.. Cha pun rasa tak seronok bila jadi macam ni..

Kalau boleh cha nak sentiasa yakin.. Cha jugak pernah ingatkan diri cha yang semua yang berkaitan dalam hidup kita ni telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Tapi kenapa cha masih rasa tak yakin.. Sedangkan cha dah bersedia untuk apa jua dugaan dalam hidup cha.. Mungkin dalam kata dah sedia tu, ada jugak rasa kurang yakin dalam sesetengah hal..

Cha nak ingatkan diri cha untuk sentiasa yakin dalam apa jua perkara.. Cha jugak nak keyakinan tu terus ada dalam diri cha.. Demi masa depan cha jugak.. Susah untuk cha buat keputusan.. Tapi, bila cha dah buat sesuatu keputusan memang susah untuk ditukar.. Insya Allah, cha akan beri yang terbaik  untuk masa depan cha..

Cha percaya pada takdir, cuma cha kena yakin.. Cha harap semuanya akan berjalan dengan mudah.. Ini adalah pilihan cha, dan cha harap dapat tempuhi segala dugaan dengan orang yang cha sayang.. Insya Allah... Cha akan terus yakin dan yang paling penting adalah sabar.. Perkara yang cha tak akan lupa dari dulu sampai sekarang ialah sabar..


DOA BUAT KEKASIH


Ya Allah….
Seandainya telah engkau catatkan… 
Dia milikku tercipta buatku… 
 Satukanlah hatinya dengan hatiku… 
Titipkanlah kebahagian antara kami…. 
agar kemesraan itu abadi… 
Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… 
Seiringkanlah kami melayari hidup ini… 
Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… 
Seandainya telah engkau takdirkan…. dia bukan miliku… 
Bawalah ia jauh dari pandanganku…. 
Luputkanlah ia dari ingatanku… 
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….
Berikanlah aku kekuatan… 
Melontar bayangannya jauh ke dada langit… 
Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia… 
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… 
Gantillah yang telah hilang…. 
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… 
Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… 
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… 
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… 
Adalah yang terbaik buat ku…. 
kerana engkau maha mengetahui… 
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… 
Di dunia dan di akhirat… 
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… 
Jangan engkau biarkan aku sendirian… 
Di dunia ini mahupun di akhirat… 
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… 
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… 
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup… 
Ke jalan yang Engkau redhai… 
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin. .

No comments: