Tuesday, April 17, 2012

Cemburu Memang Sinonim Dengan Wanita..

Kenapa kena ada perasaan cemburu ea.. Rasa sakit sangat hati ni bila perasaan cemburu tu timbul.. Dan hari ni buat pertama kali nya cha rasa cemburu yang teramat sangat sehingga mengalir air mata.. Cha tak suka perasaan cemburu sebab rasa tak best.. Cha tak suka menangis sebab cha dah penat untuk menangis..

Itulah wanita, memang sinonim dengan perasaan cemburu.. Lelaki pun ada perasaan yang sama jugak tapi cha rasa cemburu wanita ni sangat la melangit.. Maksud cha sangat tinggi tahap cemburu tu..huhu.. Tapi memang cha betul-betul tak suka.. So, tolong jangan bagi cha cemburu ye..

Lagi satu Cha sebenarnya takut kehilangan sesuatu yang cha sayang. Walaupun cha cuba untuk hilangkan rasa takut tu tapi ianya makin dekat dengan cha.. Cha tau ianya akan keruhkan keadaan.. Dalam masa yang sama timbul pulak perasaan cemburu yang tak tau datang dari mana dan tanpa sebab..

Orang kata cemburu tu tandanya sayang.. Sayang memang la sayang sampai ada kawan cha tanya kalau sayang kenapa nak berpisah dan kenapa tak teruskan hubungan dengan si dia.. Masalahnya boleh ke cha teruskan kalau perasaan cha tak menentu dan cha sendiri pun jadi tak faham dengan perasaan cha..

Insya Allah lepas ni cha akan kurangkan rasa cemburu dan taknak merajuk lagi.. Dah janji kena ditunaikan sebab tak baik langgar janji.. Oh ye, tentang cha dengan si dia, hanya kami dan Allah je tahu macam mana hubungan kami sekarang.. Yang penting siapa pun dia, cha tetap akan sayang sebab hati cha ada pada dia. Tolong doakan yang terbaik untuk cha ye.. Okie la, nak manja-manja ngan baby baru cha.. (Tak rugi tau pakai Galaxy Tab ni..)

No comments: