Friday, April 20, 2012

Cinta Bersatu..

Dapatkah selamanya kita bersama..
menyatukan perasaan kau dan aku..
semoga cinta kita kekal abadi..
sesampainya akhir nanti, selamanya...


Cha amik lirik lagu tentang rasa yg dinyanyikan oleh Astrid.. Suka sangat dengan lagu ni.. Dari ringtone ke caller ringtone sampai dalam blog ni pun cha letak lagu ni.. adalah pengaruh dari cerita Vanilla Coklat sikit.. Tapi lirik lagu dia beri maksud yang mendalam..

Banyak rintangan yang cha kena hadapi untuk bersama dengan seseorang tu. Cha takde apa2 motif kenapa cha teruskan hubungan dengan dia.. Perpisahan suatu yang menyakitkan. Perpisahan juga memberitahu samada perlu tetap dengan keputusan tu.. Tapi dengan perpisahan tempoh hari membuatkan cha sedar yang sebenarnya cha tak boleh hidup tanpa dia. Cha pernah dengar tentang cinta sejati. Dan mungkinkah ini yang betul2 dipanggil cinta sejati.. 

Perpisahan mengajar cha erti kekurangan dalam hidup cha. Kalau sebelum ni cha ada beritau better hidup sorang dab cha akan redha, tapi sekarang cha akan terus berdoa agar dipanjangkan jodoh kami. Cha harap hubungan ini akan ada kesudahan. Cha tak salahkan takdir sebab kite sebagai hamba adalah sangat layak untuk diberi dugaan. 

Insya Allah,semua akan diselesaikan satu persatu walaupun akan makan masa sikit. cha yakin yang dia akan tunaikan semua janji yang disaksikan bersama. Memang takdir kita telah ditetapkan tapi kena usaha supaya mendapat hasil yg baik..

Actually dia seorang yg istimewa.. Tak jemu untuk beri nasihat dan slowtalk ngan cha.. Semua tu buat cha tenang bila bersama dia.. Jauh bukan penghalang untuk membuatkan hubungan renggang. Sebenarnya itu lagi merapatkan tau.. Jauh pun takde la jauh sangat..hehe..

Lepas ni cha akan tetap bersama dia dan cha yakin semua akan selesai dengan cara elok.. Lepas ni tinggal tunggu hari yang dijanjikan.. Apakah dia..kena tunggu hari nya yang pasti cha update dalam blog kesayangan cha ni. Mungkin sumthing yang biasa2 je tapi amat bermakna..Insya Allah..

2 comments:

Anonymous said...

wah... ada berita gembira?? bgs la sekiranya berterusan kembali.. dayang doakan k :)

Nenney Syahfinaz Samsuddin said...

Insya allah..doakan ye..mudah2an