Tuesday, April 10, 2012

Coklat Dan Stress..

coklat cadbury antara pilihan cha..

Dalam minggu ni cha agak stress dengan keadaan sekeliling.. Nak dibiarkan pun tak boleh sebab biasanya cha malas nak fikir atau cha malas nak layan perkara-perkara yang boleh membuatkan cha stress. Tapi memandangkan hormon pun tengah tak berapa okie, tambah pulak dengan sakit perut tahap dewa memang apa-apa yang terjadi akan menyebabkan cha marah dan jadi stress..

Alhamdulillah bab-bab kerja memang tidak mendatangkan stress kat cha.. Customer pun okie-okie.. Biasanya mesti ada yang cari pasal ngan cha.. Belum lagi bab yang tinggikan suara.. Rasa sampai keluar urat leher nak samakan volume ngan dorang.. Memang bersyukur sangat. Kalau tak rasanya ada yang kena tekanan darah tinggi..

Sebenarnya cha tak minat sangat coklat-coklat ni.. Melainkan cha tengah ada masalah atau kalau cha tengah stress memang secara automatik cha akan cari coklat.. Dalam dua hari ni memang cha dalam mood untuk makan coklat.. Bila makan je coklat rasa tenang balik.. Masalah pun rasa macam pergi jauh je.. Stress pun berkurangan kalau makan coklat.

Sekarang ni masalah pun nak dikatakan dah hampir selesai walaupun siang tadi cha terpaksa mam coklat lagi sebab sesuatu berlaku.. Lepas ni cha harap takda lagi masalah-masalah yang akan menimbulkan stress.. Biarkan keadaan kembali tenang dan cha akan teruskan kehidupan macam biasa sepertu yang telah dijanjikan..

Cuma ada perkara yang cha nak kongsikan bersama.. 
  1. Jangan mudah nak menuding jari pada orang lain kerana yang dituding pada orang lain hanya satu jari manakala selebihnya tunjuk kepada diri sendiri.. 
  2. Jaga perkataan yang keluar dari mulut kita sebab tak semua suka dengan apa yang kita ingin sampaikan..
  3. Bijak dalam selesaikan sesuatu masalah. Memang marah bukan satu penyelesaian tapi selesaikan dengan cara yang nampak lembut tapi datangkan hasil..hehe
  4. Sentiasa cermin diri sendiri membuatkan kita sedar apa kekurangan yang ada pada diri kita dan dari situ kita akan berpijak pada bumi yang nyata.
  5. Hurmmmm, perlu ke nak kongsi banyak2..hehehe..Cukuplah dengan apa yang cha tulis kat atas tu..


No comments: