Saturday, April 28, 2012

Fasha dan Jejai Sah Bergelar Suami Isteri..



Dengan 2 kali lafaz Fasha Sandha,28, dan juga Rizal Ashram, 36, (Jejai) sah bergelar suami isteri. Kedua-dua pasangan mempelai ini telah mengadakan majlis pernikahan mereka di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur.

Berwalikan Hassan Moaideen, bapa kandung kepada Fasha Sandha, pasangan ini telah dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad lebih kurang jam 9.45 malam tadi.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran ahli keluarga terdekat, rakan-rakan dan juga beberapa orang selebriti lain seperti Isma AF, Faradhiya, Tomok, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee.




Akhirnya kahwin jugak fasha dengan Jejai.. Nak ikutkan cha minat jugak kat fasha ni.. Apapun semoga kekal hingga ke hujung nyawa. Cuma satu antara banyak-banyak hantaran dorang yang cha tertarik..

Terima Kasih Tuhan Atas Cinta Ini..Sweet je kan..:)

No comments: