Thursday, April 12, 2012

Hobi Baru...



Sebenarnya bukanlah hobi baru.. Tapi hobi tiap kali nak dapat gaji..hehe.. Kalau dah nama pun gegurl haruslah ada nafsu untuk shopping.. Macam cha pulak tengah ada hobi shopping online.. Biasanya cha akan tengok-tengok je.. Sekarang ni rasa berkenan je terus nak order.. Aduyaii, rasa dah tahap kronik nie.. Bukan apa, kalau tak dikawal kang ada yang kena puasa sementara nak tunggu gaji akan datang..

Kita ni bertindak tak boleh ikut nafsu sangat.. Cara-cara nak mengatasi nya pun kena ada jugak.. Kalau cha la kan, jangan ada duit dalam akaun.. Biasanya cha akan keluarkan semua sekali.. Tolak bayar kereta, bayar duit kutu ngan simpan kat ASB, selebihnya cha akan simpan sendiri untuk buat belanja. Masa tu berkenan macam mana pun tak boleh jugak nak beli sebab akaun nga takde duit.. Kalau nak bank in pun memang bercinta la jugak nak pergi Kajang yang sentiasa sesak tu..Nak pergi bayar duit kereta pun malas, kadang-kadang tu tunggu balik Banting baru singgah bank..

Macam sekarang ni memang tengah gila tengok kain pasang.. Lepas tu gila pulak tengok handbag kat online.. Tengok macam mengada-ngada kan.. Padahal cha ni bukan jenis pakai handbag. Tapi mata tu gatal jugak nak tengok. Bukan takat tu je, macam benda la cha tengok termasuk la shawl dah pashmina. Kalau dah berkenan kat shawl atau pashmina ni kena pulak beli dia punye inner.. Nak ikutkan dah berapa dah tu.

So far, shopping online kire murah la jugak.. Kualiti pun puas hati walaupun ada tersalah hantar barang tapi tetap cantik.. Ada hari tu cha beli shawl siap dapat free inner bawal untuk pembelian RM50 ke atas.. Best kan, sebab kat luar tak sure ada ke dapat free nie. Cha survey kat luar pun kalau jenis yang sama orang tu jual RM15 tapi kat online cha bole dpaat harga RM12.. Hurmmm, agak berbaloi la cuma kita tak dapat tengok kualiti barang tu.

Lagi satu, cha ni bukan mudah nak caya dengan jualan online ni tau.. Tapi satu cara yang cha buat cha akan baca wall orang tu dan tengok respon dari orang yang pernah beli.. Kalau memuaskan hati baru cha akan cuci mata kat situ..hehe

So, sekarang ni hanya boleh buat hobi untuk cuci mata jela ye.. Kalau nak shopping lebih2 tu tak boley la.. Beli ikut keperluan bukan ikut kehendak. Yang penting ada suit lebih baik menabung. Mana tau tetiba Mr. Viva buat hal kan.. Ni pun ada retak sikit kat cermin depan.. Tapi tu nanti la cha cite kat next entry. Nasib baik tak retak seribu macam Tuan nya ni..hehe

No comments: