Friday, April 6, 2012

Misi Mencari Kain Untuk Raya..

Sekarang ni dah masuk bulan April.. Tinggal berapa bulan je nak Puasa, pastu nak raya kan.. Tapi masalahnya sekarang cha tak beli lagi kain untuk buat baju raya. Rasa-rasa tahun ni nak tema purple + pink + coklat.. Amboiiii, sampai 3 pasang nak buat macam pakai je kan.. Cha rasa tiap-tiap tahun Cha akan pakai baju tu time raya je. Lepas tu memang takan pakai melainkan ada kenduri.. Dan baju raya tahun-tahun sebelum ni pun masih elok lagi sebab Cha tak pakai. Lagipun cha ni bukan jenis pegi keje dengan berbaju kurung..

Macam tahun lepas, baju raya semua disponsor kecuali upah tailor cha la yang bayar sendiri..hehe.. Sebab tu tahun lepas ada dua pasang je.. So, tahun ni rasa nak lebih sikit..Lebih sepasang je kot.. Sekarang ni tengah rambang mata duk tengok kain cotton kat FB yang orang jual online tu. Harga pun boley tahan. Takat ni ada dah berkenan dua pasang.. Tinggal tunggu gajian je ni. Yang lagi sepasang cha nak cari sendiri kat kedai.. Kang takde feel pulak kalau semua beli online kan..

Okie la, nak sambung tengok kain-kain yang dorang jual online kat FB.. Yang penting tetap ngan tema tahun ni iaitu purple + pink + coklat..hehehe...

No comments: