Saturday, April 14, 2012

Nombor Misteri..

Actually takde la misteri sangat.. Tapi hati ni tertanya-tanya la jugak siapa empunya nombor.. Nak ikutkan cha ni memang jenis tak ingat no telefon orang lain.. Nak hafal pun susah kecuali orang-orang tersayang macam adik beradik ke.. Itupun ada jugak yang cha tak hafal...hehe

Nak dijadikan cerita ada satu hari ni ada orang miscall no hp cha. Lemah betul la orang main miscall nie. Kalau ada apa-apa call la terus.. Macam tau-tau je cha ni tak suka jawab phone melainkan naik nama ataupun nombor selain hp.. Tak terfikir pulak nak call balik masa tu sebab tengah busy dengan stok barang yang baru sampai..

Then, malam tadi cha anto la sms tanya sape empunya nombor.. Haruslah anto sms je, membazir credit cha je nak call sebab tak tau sape kan.. Tapi bila ditanya dia kate kawan lama.. Tanya nama pun taknak jawab.. Oh, yela...mungkin dia ingat dia sorang je kawan lama cha kot.. Mana la cha ingat kalau tengok kat no phone je..

Yang tu takpe lagi, pastu dia kate taknak ganggu cha sebab cha tengah gembira sekarang nie.. Siap tanya ada orang nak datang merisik ke.. Bukan main lagi soalan dia kan.. Kalau ada memang alhamdulillah, syukur sangat.. Masalahnya takde sape nak datang merisik..huhu

Akhir sekali dia ucap semoga bahagia.. Orang dah mendoakan kite so kenalah berterima kasih kan.. Seriously, cha memang tak tau siapakah orang tu.. Apepun mekaceh la sbb tak beritau nama..huhu

No comments: