Monday, April 9, 2012

Wedding My BFF..

Semalam memang cha cuti.. Semalam jugak kawan baik cha, Puan Rossidah binti Osman kahwin.. Seronok je tengok kawan-kawan dah kawin nie. Cha pulak tak tahu bila.. Insya Allah akan menyusul bila sudah sampai masanya...hehe.. Sebenarnya nak pegi hari sabtu malam.. Sebab ada kawan yang nak pegi malam.. Tapi disebabkan cha tengah sakit perut yang teramat sangat jadi cha pegi ari ahad.. Itu pun cha pegi dengan akak dan adik cha.. Akak cha memang kenal dengan shida nie.. Sebab tu cha ajak dia sekali.. Masa nak pegi tu boleh pulak kad jemputan nya hilang.. Dahla tak ingat jalan nak pegi umah dia.. Nasib baik cha dah tengok map malam tu.. So, ingat la sikit.. Alhamdulillah jumpa jugak ke rumah pengantin..

Cantik sangat Pn. Shida ni kan.. Dengan tema Purple nye.. Dah cha suka sangat warna purple..:)
Biasanya kalau ada majlis kahwin ni cha akan datang lewat sikit.. Tengok pada keadaan la.. Setengah orang nak datang time pengantin sanding.. Macam cha suka datang lepas pengantin sanding sebab nanti boleh jumpa pengantin nye..huhu.. Semalam cha pegi dalam pukul 2pm. Orang pun dah tak ramai, nak makan pun selesa.. Apa yang penting boleh bergambar dengan pengantin..

Terdetik jugak perasaan sedih sebab tengok kawan-kawan dah kawin.. Tapi, dalam masa yang sama cha amik berkat jugak.. Mana tahu lepas ni turn cha pulak.. Asyik ayat yang sama je kan tiap kali ada orang kawin..hehe.. Sebenarnya tak perlu nak sedih sangat.. Jodoh kite telah ditentukan dari kita lahir lagi.. Tunggu je la orang masuk meminang.. Tapi dah umur camni tetiba nak suruh sape2 carikan..(^____^)
Snap ngan Mr. Viva..Nanti dia majuk pulak..huhu

Okie la, semalam pun tak banyak snap sebab perut tengah kenyang.. Cha doakan semoga Puan Rossidah dan suami akan berbahgia hingga ke akhir hayat.. Jangan notty lagi k sebab dah jadi isteri orang..





















No comments: