Thursday, May 3, 2012

Maksud Cinta Sejati..



Apa itu CINTA? Mengapa perlu CINTA? Mengapa harus bercinta? Kalau tak ada CINTA tak boleh ke? Macam mana rasa bila tidak dicintai? Macam mana pula rasa bila dicintai?


Cinta adalah satu perasaan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata., tidak dapat ditulis dengan kertas dan pena, tidak dapat dipertontonkan dengan lakonan tapi CINTA adalah satu perasaan yang lahir dari hati yang penuh keikhlasan dan kejujuran . Tidak mengharap pasangan yang sempurna, cukuplah dia terasa sempurna bila bersama pasangan.


Apa pula cinta sejati..? Cinta sejati adalah cinta yang lahir dari sebuah hati ke sebuah hati. Cinta sejati bukan lahir kerana harta mahupun rupa paras kerana rupa paras akan berubah dari masa ke semasa. Cinta sejati memerlukan pengorbanan,keikhlasan, keyakinan, keimanan dan yang paling penting adalah keredhaan dari Dia untuk mendapat cinta abadi.

Bagi yang masih belum jumpa cinta sejati, insya Allah akan perolehnya nanti. Pada yang dah peroleh cinta sejati, jagalah seperti menjaga diri sendiri.. 

No comments: