Thursday, May 10, 2012

Tak Layak Di Panggil Manusia..



Perbuatan yang sangat kejam.. Semalam tersebar video ni.. Bila baca komen rasa macam taknak tengok. Tapi cha gagahkan jugak untuk tengok.. Dari komen yang cha baca, cha tau mesti teruk budak ni kena dera..

Ya Allah, apa salah budak ni sampai dibuat camtu sekali.. Mengalir air mata cha bila tengok budak ni menanges. Terasa kat badan cha dengan apa yang perempuan ni buat kat budak ni.. Sampai tak boleh nak nanges, mesti terlampau sakit. Dia kecik lagi, tak boleh bercakap dan hanya mampu menanges untuk meraih simpati supaya tidak dipukul lagi..

Mana pegi sifat sabar dia.. Langsung tak berperikemanusiaan.. Dia budak lagi, kalau marah sekali pun jangan sampai macam nak membunuh.. Budak kecik ni kita pukul sikit pun, dia dah rasa sakit. Ini pulak disepak, dicubit, ditendang.. Memang ada masalah mental la perempuan ni..

Mula-mula memang marah dengan yang tukang rakam video nie.. Mengikut sumber rupa-rupanya sebelum ni dia pernah halang perbuatan perempuan tu tapi kena belasah.. Sebab tu dia rakam tanpa disedari untuk dijadikan bukti pada pihak polis..

Bayi tu dihantar ke rumah kebajikan dan dah ada family yang amik sebagai anak angkat. Dia still trauma dan akan menanges bila orang pegang dan peluk dia.. Kesian sangat kat budak tu. Hope dia akan dijaga dan disayangi oleh keluarga angkat yang sekarang..sob..sob..(lap air mata)

Status terkini Video Penderaan Bayi..:
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. (PDRM)

No comments: