Monday, June 18, 2012

Celebrate Father's Day..

Ayah tengah layan cucu-cucunya..Dah macam taska pun ada..huhu
Semalam 17hb Jun bersamaan Hari Bapa. Semenjak arwah emak takde hanya ayah tempat kami bermanja. Ayah yang banyak berkorban untuk kami selama ni.. Ayah juga yang menjaga kami semenjak arwah emak pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya.

So, cha plan ngan Kak Nenney nak celebrate Father's Day ni. Minta adik-beradik yang lain balik Banting berkumpul ramai-ramai.. Ni pun buat sekali dengan Birthday ayah yang jatuh pada bulan puasa. Senang buat sekali sebab biasanya bulan puasa agak susah nak berkumpul.

Orang kuat hidup arang ngan bakar2..

Plan nye nak buat barbeque tapi buat kat umah jela pastu goreng macaroni.. Cha memang cuti semalam, pagi-pagi lagi dah kuar ngan sis pergi sarapan pastu beli barang-barang untuk petang tu. Sampai je umah sis terus perap ayam pastu dia buar agar-agar buah. Cha pulak kuar balik pergi beli soto untuk lunch pastu terus pergi beli kek untuk petang tu.. Ingat nak la beli kek oreo ke, coklat ke, tapi dah adik nak jugak kek buah terpaksa la beli. Dah macam nak celebrate birthday dia pulak..huhu

Tukar shift pulak..kitorang dah berair mata...hehehe
Petang tu dalam pukul 3.30ptg dah mula hidup kan arang.. Yang tu tugas abg ngan adik cha la. Cha tukang kipas je, tapi bila mata dah berair kena asap baru abg cha suruh guna kipas elektrik. Memang makan masa jugak smpai nak tunggu arang tu jadi bara. Majlis nye buat lepas asar, tapi kitorang start bakar dulu sementara tunggu ayah ngan adik beradik yang lain sampai..

Dalam pukul 5lebih jugak baru start majlis.. Dimulakan dengan ucapan akak yang sulung pastu doa dari ayah dan sesi bagi hadiah kat ayah.. Seronok sangat sebab ayah happy dengan hadiah yang kitorang bagi.. Hadiah tu pun idea abang cha yang kat klang.. Kire buat collection adik beradik pastu beli sumthing untuk ayah.. Dari hasil collection tu, dapat set dompet + belt ngan sehelai kemeja dan t-shirt.. Boleh la ayah pakai masa raya nanti..Tapi tak sempat nak amik gambar hadiah sebab dah lapo..

Ni dah nak siap.. Tinggal sosej je..:)
Dalam kekenyangan makan macam-macam boleh lagi makan durian lepas tu.. Durian tu kak Selly yang bawa balik.. Durian kampun tu amik kat langat.. Bila dah kekeyangan memang malas la nak kemas2 kan.. Nasib baik yang lain-lain ada nak kemas..haha

Untuk ayah, Selamat Hari Bapa dan Happy incoming Birthday.. Semoga ayah panjang umur dan sihat sentiasa.. Cha dan beradik yang lain-lain sayang ayah ketat2...^___^v








2 comments:

mama4A's said...

mmg best smlm!! rasanya dh lama tk buat xtvt cenggitu kan. :)

nanti nak set 1 ari untuk buka posa ramai2 lak.. hehehe..

bila nak gi cuti2 ea?? huhu

Nenney Syahfinaz Samsuddin said...

rasa njoy je kan kak..seronok abis..tgk la sape yang planning..hahaha

kate lepas raye ea nak g bercuti ramai2..^_^