Tuesday, June 12, 2012

Malaysia vs Singapore..



Yeayyyyyy... akhirnya Harimau Malaya dapat buktikan yang mereka dapat kalahkan Singapore.. Sebenarnya ni perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia dengan Singapore. Sebelum ni lawan di Singapore tapi keputusan seri 2-2..

Siapa yang tengok game tu mesti rasa panas je hati lagi2 dengan pengadil dari Hongkong.. Tak tau la apa masalah dia malam tu. kalau tak mesti dah menang 2-0. Bukan nak tuduh ke apa tapi nampak sangat makan rasuah..

Cerita pasal game malam ni memang membuktikan yang team Harimau Malaya main dengan baik dan terbaikk.. Nampak la dorang duk menyerang je tadi. Tapi apa yang best bila Shakir Ali jaringkan gol ngan tandukan dia.. Memang smart habis la.. Yang tu first half, bila masuk second half Shafiq Rahim pulak yang jaringkan dengan free kick.. Sangat berstyle ye walaupun sebelum2 tu tendangan dia semua tak menjadi..huhu..

Safee Sali pulak masuk second half gantikan Shakir Ali. Banyak peluang yang dia dapat tapi takde rezeki nak jaringkan gol.. Memang berdebar game malam ni. Nasib baik tak bertukar dari main bola jadi aksi wrestling.huhu

Apa2 pun tahniah Team anak didik Rajagopal yang main bersungguh2 malam ni. Biar jurulatih Singapore yang sombong tu nampak yang harimau malaya dapat tewaskan team dia tanpa sebarang drama dan bantuan player luar..hahaha..


No comments: