Thursday, June 28, 2012

Sesi Menonton : Mael Lambung


Mengisahkan Mael Lambong lakonan Zizan Razak, seorang penarik kereta professional di Kuala Lumpur. Di sebalik ke-gangsteran Mael Lambong, rupanya tersimpan satu sejarah masa lampau, kisah cintanya dengan Rozie. Mael Lambong merajuk dek pinangannya ditolak oleh ibu Rozie. Alasan ibu Rozie adalah kerana keluarga Mael Lambong tidak setaraf kedudukan dengannya.
Dengan semangat jitu Mael ke Kuala Lumpur demi membuktikan bahawa dia boleh menjadi orang yang lebih berguna. Sewaktu sedang asyik meng- aim kereta untuk ditarik, tiba- tiba Maria (lakonan Juliana Evans) menerjah masuk ke kereta Mael dan menyuruh Mael membawanya keluar dari KL. Jadi kemanakah lokasi mereka yang seterusnya?


Bagi cha cerita ni boley dikategorikan macam filem tangkap muat je.. Sebab watak Mael Lambung kan terkenal dari Maharaja Lawak lagi.. Mungkin kalau dia gabung kan watak Mael Lambung ngan watak Ah Chai (Johan) akan jadi lebih menarik.. Lepas tu kualiti filem dia tak menarik.. Macam tengok cerita zaman 80-an pulak..huhu


Kalau nak ikutkan cerita Mael Lambung ni lagi sesuai ditayangkan kat Astro Warna. Cerita ni lebih pada mood santai.. Ada jugak babak yang bertumbuk ngan Juliana Evan agak kurang sesuai sikit. Tak tau la apa motif pengarah filem ni sebab yang tengok pun mesti ada yang bawah umur. Bagi cha kalau nak buat penonton have fun bukan dengan berunsur yang kurang sesuai.


Tapi pada yang minat Zizan Razak dan Juliana Evan boleh la pegi tengok cerita ni.. Untuk sokong filem melayu jugak kan.. Cuma cha pegi hari Rabu sebab harga tiket murah just RM8 je..hehehe.. Lakonan Zizan memang kena la dengan Mael Lambong ni.. Dengan gaya2 dia yang kite pun tau macam mana bila dia buat lawak kan..



 Tapi bagi cha lagi berbaloi tengok Cerita Bohsia 2 dengan harga RM12 kalau nak banding kan kualiti dan jalan cerita yang boleh bagi kite pengajaran.. Untuk semua pengarah filem, jangan fikir nak senang buat duit sebab we want quality, not quantity. Tengok Bohsia 2 pun lagi berbaloi-baloi. Sekian.

No comments: