Thursday, July 19, 2012

Demam Ameera...ke Ameer Sebenarnya..??



Semalam berakhirnya Drama Samarinda "Ameera".. Mula-mula cha tengok cerita ni sebab ada Rita Rudaini.. At last terjatuh cinta pulak kat Syamsul Yusof..Sebagai peminat je la kan.. Dia kan dah ada kekasih hati.. Memang patah seribu la bila dapat tau dia dah ada awek.. Sangat bertuah awek dia kan.. Semoga jodoh dorang kekal hingga ke jinjang pelamin..Amin..



Nak ikutkan cerita Ameera ni best sangat cuma ending dia kureng sikit la.. Kenapa la bagi watak Ameer tu mati.. Kesian kat Ameera tau, kalau nak sangat bagi la Zila je yang mati sorang.. Cha tengok pulak cerita ni sensorang.. Memang menangis tak ingat nye.. Rasa nak guling-guling je sebab Ameer mati..(okie tipu..!!)


Bab ni memang sedih sebab dia tak sempat nak besarkan Amirul sama-sama ngan Ameera.. Kesian kat Ameera, tengok muka dia tenang je bila Ameer menghembuskan nafas.. Time ni memang dah nanges tak hengat..uwaaaaa...


Time ni terasa Syamsul Yusof ni hensem jugak kan..Eh, nak menggatal pulak ngan kekasih hati orang ni kan..  Bila dia dia tunjuk flashback lagi mengalir air mata cha.. Sweet sangat bila Ameer nyanyi lagu hindustan.. Pastu Ameera main janggut Ameer kan.. Banyak la bab2 dalam cerita Ameera ni sweet n romantik..huhu


Siapa yang tak sempat tengok episod akhir Ameera ni boley la tengok kat Youtube atau kat Tonton.my.. okbai..

No comments: