Wednesday, August 22, 2012

Baju Raya Tahun ni..^_^

 Tahun ni baju raya tak banyak pun.. Sebenarnya tiap-tiap tahun tak buat banyak.. Sebab cha bukan pakai sangat baju kurung ni.. Pergi keja pun pakai t-shirt dengan seluar jeans je.. Dan tahun ni lebih berjimat cermat.. Mungkin sebab mood raya tu takde. Kasut pun tak beli cuma beli handbeg je memandangkan beg yang ada tu dah nampak buruk bebenor..huhu

Raya tahun ni cha buat baju kurung moden.. Rasa fashion tu je yang sesuai dengan cha. Kain baju pun cha beli online je kat facebook.. Time tu main belasah je pilih mana yang mata nampak cantik.. Kualiti tu kena redha sebab kita tak boleh nak tengok kan.. Tapi, kualiti kain nya sangat memuaskan..

Pastu cha hantar upah jahit pulak kat emak kawan cha.. Mula-mula risau jugak sebab ni 1st time hantar. Saja nak try kat emak dia sebab dekat sikit nak amik time raya kan.. Alhamdulillah, dia buat memang selesa cha pakai. Sebab cha memang cerewet sikit bab2 baju ni.. Yela, cha ni jenis jarang pakai baju kurung. Baru pakai kejap dah rasa rimas. So, bila skali nak pakai tu memang nak yang selesa.. Lepas ni boley la tempah kat dia lagi.. Upah jahit nya pun berpatutan tau..

So, kat bawah ni la baju raya cha untuk tahun ni.. Simple tapi bagi cha sangat cantik.. Yang penting dah bertahun nak tema warna purple dan tahun ni dapat jugak warna purple yang berjaya menamat hati cha..hehe..

Baju untuk raya pertama..


Gaya model jawa..haha


Baju untuk raya kedua..Sama warna ngan Mr. Viva..

Baju jubah ni abg cha belikan kat Mekah..Cantik tak..hehe


No comments: