Tuesday, August 21, 2012

Keceriaan Di Pagi Syawal..


Akhirnya tiba juga saat yang dinanti iaitu 1 Syawal.. Syawal kali ni sangat meriah sebab semua adik beradik cha berkumpul kat Banting.. Nak dibandingkan dengan tahun lepas, semua balik rumah mertua dulu..

Hari terakhir Ramadhan, kami adik beradik pergi ziarah kubur arwah emak.. Walaupun emak dah takde, tapi emak tetap sentiasa berada dalam ingatan kami.. Takde sesiapa pun boleh menggantikan tempat emak yang telah melahirkan dan membesarkan kami.. Al-Fatihah untuk arwah emak..

Petang tu pulak, kitorang berbuka puasa bersama.. Meriah je sebab makan beramai-ramai kan. Lepas solat maghrib sesi pasang pelita ngan main mercun pulak.. Budak-budak tukang habiskan bunga api yang ada..huhu

Pagi Syawal adalah masa yang dinanti-nantikan.. Inilah masa untuk bermaafan sesama adik beradik. Yang budak-budak mesti la tunggu duit raya.. Sementara tunggu ayah balik, masing-masing berposing mengalahkan top model.huhu.. Abang cha la yang tukang bagi idea nak berposing camne..

Lepas bersalaman dan bermaafan, kitorang pun pergi lah beraya.. Rumah pertama mesti la rumah nenek. Biasa nya memang akan habiskan beraya rumah sedara mara dalam dua hari sebab raya ketiga masing2 nak balik rumah mertua pulak..

Tapi raya kali ni tak tau kenapa ada yang sampai tak kenal cha.. Siap tanya cha kat mana.. Tak pasal-pasal kena angkat tangan macam kat sekolah..hehe.. Yang paling tak boleh lupa bila nenek tanya bila cha nak kawin.. Permintaan nenek biarlah nenek sempat tengok cha kawin selagi nenek masih ada..Dia nak tengok siapa yang akan jaga cha nanti.. Touching pulak rasanya.. Tapi belum ada jodoh.. Cha doakan nenk panjang umur dan sihat ye..

Kat bawah ni cha letak gambar2 yang kitorang amik sementara tunggu ayah balik dari masjid..hehe..




























p/s :~ Collection duit raya tahun ni RM30.. Dah tua2 pun still dapat duit raya.. Segan giler..huhu





No comments: